Berita Elyana menghldap kanser Limfoma tahap 4 mendapat perhatian netizen sejak beberapa hari lepas, ramai yang bersimpati dengan nasib penyanyi itu dan mendoakan beliau. Walaubagaimanapun, masih ada sesetengah netizen yang memperlekehkan sakitnya itu dan dengan lantang menghakimi penampilan Elyana yang masih tidak menutup aurat. Menerusi portal Astro Gempak, Elyana memberitahu beliau tidak berkecil hati.
Menyifatkan apa yang dikatakan netizen itu adalah sekadar nasihat. Teguran itu saya terima dengan berlapang dada dan segala nasihat yang dikirimkan kepada saya sangat betul. Saya setuju dengan komen-komen tersebut dan terima seadanya kerana mereka sebenarnya mendoakan yang terbaik buat saya. Insya-Allah, akan sampailah doa anda itu. Pada pandangan saya, ajal maut semua Allah tentukan.
Tidak semestinya saya sakit kanser tahap empat saya yang akan pergi dahulu, sebab semua antara kita akan matl. Saya menghargai setiap komen dan doa yang ditulis peminat kepada saya. Kami puji dengan semangat dan kekuatan Elyana yang memandang sesuatu perkara itu dari sudut yang positif. Kita tidak tahu betapa deritanya Elyana cuba melawan penyakitnya dan siapalah kita untuk menghakimi beliau tidak memikirkan akhirat ataupun tiada niat untuk bertudung.
Biasalah apabila ia membabitkan tudung dan aurat dalam kalangan selebriti wanita, sudah pasti akan munculnya ramai ‘ustaz’ dan ‘ustazah’ tidak bertauliah yang memberi pelbagai komen, kutukan dan sindiran. Elyana juga tidak terlepas daripada menjadi mngsa terbaharu kecaman netizen apabila ramai menyuarakan pandangan mereka sehingga membuatkan penyanyi itu terpaksa menutup mulut mengenai keputusan tersebut ketika ditemui media dalam sebuah program pada Selasa lalu.
Diminta pergi ‘m4ti’ selepas tanggal tudung, Ini reaksi padu Elyana!
JIKA sebelum ini Elyana cepat ‘panas’ dengan komen ditinggalkan netizen terhadapnya namun kali ini penyanyi itu dilihat memberikan reaksi positif kepada salah seorang individu yang mendoakan agar dirinya mati dengan alasan tidak tahu mensyukuri nikmat Allah.
Elyana atau Erneelya Elyana Emrizal, 35, mendoakan semoga individu berkenaan sentiasa berada bawah lindungan Tuhan di dunia dan akhirat.
“Semoga awak dipanjangkan umur, dijauhkan dari segala penyakit, dimurahkan rezeki dan diberikan kebahagiaan di dunia dan akhirat,” katanya.
Elyana berkongsi perkara itu di Instagram turut mendapat sokongan pengikutnya apabila rata-rata menyifatkan tindakan individu terbabit keterlaluan dan melampaui batas.
Tangkap layar komen netizen yang tetap memberi sokongan kepada Elyana.
Difahamkan individu terbabit berbuat demikian kerana berasa kurang senang melihat penampilan baharu Elyana yang tidak lagi mengenakan hijab selepas pulih daripada penyakit kanser.
“Komen dia macam maksum sangat. Tidak faham dengan manusia yang macam tu. Risau.
“Orang komen seperti ini lebih kepada dendam kesumat daripada dakwah damai Islam. Tidak tahu apa yang dia buat, dia tidak tenang sebegitu. Abaikan saja. Satu tidak suka beribu lagi suka.
“Tidak baik cakap begitu. Doakan baik-baik. Insya-Allah yang baik-baik akan datang kepada diri sendiri juga,” komen peminat Elyana di Instagram.
Tangkap layar perkongsian Elyana di media sosial.
Meskipun begitu ada juga yang menyebelahi pihak individu tersebut dengan berpendapat teguran tersebut tetap berasas.
“Cara yang kasar tetapi apa yang cuba nak sampaikan tersirat perkara yang betul. Awak juga fikir apa yang telah awak lakukan.
Semoga awak dipanjangkan umur, dijauhkan dari segala penyakit, dimurahkan rezeki dan diberikan kebahagian di dunia dan akhirat
“Untung kak ada wakil malaikat datang komen. Mesti ramai wakil-wakil malaikat jadi peminat juga.
“Kadang-kala teguran yang macam ni boleh buat seseorang itu berubah. Kadang-kala Allah hadirkan orang-orang macam ini untuk tegur kita. Terpulang sama ada kita nak terima ataupun tidak. Kita semua pendosa,” kata netizen.
Untuk rekod, Elyana sebelum ini memaklumkan dirinya penghidap kanser limforma sejak 2010 ketika tersingkir di pentas Gegar Vaganza musim keempat pada 2017.
”Baik atau buruk saya tanggung sendiri” – Elyana tampil tidak bertudung, enggan ulas demi jaga jiwa sendiri
Sebelum ini TINDAKAN penyanyi Elyana memuat naik foto memperlihatkan dirinya tidak lagi mengenakan hijab pada Sabtu lalu mencetuskan pertanyaan dan spekulasi peminat.
Bagaimanapun kehadiran Elyana ketika mengadakan persembahan di sebuah acara tanpa memakai tudung pada Selesa sekaligus mengesahkan desas-desus penyanyi itu tidak lagi memakai tudung.
Ditemui media pada acara itu, Elyana atau Erneelya Elyana Emrizal, 35, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai tindakannya melepas tudung kerana tidak mahu kisah itu dipanjangkan.
“Saya ambil keputusan untuk tidak menjelaskan apa-apa. Selagi saya buka mulut, macam-macam cerita yang tidak masuk akal akan timbul.
“Demi menjaga jiwa sendiri, saya tidak mahu terangkan apa-apa,” katanya.
Nekad dengan keputusannya itu, Elyana memberitahu dia juga tidak peduli dengan kata-kata kecaman netizen yang akan diterimanya berhubung tindakannya tersebut.
Sebaliknya kata penyanyi lagu Kalis Rindu ini, apa yang dilaluinya adalah satu proses kehidupan dan tidak pernah menyesal dengan keputusan tersebut.
“Ini adalah proses kehidupan, saya tidak pernah menyesal. Sekarang ini saya buat yang saya fikirkan saya mahu buat. Baik atau buruk saya akan tanggung sendiri.
Selagi saya buka mulut, macam-macam cerita yang tidak masuk akal akan timbul.
“Selama ini saya pentingkan orang lain sehingga terlupa diri sendiri. Inilah saya. Jika ada boleh terima… Alhamdulillah. Namun jika tidak saya tak boleh cakap apa,” jelasnya.
kredit: mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.