Kuala Lumpur: Penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan mengaku adegan cium aktor Jay Iswazir dalam filem Abang Long Fadil 3 dilakukan sendiri tanpa bantuan teknik kamera. Elizabeth atau mesra disapa Lizzy berkata, babak itu dijayakan ketika belum menjadi hak milik suaminya, Dr Siew Jim. “It’s real… Dan kalaulah adegan itu saya dapat lakukan dengan lebih lagi. Tapi babak itu hanya begitu saja. “Kalau diberi peluang sekarang, macam-macam sudah saya fikirkan.
Lagipun ketika adegan itu dibuat saya belum berkahwin dan Jay juga okey dengan babak terbabit,” katanya. Menurut Lizzy, dia berharap lakonannya dalam filem itu dapat membuka mata penerbit tempatan untuk menawarkannya watak aksi yang lebih mencabar. “Saya ada bercakap dengan pengarah, Syafiq Yusof untuk hasilkan filem Abang Long Fadil 4 pula selepas ini. Harap impian saya itu dimakbulkan.
“Saya juga berharap filem ini dapat beri saya lebih banyak peluang untuk melakonkan watak aksi sebab mungkin sebelum ini ramai yang tak tahu saya memang minat watak yang membabitkan aksi pertarungan.”Saya juga bersedia untuk memasuki sebarang latihan intensif kerana saya memang nak belajar cara berlakon dalam filem aksi. “Walaupun saya mengalami lebam yang teruk sepanjang menjalani penggambaran filem ini, tapi tak pernah terdetik rasa putus asa sebaliknya saya sangat ‘enjoy’ dengan setiap aksi yang saya lakukan,” katanya.
Selain Lizzy dan Jay, Abang Long Fadil 3 menampilkan barisan pelakon terkenal tanah air seperti Zizan Razak, Johan, Maya Karin, Datuk AC Mizal, Shuib, Kazar, Ozlyn Wati, Tania Hudson, Joey Daud, Daniella Sha, Khir Rahman dan Siraj. Filem terbitan oleh penerbit gergasi tanah air, Skop Productions dan Astro Shaw ini menjanjikan lebih padat aksi memukau, komedi pecah perut, barisan pelakon terkenal serta kualiti produksi yang boleh dibanggakan. Filem Abang Long Fadil 3 akan menemui penonton bermula 8 September ini dan akan mengadakan sesi jelajah dengan kehadiran barisan pelakon pada 9 hingga 11 September di Selatan dan 16-18 September sekitar Utara.
sebagai rekod terdahulu, Walaupun sudah lebih setahun mendirikan rumah tangga, penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan masih belum tinggal sebumbung dengan suaminya, Dr Siew Jim. Elizabeth yang mesra disapa Lizzy berkata, sehingga hari ini mereka masih tinggal bersama ibu masing-masing dan hanya bertemu pada waktu cuti. “Dia datang bertemu saya sekali atau dua kali seminggu. Kami anggap hubungan kami seperti sedang melayari fasa percintaan dan tak sangka ia lebih menarik sebab ada ruang untuk kami saling merindui satu sama lain. “Pada mulanya saya tak okey dengan keputusan ini sebab kalau kahwin mestilah kena tinggal sebumbung, tapi kami tak nak biarkan emak kami tinggal seorang diri di rumah.
Sumber:- harianmetro
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.