Baby Shima mendakwa hanya mengikut kehendak pengarah video muzik single Baby Sayang yang menyaksikan dirinya bekerjasama dengan usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman seperti yang hangat diperkatakan, beberapa hari lalu.
‘Teaser’ video muzik yang dikongsi Aliff di Instagram (IG) antara lain memaparkan aksi Baby Shima bergelek yang dianggap keterlaluan dan mencolok mata, hingga menjadi topik hangat netizen.
Baby Shima atau nama sebenar, Nur Ashima Ramli, 30, menjelaskan, sebagai penyanyi profesional, dia perlu mengikut arahan pengarah.
“Saya bukan ‘daring’. Apa yang saya gayakan dalam video muzik itu adalah mengikut kehendak ‘wardrobe’ (bahagian penataan gaya) dan kehendak pengarah.
Baby Shima mempertahankan dirinya hanya mengikut arahan pengarah dalam menghasilkan video muzik single Baby Sayang. Foto IG Baby Shima
“Rasanya tidak ada beza video muzik ini dengan yang pernah saya hasilkan. Saya tetap Baby Shima yang sama dan tiada apa-apa pun yang berubah,” katanya kepada BH Online.
Baby Shima berkata, apa yang dilakukan bukanlah kerana ingin relevan dalam industri hiburan, sebaliknya, dia hanya mahu berkarya.
“Jika karya itu menjadikan saya kekal relevan, maka, itu adalah bonus buat saya.
“Saya cuba menjadi artis yang kekal dengan karya terbaharu mengikut perkembangan zaman. Jadi, saya amat menitik beratkan lagu yang mahu dinyanyikan.
“Cuma saya tidak faham mengapa soal menyanyi sambil bergelek dijadikan isu. Ini perkara biasa yang dilakukan penyanyi dangdut,” katanya.
Ditanya apakah dia tidak memikirkan perasaan keluarga dengan kontroversi dicetuskan, Shima menjelaskan, mereka faham kerjaya sebagai selebriti.
“Keluarga tahu saya bekerja dalam dunia hiburan. Mereka tiada kena mengena dengan kritikan yang diterima.
“Dalam hal ini, saya tidak peduli dengan kecaman netizen. Saya tidak boleh kawal kata-kata netizen.
“Mereka yang dakwa saya beraksi lucah dan sebagainya, mungkin disebabkan mereka yang banyak menonton dan berimaginasi yang bukan-bukan,” katanya.
Sumber : BHARIAN ONLINE
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.