Jawi bebaskan wanita hina agama Islam tanpa didakwa di mahkamah syariah, tak sangka ini sebab Jawi bebaskan mcm tu je

WANITA yang didakwa menghina Islam ketika membuat persembahan di kelab komedi Crackhouse Comedy Club, Siti Nuramira Abdullah yang sepatutnya didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pada pagi Rabu dibebaskan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada malam Selasa.

Peguam mewakili tertuduh, Ramesh N. P. Chandran ketika dihubungi mStar berkata, pihaknya mendapat panggilan telefon daripada Jawi memaklumkan Siti Nuramira dibebaskan tanpa jaminan atau bon oleh Jawi dalam tempoh serta merta.

“Hari ini memang tiada apa-apa pertuduhan di mahkamah dan Siti Nuramira dibebaskan tanpa jaminan dan hanya menunggu arahan seterusnya daripada pihak mahkamah,” katanya kepada mStar.

Sementara itu, BH Online melaporkan, media yang berkumpul sejak pukul 8 pagi di perkarangan mahkamah untuk membuat liputan bagaimanapun difahamkan kes itu tidak akan diteruskan.

Ini disebabkan ia membabitkan tuduhan bersifat sama dan hukuman dihadapi wanita terbabit jika disabitkan kesalahan melalui pertuduhan di mahkamah sivil adalah lebih berat daripada hukuman diperuntukkan melalui tuduhan mahkamah syariah.

Pada Selasa, Siti Nuramira ditahan penguat kuasa Jawi selepas selesai membayar wang ikat jamin atas pertuduhan menghina Islam yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen Siber Kuala Lumpur pada 13 Julai lalu.

Tertuduh mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengikut Seksyen 298A (1)(a) Kanun Keseksaan kerana menimbulkan kegusaran dan suasana tidak harmoni di atas alasan-alasan agama, di antara orang-orang yang menganut agama yang sama ketika mengadakan persembahan komedi berdiri (stand up comedy) di Crackhouse Comedy Club, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur pada 4 Jun lalu.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak kurang dari dua tahun dan tidak melebihi lima tahun.

Dalam video yang tular di media sosial memperlihatkan Siti Nuramira memperkenalkan diri sebagai seorang wanita Melayu Islam serta mengakui menghafaz 15 juzuk al-Quran sebelum bertindak menanggalkan tudung dan baju kurung yang dipakainya.

Sepertimana semua sedia maklum, semalam media telah memaklumkan bahawa Siti Nuramirah Abdullah akan dibebaskan selepas pihaknya berjaya mengumpul dana untuk membayar ikat jaminnya.

Pihak penguatkuasa Jawi tahan Siti Nuramirah

Pun begitu, hanya beberapa minit selepas dibebaskan, wanita terbabit ditahan pula oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), hari ini.

Memetik sumber Kosmo, dia ditahan penguatkuasa Jawi selepas menandatangani Borang Jamin dengan ditemani peguamnya, Ramesh Chandran di Kuanter Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Berdasarkan prosedur, wanita itu akan ditahan oleh JAWI selama 24 jam sebelum dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah esok untuk dituduh mengikut Seksyen 7 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 Bahagian III-Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Kesucian Agama Islam Dan Institusinya.

Orang yang mengalami sakit lutut dan pinggul mesti membaca ini!

`Kelemahan lelaki` akan hilang dalam 1 malam! Cuba ini!

Seksyen itu membabitkan kesalahan menghina atau menyebabkan agama Islam dipandang hina yang mana jika disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Siti Nuramira, kekasih akhirnya bayar jamin

Terdahulu Selepas hampir seminggu ditahan di penjara, pasangan kontroversi, Siti Nuramira Abdullah dan kekasihnya V. Alexander Navin akhirnya selesai membayar jumlah keseluruhan jaminan RM40,000 hari ini.

Jaminan kedua-dua tertuduh dibayar oleh dua penjamin berbeza yang didakwa merupakan kawan kepada pasangan itu sebanyak RM20,000 setiap seorang.

Bagi urusan pembayaran, penjamin Siti Nuramira hadir ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur sementara seorang lagi rakan mereka ke Kompleks Mahkamah Petaling Jaya bagi menjamin Navin.

Peguam bela kedua-dua tertuduh, R. Sivaraj berkata kos jaminan itu dikumpul menerusi sumbangan orang awam daripada dalam dan luar negara yang dimasukkan menerusi akaun bank Lawyers For Liberty (LFL).

“Kami tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai identiti penjamin namun duit jaminan itu merupakan sumbangan orang ramai. Atas jasa baik LFL, kami dibenarkan untuk menggunakan bank akaunnya sebagai medium untuk mengumpul dana berkenaan.

“Setakat ini, kami belum tahu bila Siti Nuramira dan teman lelakinya akan dibebaskan kerana mereka perlu menjalani beberapa prosedur termasuk ujian Covid-19 sebelum boleh dibebaskan,” katanya ketika ditemui media di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

SUMBER:
Kosmo (Nuzulsham Shamsuddin)

Be the first to comment

Leave a Reply