“Kenapa Filem Mat Kilau Tak Ada Perempuan Cantik?..” Ramai Tak Sangka Bila Syamsul Yusof Beritahu Sebabnya

Sudah sebulan filem Mat Kilαu ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia dan sehingga kini masih lagi berada di tangga pertama carta.

Satu pencapaian yang boleh dibanggakan dalam industri perfileman tanah air apabila kutipan tiket mencecah RM 90 juta selama 33 hari tayangan.

Mendapat respon yang positif daripada mereka yang sudah menonton filem tersebut selain bangga dengan usaha serta kerja ke’ras Syamsul Yusof dan para pelakon.

Sebelum ini, wargamaya memuji lakonan mantap daripada para pelakon seperti Dato Adi Putra, Beto Kusyairy dan Fattah Amin serta pelakon lain yang menjayakan filem tersebut.

Terbaharu, Syamsul sebagai pengarah ditanya mengenai pelakon wanita yang ditampilkan dalam filem Mat Kilαu.

“Hari tu Beto ada datang kat saya punya studio, saya kata dekat dia kenapa filem Mat Kilau tiada wanita ‘cantik’.

“Dia kata Zarina tu cantik, maksud saya bukan cantik – cantik, kenapa you tak guna ‘sεx appeal’ dalam filem tu?” tanya Dj Nazz.

Jelas Syamsul, meskipun filem Mat Kilαu tidak menampilkan wanita cantik dan sek’si, filem dia mampu pergi jauh.

“Syamsul bukan ustaz, saya pun taknak, saya bukan film maker yang menjaga ‘Kita harus jaga’… “

“Tujuan nak bagitahu tanpa benda tu semua filem boleh pergi jauh jugak, itu je.

“Dan its proven berkali – kali, korang masih lagi nak buat babak – babak yang… drama hari ni..

“Saya kece’wa sebenarnya, apa yang berlaku, jangan biarkan pemikiran luar tu masuk. Ada benda yang kita tidak boleh melam’paui batas,” ujar Syamsul.

Tambahnya, pemakaian anak tudung dalam filem tersebut juga dia yang mahukan dan orang lain boleh terima apa yang dia buat.

“Zaman dulu mana ada inner, tapi aku nak, just bre’ak jela. Macam mana kau terima filem Blloywood, macam tu lah juga kau terima benda tu.

“Doakan sayalah, harap saya istiqamah terus, so far Alhamdulillah.” tambahnya lagi.

Meninjau ke ruangan komen, rata – rata warganet beretuju dengan apa yang Syamsul katakan dan meninggalkan pelbagai komen.

“Mat kilαu filem aksi dan filem sejarah.. tak perlu dedah de’dah pun dah kutip 84 juta”

“Ketenangan jiwa nie mahal lgi mahal isi seluruh atas muka bumi nie.. xkan dapt dgn wang ringgit.”

“Serius andai ada elemen tu, org x kan pi tengok ulang2 sampai 3,4 kali,sbb dialog semua berkisar kpd perju.angan mengangkat martabat Islam”

“Betul, tanpa itu semua boleh ja pergi jauh.. Dah lebih bernilai sebenarnya”

“Terbaik Syamsul…xpa wanita cntik pon…masih blh laku filem”

“Biar la dia dengan kesila’pan dia. asbab ni die memperju.angkan sesuatu yg org lain xbuat. salute bro”

Ramai setuju lakonan Ellie Suriaty dalam Mat Kilau beri kesan, “Awal2 sy dah menangis”

Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan pelakon dan pengarah, Ellie Suriaty yang mana lakonannya dalam filem Mat Kilau juga menerima pujian ramai penonton dengan kesan yang ditinggalkan oleh wataknya.

Melalui sumber pula, pelakon ini yang membawakan watak sebagai Ibu Yassin meluahkan rasa syukur dengan penerimaan penonton filem Mat Kilau arahan Syamsul Yusof itu dan komen-komen positif terhadapnya.

“Kenalah tonton, barulah boleh setuju atau tidak ia beri impak atau sebaliknya.” Ujarnya disamping meluahkan rasa syukur dan berterima kasih.

Dalam pada itu meskipun Ellie Suriaty muncul hanya dua babak sahaja, penonton filem Mat Kilau ada yang meluahkan rasa sedih dengan kesan lakonannya itu.

Menjengah pula keruangan komen di Media Hiburan nampaknya ramai memuji lakonan pelakon legend tersebut yang dikatakan tidak pernah gagal dalam lakonannya dan dalam pada itu, watak Ellie Suriaty itu disetujui ramai meninggalkan kesan kepada penonton.

“Kalau dalam lakonan saya minat dia, apa-apa watak pun menjadi”

Gambar, malaysia-today, imdb, adpadiputra

Video, @iniaku2821

Sumber Samson Sohor

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply