Seorang penghantar makanan didenda RM50,000 oleh Mahkamh Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan membuat penghantaran komunikasi menghina agama Islam di laman sosial Youtube,minggu lalu.
Hakim Ahmad Rizki Abdul Jalil menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Nor’ Muzil Mohd Razalli, 39, yang mengaku bersalah melakukan perbuatan itu.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dikenakan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda itu.
Difahamkan tertuduh gagal membayar denda tersebut.
Dalam menjatuhkan hukuman, Hakim Ahmad Rizki perbuatan yang dilakukan tertuduh adalah serius.
“Sebagai umat Islam, tertuduh perlu insaf atas kesalahan dan bertaubat atas apa yang dlakukan.
“Kesalahan ini serius kerana membabitkan sensitiviti agama dan mengugat keharmonian masyarakat di Malaysia serta hantaran video itu ditonton di seluruh dunia, ” katanya.
Tertuduh didakwa melalui perkhidmatan aplikasi You Tube secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi bersifat jelik dengan niat mahu menyakiti hati orang lain.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu pada 16 Julai lalu dan ia dilihat pada hari yang sama pada jam 11.15 malam di hadapan Shell, Cyberjaya.
Oleh itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Azizah Aling manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Sementara itu, Noor Azizah dalam hujahnya memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal terhadap tertuduh kerana perbuatannya itu
mengundang kemarahan orang ramai dan sekiranya diabaikan boleh mengugat keamanan negara.
Katanya, hukuman serius perlu dikenakan ke atas tertuduh supaya tidak mengulangi perbuatan sama serta menjadi pengajaran dan menghalang pihak lain melakukan perkara sama di masa depan.
“Masyarakat mengambil serius berkenaan isu ini dan lebih 20 laporan polis diterima di seluruh negara,” katanya.
Sebelum itu,tertuduh yang berbaju T dan beseluar denim biru tiba di mahkamah pada 9 pagi dengan tangan bergari diiringi anggota polis dari lokap balai Dang Wangi, Kuala Lumpur.
https://youtu.be/yw4q1DZJowg
Sumber: Metro
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.