Selepas Najib Razak Jatuh Hvkum Dipenj4ra, Tan Sri Muhyiddin Yassin Mula Bersuara, Ini Luahan Beliau

Malaysia tercipta sejarah apabila bekas Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak dijatuhkan hukman penjara 12 tahun.

Najib pada 28 Jul 2020 didapati bersalah atas tiga tuduhan pecah amanah jenayah (CBT), satu tuduhan salah guna kuasa, dan tiga tuduhan pengubahan wang haram, berhubung dana RM42 juta yang dikaitkan dengan SRC, menyusuli perbicaraan di Mahkamah Tinggi.

Beliau dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta. Mahkamah Rayuan pada 8 Dis 2021 mengekalkan hukuman dan sabitan ke atas Najib.

Luahan Syukur Dari Tan Sri Muhyiddin Yassin

The difference between Muhyiddin and Najib | MalaysiaNow

Alhamdulillah, perjuangan saya dan rakyat Malaysia menentang rasuah akhirnya terjawab di Mahkamah Persekutuan hari ini.

Saya telah menyuarakan kebimbangan mengenai penyalahgunaan kuasa dan rasuah pada skala yang besar menerusi penyelewengan dana 1MDB dan SRC International membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, sejak tahun 2015.

Walaupun saya dihukum dengan pemecatan dari kerajaan dan parti pada ketika itu, saya terus istiqamah dengan prinsip menegakkan yang hak.

Hari ini, saya bersama-sama dengan rakyat Malaysia yang konsisten melawan rasuah dan penyelewengan dapat menghela nafas lega dengan keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan bersalah ke atas Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Masa dia PM puluhan bilion lesap tak pula dikata membazir', Muhyiddin bidas Najib | Free Malaysia Today (FMT)

Terbukti, sistem kehakiman negara kita yang bebas telah dapat menjamin tertegaknya keadilan dan mengembalikan maruah negara yang tercalar.

Kebebasan sistem kehakiman inilah yang saya pertahankan ketika saya menjadi Perdana Menteri.

Walaupun ada desakan politik supaya saya campurtangan dalam kes tertentu, saya tegas menolaknya walau akhirnya saya terpaksa meletak jawatan kerana mempertahankan prinsip ini.

Saya ingin mengingatkan bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan pada hari ini bukanlah pengakhiran sebuah perjuangan. Pendakwaan dalam kes 1MDB yang melibatkan penyelewangan dana berjumlah RM2.6 billion masih belum selesai.

Begitu juga kes rasuah yang melibatkan Pengerusi Barisan Nasional masih dalam proses perbicaraan di mahkamah, selain kes-kes berprofail tinggi yang lain.

Saya berharap, kebebasan badan kehakiman di negara kita terus dilindungi tanpa ada cubaan campurtangan atau desakan politik dari mana-mana pihak agar keadilan dapat tertegak.

Kebebasan dan integriti badan kehakiman sepertimana yang terbukti pada hari ini adalah paksi sebuah negara demokrasi.

Tanpa badan kehakiman yang bebas, sistem demokrasi di negara kita akan gagal untuk berfungsi dan Malaysia menjadi sebuah negara yang bersifat autoritarian, rasuah dan bankrap moral, na’uzubillah.

Atas segalanya, saya mendoakan agar Malaysia bebas sepenuhnya daripada amalan kleptokrasi, dijauhi daripada bala bencana dan rakyat dapat hidup dalam keadaan aman dan sejahtera.

TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN Mantan Perdana Menteri Ke-8

Antara komen komen netizen,

“Dari pertama TSMY jadi PEDANA MENTERI .Saya paling SUKA sama beliau kerana beliau bercakap sangat baik kepada rakyat..walaupun org kata apa2 pada beliau Saya tetap percaya beliau yang terbaik.banyak2 PM Malaysia..TSMY terbaik”

“Think the other side Tan Sri.

Andai keputusan hari ni berlainan dengan apa yg kita perolehi hari ini, adakah Tan Sri dengan rela hati menulis sepanjang ini dan menyokong sistem kehakiman negara?

In my experience, selepas tgk apa yg berlaku semasa PAU 2016 sampai DS H20 calm downkan u disebalik pintu selepas DSN menolak hak u utk berucap pada persidangan sayap pemuda Umno dahulu, i dont think so Tan Sri.”

“Jgn kita menjadikan kedukaan orang lain sebagai kegembiraan untuk kita hari ini. Masa dia telah tiba & telah diketahui. Masa kita Belum tentu lagi..”

“Abah jgn gembira sangat ya…najib telah sumpah laknat,..kalau dia bersalah dia rela di laknat ..tapi kalau dia dianiaya…org yg subahat aniayanya akan dilaknat..”

“Ya tan sri… Zaman tan sri semua jd hebat…. Semua jd telus… Yg lompat terus suci….. Tiada rasuah…. Kes mahkamah pun bole gugur masa zaman tu…. Ya tan sri… Kami ingat tu tan sri … Butang jgn lupe tekan tan sri..”

Sumber AS Sohor

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

 

Be the first to comment

Leave a Reply