“Kadang Bergaduh Sampai Seminggu Tak Bercakap,” Mengejutkan, Akhirnya Siti Elizad Ucap Selamat Tinggal Kepada Hefny Sahad, Tak Sangka Ini Sebabnya

Selepas hampir tiga tahun berkhidmat, pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad Sharifuddin mengumumkan semalam (Jumaat) merupakan hari terakhirnya ke udara bersama rakan penyampai Hefny Sahad.

Menurut Elizad, dia sudah tentu akan merindukan setiap momen-momennya bersama Hefny, yang juga merupakan popular.

 

 

“Salam kesayangan semua. Hari ni my last day di DUO SINAR. Confirm akan rindu dan ingat semua moment bersama sAinarian dan kau @hefnysahad . Sedih jgk lah.

“Pasangan saya selama tiga tahun. Kita bekerja sebagai sepasukan. Kita bincang, rancang, dan bekerja kerasa bersama-sama untuk menambahbaik perjalanan kita sebagai penyampai radio,” tulisnya.

Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon filem Rock itu menerusi entri terkini di laman Instagram.

 

Dalam pada itu, Elizad turut merakamkan ucapan terima kasih buat Hefny yang telah banyak membantunya mengenai ilmu-ilmu tentang dunia penyiaran radio.

“Kadang-kadang baik, kadang-kadang bergaduh sampai seminggu tak bercakap. But as for us, we still respect each other .

“Thank You Abam Hefny for being my partner in crime. Kawan teman makan, ride dan teman membawang. All the best untuk kau di Duo Sinar dan partner baru nanti.

“Jangan lupa kawen kau , aku part salam kerok okayhh. Bye HEP2. Im back for shooting,” akhirinya.

Melihat di ruagan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa sedih selain turut menitipkan ucapan selamat buat apa sahaja perkara yang akan dilakukan oleh Elizad selepas ini.

“Ala sedih. Dengar Sinar petang-petang pun sebab Elizad. All the best dalam apa jua bidang selepas ini.

“Moga dipermudahkan semuanya.

“Ala sedihnya. Saya suka gandingan Elizad dan Hefny. Btw, all the best Elizad. Penyampai radio yang best.

“Kamu pasti akan dirindui.

“Mesti akan rindu gelak ketawa Elizad dengan Hefny. Kalau peminat call Elizad mesti suka menyakat. Kita pun terbahak-bahak gelak,” antara komen-komen netizen di Instagram

Pada masa sama, Elizad memberitahu, dia kini sudah bersedia untuk kembali aktif berlakon selepas ini.

Terdahulu,

Elizad & Hefny Penyampai Baharu Stesen Radio Sinar

Elizad & Hefny Penyampai Baharu Stesen Radio Sinar

Pelakon Siti Elizad dan Hefny Sahad kini bertugas sebagai penyampai baharu untuk stesen radio Sinar.

Pasangan itu bergabung dalam segmen Duo Sinar bermula hari ini jam 3 hingga 7 petang.

Elizad dan Hefny bakal keudara di radio Sinar setiap hari Isnin hingga Jumaat.Duo itu memulakan tugas mereka hari ini dengan memikat hati pendengar menerusi segmen Kesahnya.

Kesahnya mengupas mengenai cerita-cerita yang sedang tular atau viral.

Selain itu, mereka bakal megendali beberapa segmen lain seperti Kanda Vs Dinda, Korus Sinar dan Cer Cite Duo Duo Sinar.

Pengumuman mereka sebagai penyampai radio baharu itu dikongsi menerusi akaun Instagram Sinar.

“Terbaru dari Sinar untuk anda, gabungan mereka ini pastinya memberikan sinaran baharu untuk petang anda!

“Lebih ceria dan bertenaga bersama Hefny @hefnysahad dan Elizad @elizadsharifuddin Setiap Isnin hingga Jumaat bermula 3 Petang dalam Duo SINAR.

“Hefny dan Elizad memulakan misi mereka untuk memikat hati anda dengan segmen KESAHNYA tentang cerita-cerita yang tengah viral.

“Lepas tu, ada segmen pertembungan lelaki dan wanita dalam KANDA vs DINDA…

“Kalau nak nyanyi untuk lepaskan stress, boleh sertai KORUS SINAR.. Tapi mula dengan korus je tau.

Dan macam biasa, ruang untuk kongsi pendapat atau cerita, boleh la layan CER CITER DUO… DUO SINAR…. Menyinari Hidupmu. #sinarkongsi,” tulisnya.

Menerusi laman sosial tersebut, mereka mendapat respon yang positif daripada peminat dan pendengar Sinar.

Sumber: Instagram Siti Elizad

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply