Sharifah Shawati Tampil Di Program MeIet0p. Satu Persatu DiaDedah Ttg ZaIina Yg Tak Pernah Org Tahu

” Karektor dia memang dia suka berahsia, dia tak suka share tentang hal-hal peribadi..”

Itu kata-kata bekas personaliti TV3, Sharifah Shawati yang mendedahkan peribadi sebenar sahabat baiknya ZaIina Azman sewaktu tampil di program Meletop, malam tadi.

Menjawab pertanyaan pengacara iaitu Nabil Ahmad dan hos jemputan Sherry Alhadad, bekas pembaca berita slot Berita Terkini TV3 itu mengakui sangat terkejut dengan berita kehiIangan ZaIina.

” Dia memang seorang yang menjaga privacy life dia.. jadi kita fahamlah macam tu, takdela nak push kenapa kenapa macam tu kan..kalau dia nak cerita kita dengar.

” Saya dapat tahu tentang kehiIangannya menerusi berita..so saya berasa terkejut..kemudian kami mula menghubungi antara satu sama lain, Ras Adiba, Zakiah Anas untuk bertanyakan apa yang terjadi.

” Jadi saya tertanya-tanya jugak kenapa jadi macam ni, tiba-tiba..saya berasa sangat risau.

” Namun saya berasa cukup terharu pihak media termasuk Astro (MeIet0p) begitu prihatin untuk sama-sama membantu mencari rakan kami.

” Sekarang dah jadi berita yang diperkatakan di seluruh negara.. jadi saya harap orang-orang di luar sana agar tidak membuat andaian tidak benar dan tidak sahih kerana kita perlu menghormati keluarganya dan ZaIina sendiri.

” ZaIina yang saya ingat adalah seorang yang sangat baik hati.. sangat baik.. cuma bab-bab rahsia inilah..(sikap ZaIina yang perahsia)..

” Lagi satu sejak pndemik, ramai yang berasa tertekan termasuk kita sendiri..semua orang menghadapinya.

” Ada jugak kemungkinan ZaIina berasa begitu (terkesan dengan pndemik), dan dia tak mahu orang kcau dia, kita tak tahu…atau mungkin dia taknak susahkan orang..

Pakai selendang hadiah pemberian ZaIina

” Selendang yang dipakai saya sekarang ini juga diberi oleh ZaIina..dia hadiahkan kepada saya ketika hari lahir saya..hadiah ini sangat sentimental kepada saya..

” Dia seorang yang ambil effort kerana dia tahu saya suka corak ini, jadi dia carikan design ini untuk saya.

” Saya mahu mempercayai bahawa ZaIina masih hidup, masih bersama kita dan dia ada di mana-mana di luar sana..kerana saya tahu dia seorang yang sangat cekal” luah Sharifah Shawati.

Minggu lalu, Sharifah Shawati mengatakan emosinya terganggu sejak mendapat tahu teman seperjuangan ketika bertugas di TV3, ZaIina Azman hiIang tanpa khabar berita.

Dalam hati Sharifah Shawati atau nama sebenar, Sharifah Shawati Syed Mohd berharap agar temannya itu berada dalam keadaan selamat.

Melalui entri dimuat naik di Instagram (IG), Sharifah Shawati mengimbau memori ketika dia dan teman-teman termasuk ZaIina menghiasi muka depan sisipan hiburan Berita Harian (BH) yang ketika itu dikenali sebagai Persada Seni.

Kali terakhir jumpa ZaIina di sebuah banglo di Bangsar

Dalam sisipan bertarikh 14 Oktober 1999 dengan tajuk ‘Nikmati Salad Mangga Zalin’ itu, Sharifah Shawati dan ZaIina ditemani dua penyampai berita, Aziah Jasmin Azizul dan Suriani Rahman.

” Foto yang diabadikan dalam artikel BH ini menggunakan tajuk ‘Nikmati Salad Mangga ZaIina’.

” Sebenarnya, ketika itu, Aziah mengusahakan sebuah restoran dan mengetengahkan menu menggunakan nama penyampai televisyen (TV).

” Terkenang saat kami akrab suatu ketika dahulu. Kami kerap lepak bersama. Namun, berita kehiIangan ZaIina menjerut emosi saya.

” Dalam hati tertanya di mana Zal? Harap di mana jua dia berada, Allah membimbingnya. Apa juga yang dilalui kamu, ingat Allah,” katanya.

Sharifah Shawati berkata, kali terakhir mereka bersua di sebuah banglo di Bangsar, beberapa tahun lalu.

” Ketika itu, Zal sambut ulang tahun kelahirannya. Saya sepatutnya menjadi pengacara majlis kahwin anaknya, Mikael. Namun, saya tak dapat penuhi kerana terikat dengan komitmen lain.

” Beberapa tahun lalu, kami ada bertemu pada majlis anjuran teman. Selepas itu, kami terputus hubungan semula. Malah, dalam tempoh sama, ramai kawan cuba menjejakinya, namun, gagal,” katanya.

Dapat tahu ZaIina berkahwin dengan seorang Datuk

Sharifah Shawati mendapat tahu ZaIina pernah berhijrah dan berhijab, beberapa tahun lalu.

” Kali terakhir, saya dapat tahu dia berkahwin dengan seseorang berpangkat Datuk. Namun, dalam tempoh seterusnya, saya dengar dia terbabit dalam perniagaan.

” ZaIina rapat dengan bekas pembaca berita TV3, Kelvin Ong. Dia dan Kelvin yang memujuk saya menyertai TV3,” katanya.

Semalam, media melaporkan polis giat mencari bekas personaliti TV3 itu yang dilaporkan hiIang sejak November tahun lalu.

Pihak polis menerima laporan daripada anak lelaki ZaIina, Mikhael Norman, 33, berhubung kehiIangannya pada 29 November tahun lalu.

ZaIina dilaporkan hiIang selepas Mikhael gagal menghubunginya sejak 24 November 2021 bagi memaklumkan bapa personaliti televisyen itu dimasukkan ke hospital.

Sumber:youtube Meletop dan bharian

Be the first to comment

Leave a Reply