“Saya isteri pertama selamanya” – Penyondol pernah ganggu rumah tangga, Amyza Aznan salahkan diri sendiri

TAHUN lalu pelakon Amyza Aznan pernah memberi gambaran tentang rumah tangganya yang berantakan namun tidak pernah mendedahkan kemelut sebenar melanda perkahwinannya dengan suami, Khairil Idzhar.

Malah Amyza, 46, sempat menyangkal segala dakwaan tentang isu berkenaan dengan memberitahu perkahwinannya berada dalam keadaan baik dan bahagia.

Pun begitu, aktres itu akhirnya membuka mulut soal rumah tangganya dan mengakui pernah berhadapan kemelut akibat kehadiran orang ketiga yang menganggu gugat keharmonian perkahwinannya.

Amyza

Amyza tidak menyalahkan mana-mana pihak tetapi dirinya sendiri.

“Biasalah lelaki ini, ada masanya nakal sikit. Kalau kita terlampau kawal mungkin dia boleh bertindak begitu.

“Tetapi rumah tangga saya sekarang Alhamdulillah bahagia. Saya isteri pertama selamanya! Apabila dia datang semula kepada kita dan berjanji nak betulkan keadaan saya terima,” katanya kepada mStar.

Amyza ditemui ketika majlis pelancaran drama Penanggal Mak Kiah di Putrajaya pada Khamis.

erinsakura-e5f47367e8bb8c5a2af3ac90700c370d

Amyza, suami bersama tiga anak mereka.

Tidak pernah menyalahkan

mana-mana pihak atas masalah melanda perkahwinannya, Amyza sebaliknya melihat kekurangan diri sendiri yang mungkin menjadi punca suami mempunyai hubungan lain.

“Bertepuk sebelah tangan memang tidak berbunyi. Tapi saya lihat perkara ini berpunca daripada saya sendiri kerana tidak menjadi seorang isteri yang sempurna.

“Apabila semua perasaan was-was itu kita buang jauh-jauh dan reda apa yang berlaku, itu membuatkan kita lebih tenang dan tidak mudah marah,” jelasnya.

Apabila semua perasaan was-was itu kita buang jauh-jauh dan reda apa yang berlaku, itu membuatkan kita lebih tenang dan tidak mudah marah.

AMYZA AZNAN

PELAKON

Berkongsi pandangan tentang ‘penyondol’ yang hangat diperkatakan ketika ini, Amyza menasihati agar mana-mana pasangan berkahwin sentiasa menjaga keharmonian rumah tangga.

“Kalau sayangkan hubungan, perbaiki segala kesalahan dan bukan mencari kesalahan. Kalau tak boleh juga, tepuk dada tanyalah selera,” katanya.

Untuk rekod, Amyza berkahwin dengan Khairil pada 2004 dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Andre Mikhail, Andrian Adam dan Ayden Andika.

 

Sumber :- mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply