“Cuba macam mana pun, kalau benda itu tidak boleh, tidak boleh lah.”
Demikian kata pelakon Adrea Abdullah yang mengesahkan dia kini kembali berstatus ibu tunggal selepas perkahwinannya dengan Zul Selamat berakhir kira-kira dua bulan lalu dengan talak satu.
Redha dengan kegagalan rumah tangga yang dibina lebih empat tahun, bintang filem Blok 404 ini bagaimanapun akui tidak pasti punca sebenar perpisahan yang berlaku
“Saya bercerai lebih dua bulan lalu, habis idah bulan hadapan. Masalah dalam rumah tangga sebenarnya berlaku sejak dua tahun setengah. Tapi sabar… cuba dan tak mahu putus asa.
“Tapi orang kata, kita tidak boleh mengharapkan sesuatu yang indah akan kekal selamanya. Kadang kala ia menjadi sebaliknya. Apa yang boleh kita buat?
“Saya pernah beritahu pada dia, sekiranya hati you berubah, jangan tipu. Tapi mungkin sebab dia kesiankan saya pada waktu itu, hanya Tuhan yang tahu. Sebab dia tak nak cakap apa punca. No communication, habis.
“Kalau di rumah sebelum ini, dia yang paling banyak bercakap. Tapi tiba-tiba dia mulai senyap. Kenapa? Jadi saya tidak boleh selesaikan sesuatu jika tak tahu apa puncanya,” kata Adrea kepada MH.
Adrea atau nama sebenarnya, Nik Adrea Nik Abdullah,45, juga akui berusaha menyelamatkan perkahwinan, namun tidak berjaya.
“Tahun lalu saya memilih untuk keluar rumah tiga bulan. Sebab saya nak uji. Malah saya cakap, nak lakukan sesi kaunseling ke, tak nak.
“Telefon saya dia boleh buka apa semua. Tiada rahsia. Jadi bila sikapnya mulai berubah, sudah tentu saya tertanya mengapa.
“Bila berkerja di luar bersama krew, mereka buatkan diri saya rasa wujud. Saya tak perlukan perhatian daripada orang luar. Saya perlukan perhatian dari seseorang yang saya cintai di rumah,” katanya lagi.
Pernah berdepan depresi sebelum ini, Adrea akui berdoa semoga diberikan kekuatan.
“Saya berdoa, kalaulah dia untuk saya, kembalikanlah. Sama-samalah berubah sebab saya pun tak sempurna. Saya cuba, tapi saya tidak boleh buat sorang-sorang.
“Saya pernah cakap padanya, serius atau tidak dengan perkahwinan ini? Awak senaraikan apa komitmen untuk selamatkannya dan kita boleh kenal pasti.
Faktor Umur
Jurang usia sebanyak 13 tahun antara Zul dan Adrea dipercayai menjadi faktor perceraian.
“Macam pokok kita tak mahu ia mati, kita perlu baja balik. Kita perlu ada perancangan. Tiga bulan pertama selepas saya kembali ke rumah ia berjalan baik.
“Kemudian bila hati sudah tiada, ia tak akan kekalkan perasaan itu,” katanya yang kini aktif berkarya dengan menerbitkan beberapa program baharu, termasuk perancangan projek trilogi filem ‘psycho-thriller.’
“Reporter asked me, ‘Serik tak nak ade penganti after dah cerai ni?’ Sumpah serik. Need timeout from relationship. Need time to properly heal, focus on career, my son & myself. I’m happier with my life now. Alhamdullillah. For now I rather just enjoy romance while watching my k dramas until I’m ready to meet my prince charming” kongsi Adrea lagi
Imbas kembali, Adrea dan Zul mengikat tali pertunangan pada 18 Ogos 2017 dan mereka kemudiannya bernikah pada 9 Jun 2018 namun tidak dikurniakan cahaya mata.
Adrea memiliki seorang anak lelaki hasil perkahwinannya yang terdahulu.
Terdahulu PERKONGSIAN pelakon Adrea Abdullah tentang pengalamannya dalam industri hiburan di laman sosial nampaknya menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak.
Adrea sebelum ini pernah mendedahkan yang dia pernah ditawarkan untuk menjadi kekasih seorang produser jika ingin memegang watak utama.
Namun, enggan maruahnya dipijak, Adrea telah menolak tawaran tersebut sehingga menyebabkan watak tersebut beralih tangan kepada seorang pelakon wanita lain.
Selain itu, dia juga berkongsi tentang pengarah yang datang ke set penggambaran dengan bergaya keterlaluan serta rakan artis yang suka bersembang lucah dengan para pelakon.
Adrea hampir bercerai dgn Hubby Director Zul Selamat?
Siapakah orang ketiga itu? Katanya adrea ade affair dgn suami orang lain? Suka hati je fitnah kan? Ape reaksi Director Zul Selamat? Jeng jeng jeng…
Sumber: limauasamboi
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.