Masa Rakaman Sedap, Sekali Nyanyi Lagu ‘Tiara’ Tak Sedap Masa ‘Live’, Penyanyi Indonesia Dikecam

Kemunculan ramai penyanyi baharu dari negara seberang yang mendendangkan kembali lagu hits Malaysia mendapat perhatian ramai. Namun, timbul perdebatan dalam kalangan pendengar yang kurang senang dengan tindakan penyanyi Indonesia yang bertindak mengubah alunan muzik asal lagu yang mereka nyanyikan.

Rosak lagu

Antara penyanyi yang dimaksudkan ialah Raffa Affar, yang kini semakin dikenali selepas single sulungnya ‘Cinta Sampai Mati’ mendapat tempat di hati peminat. Terbaharu, pemuda dari Jawa Barat, Indonesia itu merakam ulang (cover) lagu ‘Tiara’ yang pernah menjadi siulan pada tahun 90an. ‘Tiara’ lagu ciptaan sepenuhnya oleh Datuk M.Nasir yang pernah dipopularkan oleh Kumpulan Kris.

Namun, rakaman video yang memaparkan Raffa menyanyikan lagu Tiara di sebuah acara konsert Road To Kilau Raya di Indonesia mengundang kecaman netizen. Menerusi video tersebut, Raffa gagal menyanyikan lagu tersebut dengan baik, malah suaranya dikritik terlalu sumbang.

Persembahan penyanyi itu bagaimanapun menimbulkan pertanyaan dalam kalangan pendengar memandangkan single lagu Tiara yang dirakam semula menndapat jumlah tontonan yang tinggi, 21 juta tontonan di YouTube.

Video penuh

Kelautnya suara dia

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi pelbagai reaksi terhadap persembahan Raffa yang dikatakan tidak semerdu itu.

Terdahulu,

Tiara Nyanyian KRIS Didendangkan Kembali Raffa Affar

Lagu ciptaan sepenuhnya oleh Datuk M. Nasir yang dahulunya berbentuk ‘slow rock’ namun dibawakan oleh Raffa dengan cara dan gayanya yang tersendiri.

LAGU ‘Tiara’ yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Kris telah menjadi single terbaru Raffa Affar, selepas lagu hitnya ‘Cinta Sampai Mati’ trending di media sosial.

Lagu ciptaan sepenuhnya oleh Datuk M. Nasir yang dahulunya berbentuk ‘slow rock’ namun dibawakan oleh Raffa dengan cara dan gayanya yang tersendiri.

Pemuda dari Jawa Barat Indonesia yang terkenal dalam media sosial Tik Tok dengan hampir empat juta pengikut itu, telah merakam (cover) lagu ‘Tiara’ yang pernah menjadi bualan pada sekitar tahun 90an.

Menurut Raffa, beliau memilih lagu ‘Tiara’ kerana lagu itu berada dekat dalam hatinya dan rasa gembira apabila dapat menyanyikan semula lagu tersebut.

Pengarah Urusan Hayat Kreatif Studio, Aidilhayat Omar berkata, perkara ini merupakan satu trend lagu-lagu Malaysia dinyanyikan semula oleh penyanyi-penyanyi Indonesia.

“Pihak kami yang bertanggungjawab dalam pengedaran dan promosi untuk lagu nyanyian Raffa di Malaysia, yakin pemilihan lagu ini adalah tepat.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Datuk M. Nasir dan Luncai Emas Sdn Bhd kerana memberi keizinan untuk menyanyikan semula lagu itu,” katanya.

Mengulas lanjut, Single ‘Tiara’ ini merupakan single kedua hasil kolaborasi di antara Hayat Kreatif Studio dengan Botram Media Entertainment serta hak cipta lagu ini adalah di bawah Luncai Emas Sdn Bhd.

Untuk rekod, lagu ‘Tiara’ oleh Raffa Affar boleh didapati di semua pelantar streaming dan video muziknya telah dimuat naik menerusi saluran Youtube Hayat Kreatif Studio untuk tontonan ramai.

Sumber: mohd_yusuf86/Ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply