Akhirnya Shahir AF memilih Anak Dara Juga, Rupanya Bukan Calang2 Tunang Shahir

“Buat masa sekarang, biarlah saya rahsiakan namanya,” kata penyanyi, Shahir Zawawi, 34, mengenai majlis pertunangannya dengan wanita dari Tawau, Sabah yang berlangsung tengah hari, hari ini.

Shahir turut menjelaskan pertunangannya itu dilakukan untuk memenuhi kehendak keluarga dan sekadar simbolik ikatan kekeluargaan.

“Orang kata tempoh bertunang ini ada dugaannya, jadi saya mengharapkan segalanya baik-baik sahaja dan tidak terlalu lama.

Shahir ketika dihubungi berkata, majlis ringkas itu berlangsung di kediaman keluarga wanita itu di Tawau dan dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Majlis berlangsung selepas Zuhur. Dari pihak keluarga saya, ada enam orang yang hadir. Mengenai nama dan siapa orangnya, nanti saya akan kongsikan bila saya dah bersedia. Buat masa sekarang, biarlah rahsia

“Insya-Allah majlis perkahwinan akan diadakan dalam tahun ini juga, tetapi kata putusnya akan ditentukan nanti,” terangnya.

Penyanyi lagu Dia Yang Kau Pilih itu turut mengakui pertama kali menjejakkan kaki ke Sabah.

“Sepanjang 12 tahun menyanyi saya memang selalu mendapat tawaran persembahan di Sabah, tetapi asyik gagal.

“Majlis pertunangan ini merupakan pertama kali saya menjejakkan kaki di Sabah, rupa-rupanya selepas ini setiap tahun saya akan pulang ke sana untuk beraya,” katanya.

Untitled design (73)

Wanita yang berjaya mencuri hati Shahir dikenali sebagai Ekin.

Dalam pada itu, Shahir menasihatkan tunangnya agar bersedia berdepan dengan masyarakat lebih-lebih lagi apabila menjadi pasangan selebriti.

Katanya, lumrah apabila berada dalam industri, perkara peribadi antara hal yang akan turut disoal.

“Saya ada memberitahunya agar bersedia untuk berkongsi sedikit soal peribadi dengan masyarakat. Sebahagian hidup dia kena kongsikan dengan peminat.

“Walaupun sebelum ini dia rasakan perkara itu privasi, tetapi apabila berada dalam lapangan hiburan, mungkin sedikit daripada itu perlu dikorbankan,” jelas Shahir.

Terdahulu,

Selepas hampir dua mengenali hati budi, penyanyi Shahir Zawawi mengesahkan akan bertunang dengan usahawan produk berusia 30 tahun pada pertengahan bulan depan.

Katanya, keserasian dan kebaikan wanita yang berjaya mencuri hatinya itu membuatkan dia tidak menunggu lama untuk membawa hubungan tersebut ke fasa perkahwinan.

“Walau tak sampai dua bulan kenal, saya yakin dia calon paling tepat melihatkan sikapnya dan paling penting kami serasi. Usia saya dan dia juga sudah cecah 30-an, buat apa tunggu lama-lama.

“Identitinya pula bukan saya sengaja mahu sembunyikan, sebaliknya cuma tunggu masa yang sesuai sebab kami pun belum bertunang. Tunggu nanti.

“Tapi masa mula kawan saya lagi nampak banyak ciri yang bagus padanya. Dia seorang yang baik, melayan orang dengan baik dan sentiasa positif,’ katanya kepada Kosmo! Online.

Terdahulu, pemilik nama Ahmad Shahir Zawawi yang juga juara program Akademi Fantasia musim kelapan 8 (AF8) dan Hijrahkan Laguku sebelum ini pernah dikaitkan dengan beberapa selebriti.

Sekali gus, ramai tertanya-tanya hati penyanyi lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan ini milik siapa terutama sejak dia kembali ke arena seni selepas hampir empat tahun menyepi.

Ditanya mengenai perancangan tarikh pernikahan pula, katanya mereka masih mencari lokasi sesuai di ibu negara untuk meraikan hari bahagia itu namun paling pasti pernikahan akan dijalankan tahun ini.

“Insha-Allah memang kami mahu percepatkan perkara baik ini. Masa bertunang nanti keluarga akan berbincang soal tarikh. Kalau boleh nak segerakan tetapi kena tengok tempat dulu sebab banyak lokasi acara sudah ditempah awal.

“Sekarang kami mula buat persiapan dan penuhi permintaan keluarga untuk ikut adat bermula dengan acara merisik dan meminang.

“Jika tiada aral, pertengahan Julai depan kami akan bertunang, disusuli majlis pernikahan yang turut diharap dapat dilangsungkan tahun ini juga.

“Ikutkan majlis kenduri turut diadakan di Kuala Lumpur. Saya cuma minta doakan urusan kami berjalan lancar,” kata anak jati Perak itu lagi.

Terdahulu, Shahir pernah mendapat liputan hangat gara-gara perhubungan dengan pelakon popular, Erra Fazira. Bagaimanapun hubungan tersebut tidak menampakkan sebarang hala tuju

Sumber Mstar.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply