Mufti Beri Satu Cadangan Pada Siti Nuramirah Yang Buat Ramai Setuju Siap Bagi Sokongan

Nama Siti.Nuramirah bukan lah lagi asing dalam kalangan orang r4mai ketika ini. Demikian selepas vide0 persembahan nya di atas pentas k0medi yang di d4kwa telah menghin4 Islam tular di m3dia s0sial.

S0kong Siti Nuramirah sertai Tilawah Quran

Mengikuti per kembangan ter barunya, Mufti Pulau Pinang iaitu Wan Salim Wan Mohd Noor berkata akan mem.beri sokongan kepada wanita terbabit menyertai pertandingan tilawah al-Quran jika hafalan.nya bagus.

Namun, ter pulang kepada Siti Nuramirah sekira.nya mahu bertemu dengannya bagi memperdengar.kan bacaan nya ataupun tidak.

“Cuma saya harap dia tidak meng.ulangi perbuatan.nya menghin4 Islam seperti yang dilaku kan sebelum ini. Semoga di berubah menjadi penganut Islam yang baik dan taat kepada hukum hukum agamanya”-Wan Salim.

“Anggaplah nasihat seorang ayah”

Dalam masa sama, beliau turut berharap agar wanita berkenaan melupakan kisah lalunya dan membuka lembaran baharu.

“Yang pen.ting adalah kesanggupan nya kembali ke pangkal jalan setelah menginsafi kesilapan yang di lakukan. Ini lebih baik daripada berlarutan di dalam kebatilan. Ini.lah harapan dan nasihat saya.Anggap lah kata-kata ini sebagai nasihat seorang ayah kepada anak sendiri yang inginkan kebaikan untuk nya”-Wan Salim.

Jawi bebaskan wanita hina agama Islam tanpa didakwa di mahkamah syariah, tak sangka ini sebab Jawi bebaskan mcm tu je

Wanita yang didakwa menghina Islam ketika membuat persembahan di kelab komedi Crackhouse Comedy Club, Siti Nuramira Abdullah yang sepatutnya didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pada pagi Rabu dibebaskan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada malam Selasa.

Peguam mewakili tertuduh, Ramesh N. P. Chandran ketika dihubungi mStar berkata, pihaknya mendapat panggilan telefon daripada Jawi memaklumkan Siti Nuramira dibebaskan tanpa jaminan atau bon oleh Jawi dalam tempoh serta merta.

“Hari ini memang tiada apa-apa pertuduhan di mahkamah dan Siti Nuramira dibebaskan tanpa jaminan dan hanya menunggu arahan seterusnya daripada pihak mahkamah,” katanya kepada mStar.

Sementara itu, BH Online melaporkan, media yang berkumpul sejak pukul 8 pagi di perkarangan mahkamah untuk membuat liputan bagaimanapun difahamkan kes itu tidak akan diteruskan.

Ini disebabkan ia membabitkan tuduhan bersifat sama dan hukuman dihadapi wanita terbabit jika disabitkan kesalahan melalui pertuduhan di mahkamah sivil adalah lebih berat daripada hukuman diperuntukkan melalui tuduhan mahkamah syariah.

Pada Selasa, Siti Nuramira ditahan penguat kuasa Jawi selepas selesai membayar wang ikat jamin atas pertuduhan menghina Islam yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen Siber Kuala Lumpur pada 13 Julai lalu.

Tertuduh mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengikut Seksyen 298A (1)(a) Kanun Keseksaan kerana menimbulkan kegusaran dan suasana tidak harmoni di atas alasan-alasan agama, di antara orang-orang yang menganut agama yang sama ketika mengadakan persembahan komedi berdiri (stand up comedy) di Crackhouse Comedy Club, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur pada 4 Jun lalu.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak kurang dari dua tahun dan tidak melebihi lima tahun.

Dalam video yang tular di media sosial memperlihatkan Siti Nuramira memperkenalkan diri sebagai seorang wanita Melayu Islam serta mengakui menghafaz 15 juzuk al-Quran sebelum bertindak menanggalkan tudung dan baju kurung yang dipakainya.

Sepertimana semua sedia maklum, semalam media telah memaklumkan bahawa Siti Nuramirah Abdullah akan dibebaskan selepas pihaknya berjaya mengumpul dana untuk membayar ikat jaminnya.

Pihak penguatkuasa Jawi tahan Siti Nuramirah

Pun begitu, hanya beberapa minit selepas dibebaskan, wanita terbabit ditahan pula oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), hari ini.

Memetik sumber Kosmo, dia ditahan penguatkuasa Jawi selepas menandatangani Borang Jamin dengan ditemani peguamnya, Ramesh Chandran di Kuanter Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Berdasarkan prosedur, wanita itu akan ditahan oleh JAWI selama 24 jam sebelum dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah esok untuk dituduh mengikut Seksyen 7 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 Bahagian III-Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Kesucian Agama Islam Dan Institusinya.

Seksyen itu membabitkan kesalahan menghina atau menyebabkan agama Islam dipandang hina yang mana jika disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Siti Nuramira, kekasih akhirnya bayar jamin

Terdahulu Selepas hampir seminggu ditahan di penjara, pasangan kontroversi, Siti Nuramira Abdullah dan kekasihnya V. Alexander Navin akhirnya selesai membayar jumlah keseluruhan jaminan RM40,000 hari ini.

Jaminan kedua-dua tertuduh dibayar oleh dua penjamin berbeza yang didakwa merupakan kawan kepada pasangan itu sebanyak RM20,000 setiap seorang.

Bagi urusan pembayaran, penjamin Siti Nuramira hadir ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur sementara seorang lagi rakan mereka ke Kompleks Mahkamah Petaling Jaya bagi menjamin Navin.

Peguam bela kedua-dua tertuduh, R. Sivaraj berkata kos jaminan itu dikumpul menerusi sumbangan orang awam daripada dalam dan luar negara yang dimasukkan menerusi akaun bank Lawyers For Liberty (LFL).

“Kami tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai identiti penjamin namun duit jaminan itu merupakan sumbangan orang ramai. Atas jasa baik LFL, kami dibenarkan untuk menggunakan bank akaunnya sebagai medium untuk mengumpul dana berkenaan.

“Setakat ini, kami belum tahu bila Siti Nuramira dan teman lelakinya akan dibebaskan kerana mereka perlu menjalani beberapa prosedur termasuk ujian Covid-19 sebelum boleh dibebaskan,” katanya ketika ditemui media di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

SUMBER: Kosmo (Nuzulsham Shamsuddin) | BH online | mstar | FMT

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply