Rupanya Dah 2 Kali Rumah ZaIina DigeIedah Dan lni Kenyataan Pihak PoIis Yang Dinantikan Ramai

” Harap pihak poIis boleh cari apa-apa bukti termasuk resit-resit pembelian barang dalam rumah tersebut..maybe ada yang jadi petunjuk.”

” Aku lalu disitu waktu pagi..takde pon nampk poIis buat siasatan..bawak anjing pengesan ke..tengok persekitaran rumah ke…”

Itu antara sebahagian komen warganet di media sosial yang ‘mengulas’ isu kehiIangan bekas personaliti TV3, ZaIina Azman sejak November tahun lalu.

Malah tidak kurang yang mempersoalkan kredibiliti pihak poIis dengan memberi ‘tunjuk ajar’ apa tndakan yang seharusnya diambil.

Namun, secara logiknya, pihak poIis sudah tentu telah mengambil pelbagai langkah dalam mengesan ZaIina.

Gambar:Malaysiagazette

Apatah lagi segala apa yang ditanya atau ‘diajar’ oleh warganet itu adalah benda basic dan tentunya pihak poIis sudah mengambil tndakan tersebut sejak dari awal.

Sudah 2 kali digeIedah

Terbaru, banglo ZaIina Azman di Sksyen 3 di sini sudah dua kali digeIedah poIis bagi mengesan petunjuk kehiIangan bekas personaliti TV3 itu.

Ketua PoIis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, kali pertama digeIedah pada November tahun lalu dan diikuti kali kedua kira-kira dua minggu lalu.

Menurut beliau, ia turut me­libatkan pasukan forensik dari Ibu Pejabat PoIis Kontinjen (IPK) Selangor dan Unit Anjing Pengesan (K9).

” Setakat ini tiada lagi (petunjuk baharu). PoIis pernah geIedah.

” Secara terperinci saya tak boleh dedahkan, cuma semakan ditemui tidak menunjukkan sebarang unsur jnayah dalam rumah itu.

” Tiada penemuan yang ganjil dalam rumah tersebut.

” Semasa penggeIedahan pun kita pernah panggil pasukan foren-sik IPK Selangor.

Dah guna anjing pengesan, tak jumpa sebarang jejak

” Selain itu, kita gunakan khidmat unit anjing pengesan.

” Memang tidak jumpa sebarang jejak di dalam rumah sama ada bahagian dalam atau luar,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Sejak kehiIangan ZaIina atau nama penuh ZaIina Shaharah Azman tersebar, dua wanita disangka sebagai ZaIina namun selepas siasatan kedua-dua individu terbabit bukan bekas pengacara rancangan Money Matters itu.

Wanita pertama ditemui di sekitar pusat bandar Shah Alam termasuk dekat sebuah kafe dan hotel yang wajahnya dirakam menerusi kamera litar tertutup.

Wanita kedua pula ditemui di Sentul, Kuala Lumpur, bagaimanapun kedua-duanya dinafikan poIis berdasarkan maklumat kad pengenalan dan pengesanan identiti di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Dalam pada itu, Mohd. Iqbal turut memaklumkan kerja-kerja pengubahsuaian rumah ZaIina dilihat melibatkan bahagian ruang tamu, namun terhenti dipercayai berikutan pelaksanaan PerintahKawalan Pergerakan (PKP) pada 2020 dan 2021.

Gambar:Malaysiagazette

Sebab kenapa sukar mengesan kontraktor yang buat kerja ubah suai rumah ZaIina

Kerja-kerja pengubahsuaian rumah bekas pembaca berita sebuah televisyen swasta, ZaIina Shaharah Azman yang telah lama memberikan kesukaran bagi mengesan pekerja yang dicari poIis ketika ini.

Timbalan Ketua PoIis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi berkata, pihaknya juga belum dapat mengenal pasti identiti mereka sama ada warga tempatan atau asing.

” Tempoh masa renovate ( ubah suai) juga agak lama dan bukan baru-baru dan ini menimbulkan kepayahan kita melainkan mereka (pekerja tersebut) tampil ke depan memberikan maklumat.

” Kita belum pasti mereka (pekerja) warga tempatan atau asing,” katanya

Kosm0! sebelum ini melaporkan poIis kini mengesan pekerja yang pernah melakukan kerja pengubahsuaian rumah ZaIina di Sksyen 3 di sini.

Sasikala turut menegaskan pihaknya masih menjalankan siasatan dengan Kertas Enkuiri PoIis (KEP) bagi Orang HiIang akan diteruskan poIis.

KehiIangan ZaIina,57, sejak lapan bulan lalu terus menjadi msteri apabila tiada sebarang petunjuk mengenainya sehingga kini.

ZaIina dilaporkan hiIang oleh anak lelakinya berusia 33 tahun pada 29 November tahun lalu.

Untuk info, ZaIina memiliki Sarjana Kewartawanan, ZaIina mula bekerja di stesen televisyen TV3 sejak tahun 1990.

Beliau juga pernah diberi jolokan ‘hos wanita paling glamour’ dan pernah menemuramah personaliti antarabangsa seperti bekas Perdana Menteri Afrika Selatan, Nelson Mandela.

Sumber:utusan,k0smo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

 

Be the first to comment

Leave a Reply