lsu KemeIut Rumah Tangga Syamsul Yusof Dan Puteri Sarah, Ini Permintaan Dari Dato Yusof Haslan!

Kem3lut rumah tangga pengarah dan penerbit terkenal iaitu Syamsul Yusof bersama isterinya, Puteri Sarah Liyana nampak gayanya masih belum menemui noktah dan ianya kini menjadi bualan hang4t netizen di media sosial.

Terbaru, bapa kepada Syamsul iaitu Datuk Yusof Haslam meminta anak dan menantunya itu segera menyelesaikan k0nflik yang mel4nda rumah tangga mereka.

‘Saya dan isteri tak mahu melihat mereka bercer4i’

Datuk Yusof Haslam akui sed1h dan terkil4n dengan kem3lut yang berlaku dalam rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah. Malah Datuk Yusof Haslam dan isterinya, Datin Fatimah Ismail juga berharap agar k0nflik yang berlaku sejak empat tahun lalu itu dapat diselesaikan dengan cara yang baik demi nama baik keluarga dan anak-anak.

Secara perib4di, saya rasa tidak adil jika rumah tangga mereka berakhir dengan perpis4han. Itu adalah perkara yang amat menyed1hkan dan saya tidak melihat apa-apa kebaikan di situ.

Tambahnya lagi, dia berharap agar anak dan menantunya itu tidak membiarkan mas4lah ini tanpa sebarang penyeles4ian sehingga menjadi semakin rum1t.

Saya bangga dengan apa yang dicapai Syamsul ketika ini. Saya hormat dia. Cuma saya harap dia tak lupa asal usul.

Dalam hal rumah tangga, saya minta dia dan Puteri Sarah perbetulkan keadaan. Saya dan isteri tak mahu melihat mereka bercer4i.

Terdahulu, kisah kem3lut rumah tangga Syamsul dan isterinya yang juga pelakon Puteri Sarah did4kwa berant4kan kerana kehadiran orang ketiga. Puteri Sarah kemudian memf4ilkan satu tindakan sam4n di Mahk4mah S3syen Kuala Lumpur, berserta dua aduan di pejabat ag4ma terhadap seorang wanita yang did4kwa sebagai kekasih Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar.

Pasangan Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah kini berusia 3 tahun.

Empat tahun pelakon Puteri Sarah Liyana ‘sorok’ kemelut rumah tangga dengan suami yang juga merupakan pengarah filem, Syamsul Yusof yang didakwa berpunca daripada Ira Kazar.

Kerja back to back, Menurut Puteri Sarah, dia tidak menidakkan kesibukan dia bekerja disebabkan ingin lari daripada terus dibelenggu masalah.

Dedah aktres berumur 36 tahun ini, bapa mentuanya iaitu Datuk Yusof Haslam pernah menghalang dirinya duduk di rumah dan meratap dengan apa yang berlaku.

Ya betul. Macam mana saya ada kekuatan untuk bekerja adalah datang daripada bapa mentua saya. Dua tahun lalu dia ada cakap suruh saya berlakon, jangan duduk rumah.. menangis dan makan hati.

Fokus dekat penggambaran dan jaga anak-anak. Masa mula-mula saya nak buat, memang tak ada kekuatan, rasa takut. Bila dah mula kerja, jadi ketagih asyik back to back.

Saya nak jadi Sarah yang dahulu maksudnya yang bekerja dan ada konfiden dengan diri sendiri.

Puteri Sarah berkata demikian ketika majlis Meet & Greet Puteri Sarah dan Rossa Sera anjuran Inayah Beauty Trading yang diadakan di Avante Hotel Bandar Utama, pada Isnin.

Ingatkan berjuang seorang diri

Ditanya sama ada anak-anak faham situasi sebenar, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin memilih untuk merahsiakan.

Anak-anak sampai sekarang tak tahu. Masa saya pergi Singapura, saya tinggalkan anak-anak dengan datuk dan datin. Jadi mereka fikir pergi jumpa atuk, nenek dan sepupu.

Alhamdulillah mereka dikelilingi orang-orang yang positif dan supportive itu yang saya perlukan. Saya tak nak mereka hidup dengan toksik jadi saya keluarkan.

Dalam pada itu, pelakon drama Sabarlah Duhai Hati akui sebak apabila Yusof Haslam dan isteri, Datin Fatimah Ismail tampil ke hadapan dan bersuara mengenai isu panas tersebut.

Saya gembira sebab selama keluarkan kenyataan, saya ingatkan seorang diri. Netizen asyik cakap saya saja yang bersuara dan sebar aib.

Saya tahu Datuk dan Datin sokong tetapi mereka tak pernah bersuara sehingga hari Syaikhul (anak sulung) dimasukkan ke hospital. Masa itu, saya tahu saya tidak berjuang sendirian. Saya rasa disayangi dan terjaga.

Pada 30 Jun lalu, Puteri Sarah memfailkan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung gangguan serta pemerasan yang diterimanya daripada Ira Kazar.

Sumber : ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply