“Sampai Bila Mahu Dipijak-Pijak!” – Ira Kazar Bakal Terduduk!! Akhirnya Puteri Sarah Saman Ira Kazar, Ini Sebab Dia Tiba2 Nak Saman

SELEPAS lama berdiam diri, akhirnya pelakon Puteri Sarah Liyana mem.ulakan tindakan saman terhadap Ira Kazar yang didakwa menjadi orang ketiga men.ganggu rumah tangganya bersama pengarah Syamsul Yusof.

Menurut Sarah atau nama sebenar Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 36, tindakan saman ini adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan semua kem.elut selepas empat tahun memendam perasaan.

“Empat tahun saya berdiam kerana mahu beri peluang. Kalau boleh nak seles.aikan masalah ini tanpa melibatkan mahkamah dan tak perlu satu Malaysia tahu. Ap.abila sudah sampai tahap begini saya rasa ia biadab.

sarah 2

Ira (kanan) did.akwa sebagai orang ketiga ganggu rumah tangga Sarah.

“Memang selama ini ada niat hendak ambil tin.dakan, tetapi masa itu saya asyik terfikir apa akan terjadi kepada saya, perkahwinan dan keluarga.

“Selepas pulang dari umrah saya sangat yakin dengan kep.utusan ini. Saya juga ada buat solat istikharah dan nampak jalan apa yang harus dilakukan,” katanya.

Puteri Sarah ditemui media di perka.rangan pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di Shah Alam pada pagi Khamis.

Dia hadir bagi membuat aduan be.rkaitan rumah tangganya ke jabatan itu.

Sebelum ini, Sarah sendiri mende.dahkan Ira menyebabkan hubungan rumah tangganya bergolak.

Bukan sekadar didakwa memp.unyai hubungan sulit dengan Syamsul, Ira juga dikatakan mengganggu kehidupan Sarah sendiri dengan menghantar pelbagai ugutan melalui pesanan di sosial media.

Tular Syamsul Yusof Dan Ira Kazar Dah Bertunang, Kini Ira Kazar Pulak Tampil Seolah Olah Beri Bayangan – Satkoba Viral

Sarah melalui peguamnya men.failkan saman terhadap Ira di mahkamah sivil pda 26 Jun lalu dan wanita tersebut sudah me.nerima surat arahan supaya menghentikan sebarang bentuk gangguan dua hari kemudian.

Kes ini akan mula dibicarakan di ma.hkamah pada 4 Julai depan.

Saya buat semua ini untuk diri sendiri dan keluarga. Sampai bila saya mahu dipijak-pijak

Lega dengan keputusan membawa kes ini ke ma.hkamah, Sarah juga berharap ia dapat membuka jalan buat mana-mana wanita yang mengalami nasib sama untuk melakukan tindakan terbaik.

“Saya buat semua ini untuk diri sendiri dan kel.uarga. Sampai bila saya mahu dipijak-pijak.

“Jadi kepada sesiapa yang nak sondol (rampas) selepas ini perlu lebih berhati-hati. Saya mahu pert.ahankan perkahwinan dan perjuangkan hak sendiri.

sarah 3

Sarah, Syamsul dan anak-anak mereka.

“Kalau dah ambil or.ang punya duduk diam-diam, jangan ambil dan canang sana-sini serta kacau keluarga orang lain,” jelasnya.

Dalam permohonan yang dibuat, Sarah mahu Ira tampil memohon maaf dan ber.henti daripada melakukan sebarang tindakan gangguan terhadapnya.

Sementara itu Sarah enggan memberi komen lanjut tentang hub.ungan dia dan Syamsul dan memberitahu suaminya itu ada datang melawat ketika anak-anak mereka dimasukkan ke hospital, baru-baru ini.

Syamsul dan Sarah mendirikan rum.ah tangga pada Mac 2014 dan pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Summayah, 2.

Terdahulu,

Saya masih single okey! – Ira Kazar

Seakan cuba memberitahu bahawa dia sedar namanya kini sedang hangat diperkatakan oleh orang ramai gara-gara spekulasi menjadi tunangan Syamsul Yusof, Ira Kazar, memberikan sedikit petanda di Instagram Storiesnya (IGS) malam tadi.

Menerusi IGS tersebut, anak pelakon veteran, Kazar Saisi ini memaklumkan bahawa dirinya masih single buat masa ini.

“By the way, saya masih single okey!” katanya secara ringkas.

Sebelum berkongsi kenyataan itu, Ira dilihat baru selesai menonton filem berjudul Black Phone di sebuah pawagam.

Sambil berjalan keluar dari panggung, Ira membuat sedikit ulasan peribadi mengenai filem tersebut sebelum secara tiba-tiba memberi ‘hint’ tentang status dirinya kini.

Tindakan Ira itu tidak dinafikan, seakan mengena dengan situasi terkini yang mana, sehingga sekarang ramai sedang tertanya-tanya tentang kebenaran spekulasi hubungan antara dia dan Syamsul.

Semalam, bertebaran di media sosial mengenai satu hantaran di forum gosip mendakwa suami pelakon Puteri Sarah itu sudah selamat melangsungkan pertunangan dengan Ira.

Menerusi perkongsian hantaran dan paparan skrin dibuat di media sosial oleh seorang pengguna dengan nama, HannahMontana itu, pihak terbabit memaklumkan bapa dua anak itu sudah pun bertunang.

“Syamsul dan Ira Kaza sudah pun bertunang. Selamat bertunang Syamsul!!!!!!!!!,” tulisnya.

Selain itu, paparan skrin tersebut juga kemudiannya dikongsi oleh isteri Syamsul, pelakon, Puteri Sarah Liyana di Instagram Story (IGS) sambil menyatakan ucapan khas buat Syamsul.

“Terima kasih DM saya. Kalau betul, Alhamdulillah. Jangan lupa tanggungjawab pada anak-anak,” katanya.

Sebelum ini, media tempatan melaporkan rumah tangga Syamsul dan isterinya, Puteri Sarah didakwa dilanda masalah hingga mendapat perhatian netizen.

Puteri Sarah juga mengakui sudah lama tidak tinggal sebumbung dengan pengarah itu, malah mendakwa suaminya itu tahu kenapa dia bersikap ‘dingin’.

Syamsul juga dilaporkan mengaku mereka sudah tidak tinggal sebumbung tetapi tidak bermaksud mahu berpisah.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply