Disamakan Dengan Lembu Kerana Tindik Hidung, Sekali Ini Respons Masya Masyitah

Penyanyi Masya Masyitah mengakui menerima respons yang baik daripada peminat terhadap single terbaharunya, Simpanan yang diluncurkan pada 19 Ogos lalu.

Sungguhpun begitu, pemenang program Ceria Popstar Musim Kedua itu berkata, dia turut menerima teguran disebabkan penampilannya yang sedikit daring berbanding sebelum-sebelumnya.

Masya berkata, ramai yang tidak bersetuju apabila menyaksikan pemilihan pakaian selain aksesori yang digayakan menerusi klip video berkenaan.

Pakai Baju Ketat & Tindik Hidung, Netizen Dakwa Masya Masitah Culture Shock - XTRA

“Penerimaan peminat ada ok, ada tak ok tapi mostly banyak yang ok. Dari segi pemakaian sahaja orang ramai yang tak berapa setuju sebab saya berhijab.

“Saya berimej begitu kerana mengikut kehendak klip video. Lebih-lebih lagi tajuk lagu pun Simpanan, jadi orang kata nak cuba gaya yang lebih groovy sedikit,” katanya kepada Gempak.

Disamakan Dengan Lembu Kerana Tindik Hidung, Respons Masya Masyitah - “Sebenarnya, Ada Betulnya Juga!” | Gempak

Masya berkata demikian ketika ditemui pada Malam Gala Abang Long Fadil 3 yang berlangsung di Suria KLCC, semalam.

Menerusi klip video Simpanan juga, Masya dilihat mengenakan tindik pada bahagian hidung. Hal ini menimbulkan cakap-cakap dalam kalangan netizen yang mendakwa Masya kelihatan seperti lembu.

Diminta mengulas mengenai hal itu, Masya sambil tertawa berkata: “Saya tak nak kata apalah… sebenarnya, ada betulnya juga!”

Netizen Kritik Penampilan Masya Masyitah Dalam MV Baharunya - “Bertudung Tapi Bertindik Hidung? Seriously?” | Gempak

“Jujurnya, saya suka tengok trend fesyen sekarang dan untuk pengetahuan, saya tidak menindik hidung saya secara kekal. Ia merupakan tindik palsu yang pakai buang… nak bagi nampak ‘jahat’ dalam klip video.

“Kalau tentang komen netizen, saya tak hiraukan dan tak balas sebab kalau nak jawab, kita pun tahu hukum hakam. Saya dah terima dan ambil risiko pakai macam tu, jadi saya tak bolehlah bising sangat. Bila mereka tegur, saya terima dan perlahan-lahan cuba ubah ke arah yang lebih baik,” katanya menutup perbualan.

Klip video Simpanan diarahkan oleh Elfie Nazari dan sejak dilancarkan, ia telah menerima sehingga 23,000 jumlah tontonan.

Terdahulu,

Netizen Kritik Penampilan Masya Masyitah Dalam MV Baharunya – “Bertudung Tapi Bertindik Hidung? Seriously?”

Penyanyi Masya Masyitah baru sahaja melancarkan klip video bagi single terbaharunya, Simpanan pada 19 Ogos lalu.

Menerusi lagu yang berentak rancak itu, Juara Ceria Popstar Musim Kedua itu dilihat mengenakan beberapa persalinan pakaian yang sedikit eksentrik, selain ligat menari mengikut irama.

Meninjau komen-komen dan respons yang ditinggalkan di Youtube, ramai memuji lagu baharu yang dirakamkan oleh Masya dan dilabel sebagai lebih segar dan kekinian.

Dalam masa sama, penerbitan klip video tersebut juga turut dipuji kerana kelihatan kemas dan juga cantik.

“MV nampak mahal, color sharp dan ala-ala MV K-Pop. Suara Masya Masyitah memang powerful. Lagu pun mantap. Tahniah semua yang terlibat dengan single ini.”

“Oh wow.. Mantaplah sis. Suka sangat lagu ni. Rancak gitu. Saya juga suka tengok outfit yang kamu pakai dalam muzik video ni.”

Begitupun, ada juga dalam kalangan pendengar yang kurang senang dengan imej baharu Masya dalam klip video berkenaan.

“Sedap lagu dia, segar dan buat tubuh nak menari sama… Macam lagu Syamel, Halusinasi. Cuma secara peribadi aku kurang gemar imej yang ditampilkan Masya… bertudung tapi bertindik hidung? Seriously? Apa pun tahniah buat seluruh pasukan Simpanan teruskan berkarya dengan lagu-lagu segar sebegini.”

Meninjau pula ruangan komen di Instagram, ramai juga yang melahirkan rasa kecewa terhadap pemilihan pakaian yang dikenakan oleh Masya.

“Pemilihan baju tolong tapis lagi sister. Please.”

“Walaupun ada baju di dalam, tapi macam tak sesuai baju pink tu ubtuk hijabis. Sorry Masya.”

Sedikit info,

Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff (lahir 19 Januari 2000) atau lebih dikenali sebagai Masya Masyitah merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia.

Kerjayanya dalam bidang muzik bermula apabila beliau dinobatkan sebagai juara pertandingan Ceria Popstar musim kedua di Astro Ceria pada 2014.

Selain itu, beliau juga ialah naib juara Bintang Kecil anjuran RTM. Masya merakamkan single sulungnya, “Teman Bintang” pada 2014, namun paling dikenali menerusi lagu “Halimunan” (2018). Pada tahun 2020, beliau dinobatkan sebagai juara Yippi Star Quest 2020 dengan menewaskan 3000 peserta seluruh Asia.

Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Masya Masyitah | Iluminasi

Masya menerima pujian ramai dan peminat muzik kerana kebolehannya membawakan lagu berbahasa Mandarin. Ketua Label Muzik Rocketfuel Entertainment, Adam Lobo berkata: “Walaupun Masya (Masyitah) masih baru dalam industri muzik Malaysia, saya percaya dengan bakat nyanyian beliau bukan sahaja dalam bahasa Melayu, tetapi juga kebolehan beliau menyanyikan lagu dalam bahasa Mandarin yang amat mengagumkan serta mendapat pujian ramai daripada rakyat Malaysia termasuklah yang berbangsa Cina. Ini menunjukkan penerimaan yang baik tentang cara nyanyian dan paling penting setiap patah perkataan yang disebutkan kedengaran jelas dan tidak kekok”.

Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Masya Masyitah | Iluminasi

Menyifatkan hijab bukan penghalang buat dirinya, Masya berkata: “Memang saya tidak boleh nafikan ramai yang mengecam apabila seorang penyanyi bertudung seperti saya mencuba untuk berkecimpung dalam dunia seni suara. Saya tidak boleh puaskan hati semua orang.

Apa yang boleh saya lakukan hanyalah buat perkara yang diminati. Pada masa yang sama, saya kena sentiasa menjaga nama baik keluarga terutamanya ibu bapa. Kecaman akan wujud di mana-mana terutamanya apabila memilih untuk bekerja dalam bidang seni”.

Masya Masyitah dilahirkan pada 19 Januari 2000 di Kulim, Kedah. Beliau ialah bekas pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina Chio Min. Masya juga fasih berbahasa Mandarin.

Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Masya Masyitah | Iluminasi

Beliau mendedahkan dalam satu temubual bersama mStar Online pada November 2014 bahawa beliau pernah diganggu oleh seorang lelaki tidak dikenalinya selepas menjuarai Ceria Popstar musim kedua.Masya turut mendakwa lelaki itu pernah menghantar hadiah ke rumahnya dan menganggunya di sekolah semasa belajar.

MV Masya,

Sumber Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply