” Bukti masyarakat zaman skarang dh tak layan cite cinta, tunjuk body bagai!Pengarah/penerbit yg buat cite camtu biar sedar diri sikit..buat jer cite mcm Mat Kilau bleh collect puluh juta”
Itu antara sebahagian respon masyarakat selepas filem terbaharu arahan pengarah Syamsul Yusof berjudul Mat Kilau Kebang kitan Pahlaw an berjaya mencapai kutipan sebanyak RM47 juta hanya dalam masa 11 hari.
Menurut Syamsul atau Mohd Syamsul Mohd Yusof, filem itu juga berjaya mengatasi kutipan Muna fik 2 sebanyak RM43 juta dalam masa sebulan dan kutipan tertinggi sejak 2018 sebanyak RM48 juta.
Pengarah berusia 38 tahun itu juga meluahkan rasa syukur dan memberitahu filem mengangkat tokoh pahla wan tersebut turut berjaya mengenepikan filem Hollywood selama dua minggu berturut-turut di pawagam.
” Allahuakhbar… Mat Kilau merupakan filem paling cepat mence cah RM47 juta dalam masa hanya 11 hari.
” Mengatasi box office rekod Mun afik 2 tahun 2018 (RM48 juta).
” Hilang kata… limpah kurnia dariNya. Alhamdulillah terima kasih semuanya. Majulah filem bangsa dan negara. Filem No. 1 Malaysia dua minggu berturut-turut.
” Masih terus mengenepikan filem Hollywood untuk minggu kedua,” kongsi Syamsul.
Anak kepada pengarah hebat Datuk Yusof Haslam itu berkong si berita gembira tersebut menerusi laman Instagram miliknya pada Isnin.
Kenali siapa Syamsul yang ramai tak tahu
Pengarah muda ini datang dari keluarga Skop Production milik Datuk Yusof Haslam, mewarisi bakat seni bapanya dalam industri seni.
Sebelum bergelar pengarah filem, Syamsul Yusof perlu melepasi beberapa tugasan dari ayahnya untuk mengarah drama tv bersiri yang popular Gerak Khas. Filem arahan pertama Syamsul Yusof ialah Evolusi KL Drift.
Syamsul berjaya mengubah persepsi masyarakat Malaysia mengenai genre Filem terbitan Skop Production dengan mengetengahkan pelbagai genre setelah 5 Filem di bawah arahannya telah berjaya mencapai kutipan pec ah panggung.
Setiap filem arahan Syamsul mendapat kutipan purata filem dengan gandaan RM2 juta.
Bermula dengan Evolusi KL Drift (RM2 juta), Bo.hsia (RM 4juta), KL Drift 2 (RM6 juta), Khur afat (RM8 juta) dan KL Gangster (RM11 juta) dan Munaf ik 2 (RM48 juta).
10 fakta menarik Syamsul yang mengejutkan ramai
Umum mengenali Syamsul sebagai anak kepada pengarah tersohor negara yang pernah mendapat jolokan Six Million Dollar Man, Datuk Yusof Haslam.
Selain itu, berikut disenaraikan 10 fakta tentang Syamsul yang mungkin ramai belum tahu.
1) Pemilik nama sebenar Mohd Syamsul bin Mohd Yusof ini dilahirkan pada 21 Mei 1984, merupakan anak kelahiran Kuala Lumpur. Beliau kini berusia 38 tahun.
2) Syamsul adalah bekas penuntut bidang Penyiaran dan Kewartawanan di Akademi TV3 yang kini dikenali sebagai Institut Media Integratif Malaysia (MIIM).
3) Beliau merupakan anak kedua daripada empat adik-beradik. Adiknya, Syafiq Yusof juga bergelar seorang pengarah. Dua lagi adik-beradiknya yang lain ialah Faizal Yusof selaku abang tiri dan Nur Syamin (adik perempuan).
4) Selain dikenali sebagai sepupu kepada pelakon popular Fattah Amin, Syamsul juga adalah sepupu kepada pelakon Sabrina Ali.
5) Syamsul mula melibatkan diri dalam dunia hiburan sejak tahun 2005 sehingga bergelar pelakon, penyanyi, model, penulis skrip, pengarah dan penerbit.
6) Pemegang trofi Pengarah Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik ke-57, Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-30, Anugerah Khas PFM Anugerah Blokbuster 2012 dan banyak lagi.
7) Mendirikan rumah tangga dengan pelakon Puteri Sarah Liyana pada 8 Mac 2014. Sehingga kini dikurniakan dua cahaya mata bernama Syaikul Islam dan Sumayyah.
8) Syamsul antara ‘car enthusiast’ tegar apabila sering memuat foto bersama kereta-kereta mewahnya. Antaranya adalah Lamborghini Aventador, Ferrari F430, Hummer dan beberapa lagi.
9) Syamsul mendapat pujian ramai kerana mewarisi bakat yang ada pada bapanya, Datuk Yusof Haslam. Malah adiknya. Syafiq turut mengakui perkara itu dengan menulis, “Abang aku memang dari dulu ada this golden touch sama macam papa aku masa muda.”
10) Memetik laporan Sinarharian pada 2013, Datuk Yusof Haslam mendedahkan Syamsul pernah meluahkan hasrat untuk bersara awal ekoran filem arahannya, KL Gangster 2 disab otaj dan disebarkan di internet serta menjadi tatapan penonton di dunia maya dua bulan lebih awal.
Datuk Yusof juga memberitahu bahawa Syamsul tidak boleh tidur dan hanya mengadap komputer didalam bilik kerana mahu memad amkan setiap link yang telah tersebar di laman Internet.
Sumber:hemtr0, wikipedia dan IG Syamsul Yusof
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.