“Nasha Aziz Ni Memang Tak Tua” Kemunculan Nasha Aziz Raih Perhatian Ramai, Ramai Terkejut Bila Tahu Berapa Umur Dia

Susah betul nak mengikuti perkembangan peragawati dan pelakon Malaysia, Nasha Aziz. Manakan tidak, Nasha tidak sama artis-artis tempatan yang lain yang aktif di media sosial. Namun sejak akhir-akhir ini, Nasha kembali aktif dalam dunia lakonan dan kerap juga muncul di TV dalam drama yang dibintangi.

Seperti mana yang kita tahu, Nasha Aziz akan memasuki usia 51 tahun. Namun agak mengejutkan, wanita berasal dari Kuala Lumpur ini seperti tak dimamah usia dan kekal seperti remaja. Kecantikan luar biasa Nasha telah dibuktikan melalui sebuah foto yang dimuat naik oleh jurusolek profesional Khir Khalid.

Rata-rata peminat terkejut dengan penampilan terkini Nasha. Difahamkan foto tersebut tanpa suntingan dan filter. Khir memiliki pengalaman lebih dari 20 tahun sebagai jurusolek artis atau ‘makeup artis’.

Murai MY cuba mendekati Khir sebagai jurusolek artis atau ‘makeup artis’ yang bertanggungjawab memberikan sentuhan magis pada wajah Nasha sehinggakan dia kelihatan luar biasa.

Menurut Khir, solekan tersebut dibuat untuk sebuah kempen raya dari pereka terkenal iaitu Rizman Ruzaini Couture Raya 2021.

Siapa sangka selepas 10 tahun, Khir akui dia sangat teruja kerana dapat berpeluang bekerja semula dengan wanita yang merupakan inspirasi buatnya. Menurut Khir, dia berterima kasih kepada Rizman kerana memberi peluang kepadanya untuk menata rias wajah figura hebat bernama Nasha Aziz kali ini.

“Nasha adalah seorang model dan menjadi seorang pelakon. Bagi saya Nasha seorang sukar untuk didekati. Tetapi sebagai seorang makeup artis, saya begitu teruja bila dapat tahu akan bekerja dengan Nasha Aziz”- akuinya.

“Ini kerana pada zaman kegemilangannya di era-90an, dirinya menjadi dambaan ramai orang untuk menjadi penghias kulit majalah, iklan TV, dan kemudian bila jadi pelakon, dia menjadi rebutan pengarah filem terkenal. Sebabnya, Nasha pada zaman itu sangat cantik, malah sehingga hari ini dia kekal menawan”- katanya kepada Murai MY.

Buka Rahsia Nasha Aziz Yang Semakin Menawan

Bertanya mengenai penampilan Nasha yang luar biasa pada foto tersebu, ini rahsia yang dibongkarkan oleh Khir.

“Sebenarnya, solekan pada wajah Nasha sangat minimalis dan tidak begitu tebal. Matlamat saya hanya mahu menjadikan Nasha umpama bidadari dan semua orang tahu dia memang cantik secara semulajadi.

“Walaubagaimanapun, semasa wajah Nasha Aziz disolek, saya menggunakan ‘Face Tape’ untuk menegangkan wajahnya supaya nampak lebih menawan. Selain daripada itu, teknik makeup-nya sangat ringkas dan polos. Cuma saya hanya tambah seri wajahnya dengan ‘highlighter’”- kongsinya. Artis Dulu-Dulu Berbeza Dengan Sekarang.

Akui lebih senang bekerja dengan artis-artis lama, Khir berkata, mereka mempunyai pesona yang tidak ada pada artis zaman sekarang.

“Sememangnya, saya lebih suka bekerja dengan artis-artis zaman dahulu daripada artis sekarang. Banyak perbezaannya. Tak kira sama ada mereka memilik paras wajah yang cantik atau tidak, artis-artis dahulu ada pesona yang sukar digambarkan.

“Cara mereka datang ke set, dan mereka akan biarkan makeup artis untuk buat apa-apa pun di wajah mereka. ”

“Zaman dah berubah, tapi saya sangat rindukan pesona artis-artis zaman dahulu. Memang berbeza!”- katanya

Tonton klip penuh:

Beberapa hari lalu, sebuah telefilem berjudul Mak Nak Peluk Boleh lakonan aktres popular Nasha Aziz dan Rita Rudaini ditayangkan menerusi slot Cerekarama TV3. Tidak dinafikan, drama arahan Rashid Sibir itu mempunyai jalan cerita yang mantap dan sarat dengan emosi, membuatkan penonton mengalirkan air mata.

Bukan sahaja drama itu menjadi sebutan, tetapi kemunculan semula Nasha membuatkan penonton mengimbau kembali zaman kegemilangan model dan aktres itu pada tahun 90an. Siapa sahaja yang tidak pernah terpikat dengan wajah jelitanya, kata orang ramai yang ‘crush’ dengan Nasha.

Sehingga kini, meskipun usianya sudah mencecah 50 tahun, Nasha umpama mempunyai magnet yang menarik setiap mata memandang.

Rata-rata netizen mengakui wajah Nasha masih jelita dan kekal awet muda. Mereka sangat kagum dengan kecantikan yang dimilikinya.

Bukan sahaja cantik, Nasha juga mempunyai personaliti lemah-lembut yang mampu menarik perhatian sesiapa sahaja. Apa agaknya rahsia Nasha kekal cantik dan awet muda meskipun sudah berusia?

Sumber : beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply