Penampilan pelakon dan usahawan selebriti, Fizo Omar sekali lagi mencurl tumpuan ketika menikmati percutian bersama keluarga di Legoland Malaysia Resort baru-baru ini. Menerusi satu perkongsian di laman Instagram, pelakon berusia 37 tahun itu dilihat merakam gambar bersama isteri Fazeera Nazri Azrai dan anak perempuannya, Wan Maryam. Gambar tersebut memaparkan Fizo dipercayai mengenakan pakaian mandi iaitu t-shirt tanpa lengan dan berseluar pendek serba hitam.
Bagaimanapun, segelintir netizen bertindak menegur pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyawa itu kerana memakai seluar pendek sehingga menampakkan bahagian lututnya. Menurut netizen, pelakon berkenaan sepatutnya menjaga batasan aurat sebagai lelaki Muslim apatah lagi sudah bergelar ‘haji’ selepas menunaikan rukun Islam kelima itu pada 2019. “Aurat laki kena Ips lutut harap maklum. Bini masing2 pandai2 la tegur”
Terdahulu, sekitar awal tahun ini, Fizo atau nama lengkapnya Wan Hafizol Wan Omar pernah ditegur pengikutnya kerana berseluar pendek di lokasi yang sama. Untuk rekod, Fizo dan Fazeera mendirikan rumah tangga pada Oktober 2021 dan dikurniakan cahaya mata sulung mereka bernama Wan Khaleeda pada 25 Jun lalu. Sebelum itu, dia pernah berkahwin dengan usahawan Mawar Karim pada November 2013 namun bercerai pada 10 Julai 2019.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan Wan Maryam yang kini berusia lima tahun. Pelakon Fizo Omar memaklumkan isterinya, Fazeera Nazri baru sahaja melahirkan anak sulung mereka sebentar tadi. Berita gembira itu dikongsi Fizo menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya hari ini. Menurut Fizo, bayi perempuan seberat 2.73 kg itu dilahirkan dua minggu lebih awal dari tarikh jangkaan bersalin.
Pelakon, Fizo Omar, 36, melangsungkan pernikahan dengan bekas pramugari, Fazeera Nazri Azrai, 25, yang diadakan secara tertutup di Bidaisari Resort, Janda Baik, Pahang. Pengurus Fizo, Mimi ketika dihubungi mengesahkan berita pernikahan itu yang berlangsung kira-kira jam 10 pagi.
Sumber :- ohmymedia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.