‘Suara Macam Telan Kaset’ – Suara Tetap Padu Mcm Dulu, Tapi Ramai Sayu Tgk Keadaan Zamani Sekarang

” Suara macam telan kaset, Ya Allah berikan kesembuhan buat insan ini. Aamiin..”

Itu antara komen diberikan warganet terhadap penyanyi terkenal, Zamani Slam yang tampil di pentas membuat persembahan dalam keadaan keadaan fizikal yang sedikit berubah.

Penyanyi yang popular sekitar 90an itu mengubat kerinduan peminat yang masih bertenaga menyanyikan lagu, malah suara ’emasnya’ tetap tidak berubah dan masih seperti dahulu.

Zamani tidak sihat

Umum mengetahui tahap kesihatan Zamani tidak lagi seperti dahulu lagi. Dia juga tidak merahsiakan tahap kesihatannya dan ia terlihat melalui fizikalnya yang sedikit memb0ngkok.

Zamani sebelum ini pernah menjelaskan yang dia menghidapi msaIah tuIang beIakang.

Penyanyi lagu Gerimis Megundang itu juga tidak menafikan penggunakan da dah satu ketika dahulu memberi kesan kepada pnyakit yang dihidapi kini.

Namun begitu, menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Anna Sofia, dia telah memuat naik satu rakaman vdeo penampilan terkini penyanyi itu di satu majlis berbuka puasa.

Apa yang membuatkan ramai peminatnya sedih adalah kondisi struktur tuIang beIakang Zamani yang semakin membengkok.

Minta maaf sebab dah tak macam dulu

Dalam pada itu, Anna Sofia juga menjelaskan yang artis tersebut sempat memohon maaf di atas kondisinya yang tidak seperti dulu lagi ketika menjayakan persembahan.

Rakaman persembahan tersebut turut dikongsikan Zamani di Instagramnya dan dipenuhi dengan komen daripada peminat yang sentiasa memuji suaranya yang masih tetap merdu walaupun kondisinya semakin berbeza.

Nampak agak kurang selesa dengan struktur tuIang beIakang.

Menjengah ke ruangan komen TikTok Anna Sofia, rata-rata warganet mengakui mengagumi sosok penyanyi tersebut walaupun ada sedikit rasa kasihan melihatnya yang masih gigih menyanyi walaupun struktur badannya kian berubah.

Suara masih maintain, tetap padu

Mereka juga tak lepas daripada mendoakan agar kesihatan Zamani terus membaik dan kekal sihat serta terus menghiburkan orang ramai dengan deretan lagu-lagu ‘berhantunya’.

” Mantap bang suara tetap padu amat. Cuma risau tgk keadaan abg zamani mcm tu..huhu hope abg sihat-sihat kt sana..

” Kesian tengok abang zamani…. Apapun suara masih maintain.. tengoklah semua pakat kerumun dia!!! Masih menyegat. Semoga terus kuat dan diberikan kesihatan dan kesembuhan….

” Kesian tengok dia, minat sangat dengan beliau dulu..Semoga beliau tetap kuat dan sihat selalu

” Idolaku dari zaman dulu sampai saat ini suka sangat dengan lagu2nya.. sihat selalu abg zamani..” demikian antara reaksi komen diberikan warganet.

TuIang beIakang Zamani makin bengkok

Terdahulu Penyanyi terkenal, Zamani Slam mendedahkan sedang mendapatkan khidmat rawatan tradisional sebagai ikhtiar untuk merawat msaIah tuIang belakangnya yang semakin membengkok.

Pelantun lagu popular Gerimis Mengundang itu berkata, perubahan keadaan fizikalnya itu semakin ketara dan tidak dapat disorokkan lagi, namun setakat ini dia masih boleh mampu membuat persembahan tanpa sebarang msaIah.

” Para peminat dan penonton memang akan perasan perubahan keadaan fizikal saya, memang ketara dan saya memang tidak boleh nak sorok.

” Tapi selagi tidak menganggu kerja saya, selagi tu saya akan teruskan menyanyi dan membuat persembahan,” katanya.

Mengulas lanjut, pemilik nama sebenar Zamani Ibrahim, 50, itu berkata, dia juga kini melakukan rawatan alternatif termasuk perubatan secara tradisional dan penggunaan katil Ceragem.

” Sambil mendapatkan rawatan profesional, saya ada berubat jugalah sebab saya takut msaIah  tuIang beIakang ni jadi tervk sampai tidak boleh bekerja, itu msaIah.

” Setakat ni Alhamdulillah, cuma saya tidak boleh aktif sangat atas pentas.

” Sekarang saya pun ada katil Ceragem di rumah, baru je pakai. Jadi, kita tengoklah dulu macam mana setakat mana ia boleh membantu tuIang saya,” katanya.

Menurut Zamani, dia sudi berkongsi keadaan kesihatannya itu agar peminat tidak risau atau tertanya-tanya perubahan ketara fizikalnya dan mengharapkan agar orang ramai dapat mendoakan tuIang beIakangnya menunjukkan perkembangan positif.

‘Terpulang kepada Zamani, duit itu memang untuk dia’ – Aznil Nawawi

“Saya tak ada fikir apa selain nak bantu dia (Zamani) secepat mungkin.”

Itu kata pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi ketika ditanya mengenai wang kutipan yang diusahakannya untuk membiayai kos rawatan penyanyi, Zamani yang sudah melebihi RM100,000.

Aznil, 59, jelas tidak mahu Zamani terus memaksa diri membuat persembahan bagi mencari wang dengan keadaan fizikalnya yang dilihat semakin membimbangkan ketika ini.

“Kalau dia nak cari duit daripada ‘show’ yang dia buat berapa lama baru nak dapat duit untuk tampung kos rawatan itu. Memanglah boleh dapat duit daripada ‘show’ itu tapi berapa banyak nak kena buat.

“Ditambah pula dia tengah sakit sekarang, jadi sebab itu saya kena tolong dia. Itu adalah rezeki Zamani, walaupun saya kata dah tutup akaun pada jam 12 malam semalam, tapi agaknya ramai yang ambil kesempatan untuk cari pahala dan membantu penyanyi kesayangan mereka,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Aznil, dia sama sekali tidak akan memaksa atau memberi sebarang tekanan kepada Zamani yang juga penyanyi kumpulan Slam dalam soal pengurusan wang itu.

“Dengan wang sebanyak ini saya rasa dia boleh pergi berjumpa pakar dah. Saya pun ada beritahu dia kalau tak sanggup untuk buat pembedahan anggaplah duit ini rezeki awak untuk kelangsungan hidup.

“Tapi kalau nak buat pembedahan pun boleh sebab duit dah ada. Jadi saya serahkan bulat-bulat kepada Zamani dan tak ada paksaan apa-apa. Kalau nak buat pembedahan atau tidak itu terpulang kepada dia tapi duit ini memang untuk dia,” katanya.

Ditanya bilakah wang itu akan diserahkan kepada Zamani, Aznil berkata, dia masih menunggu respon daripada penyanyi itu dan akan mengaturkan pertemuan dalam masa terdekat bagi membincangkan beberapa perkara lain juga.

“Saya tengah tunggu maklumbalas daripada Zamani. Kalau minggu ini saya agak sibuk jadi kalau nak jumpa mungkin minggu depan untuk saya serahkan duit itu kepada dia.

“Kalau ikutkan sekarang ini boleh buat pemindahan dalam talian saja. Tapi mungkin saya akan jumpa dia juga untuk berbincang beberapa perkara lagi,” katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Aznil berjaya mengumpul dana melebihi RM100,000 dalam tempoh lebih 24 jam hasil sumbangan orang ramai dan wang itu akan digunakan untuk membiayai kos pembedahan tulang belakang penyanyi Zamani yang menderita penyakit tulang belakang atau skoliosis.

Video,

 

Sumber: Muzik Jalanan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

 

Be the first to comment

Leave a Reply