Kuala Lumpur: “Hari-hari tengok ‘mummy happy’ sekarang.” Demikian kata anak penyanyi Mas Idayu, Nur Dayini Asyiqa, 25, berkongsi kegembiraan ibunya yang bakal berkahwin kali kedua pada 16 September ini. Nur Dayini atau Dayini berkata, perubahan besar ibunya itu memang cukup dirasakan sehingga dia sendiri terikut berbunga-bunga hati menerima kehadiran ‘daddy’ baharu tidak lama lagi.
“Nampak sangat ‘mummy’ berseri-seri menjelang majlis bermaknanya itu nanti. Dalam pada teruja, nampak jugalah rasa gundahnya tapi ‘mummy’ memang beria jayakan setiap majlis diatur buatnya. “Sebagai orang yang paling setia berada di sisinya, saya dapat rasakan kebahagiaannya. Saya pun tak sabar terima ‘daddy’ baharu meskipun hakikatnya sudah kenal rapat dengannya,” katanya.
Pagi tadi, Mas Idayu atau nama sebenarnya Masidayu Mesnun, 50, mengadakan majlis bersiram air bunga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara. Penyanyi lagu Cintaku 100% itu akui tidak keruan menjelang hari bahagiannya namun sangat bersyukur apabila dibanjiri tajaan sehingga terpaksa menolak banyak tawaran daripada pelbagai pihak.
“Tajaan kini hampir mencecah RM8 juta dan masih ada banyak yang masuk. Saya terpaksa menolak tawaran termasuk yang datang dari utara tanah air memandangkan sudah menetapkan ambil tajaan terdahulu. “Saya tak nafikan memang sekarang ibarat makan tak kenyang, tidur tak lena menghitung hari menjelang majlis nikah nanti. Syukur sangat saya cuma perlu ‘bawa badan’ kerana tajaan sudah lengkap pada majlis itu,” katanya.
Terdahulu, Mas Idayu mengumumkan bakal bernikah dengan lelaki pilihan juga Penerbit Eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa, 51, pada 16 September ini. Mereka turut mendapat tajaan perkahwinan bernilai RM7 juta daripada pelbagai pihak merangkumi lokasi, katering, busana dan aksesori. Majlis pernikahan itu juga bakal diadakan di Magica Quill City, Kuala Lumpur, jam 9 pagi dan pada sebelah malam pula akan diadakan majlis resepsi dengan tema ‘fairy tale’ dengan tetamu jemputan seramai 320 orang.
Mas Idayu dan Sufian saling mengenali sejak program Mentor 3 pada 2008 lalu dan baru menjalin hubungan serius pada tahun ini. Penyanyi terbabit pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aman Graseka pada 1997 dan bercerai pada 2006. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Dayini.
‘Saya rasa seperti perkahwinan pertama’ – Mas Idayu
Penyanyi dangdut terkenal, Mas Idayu, 50, menyifatkan persiapannya untuk menjayakan fotografi ‘pre-wedding’ di Avani Sepang Resort, esok tajaan Magica, umpama persediaan pernikahan kali pertama kerana tidak pernah melaluinya ketika perkahwinan yang lalu.
Mas Idayu atau nama sebenarnya Masidayu Mesnun, berkata, dia amat tidak menyangka pada usianya sekarang, dia berpeluang menikmati kehidupan yang lebih-lebih bahagia daripada perkahwinan pertamanya dulu.
“Sebabnya, saya dapat rasakan yang ini (perkahwinan kedua) seperti saya tidak pernah merasakannya selama 15, 16 tahun yang lalu. Jadi, saya rasa ‘pre-wedding ini dulu-dulu pun tak pernah ada, persandingan dulu pun tak pernah ada.
“Jadi, sekarang ini adalah saya rasa seperti perkahwinan pertama saya yang tak pernah berlaku setelah 15, 16 tahun yang lampau,” katanya ditemui pada majlis sidang media pengumuman perkahwinan dan pelancaran produk penjagaan kulit Twenty semalam.
Mas Idayu yang mengumumkan tarikh pernikahannya bersama lelaki pilihan juga Penerbit Eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa, 51, pada 16 September ini, turut mendapat tajaan perkahwinan bernilai RM7 juta daripada pelbagai pihak merangkumi lokasi, katering, busana dan aksesori.
Mas Idayu yang mengumumkan tarikh pernikahannya bersama lelaki pilihan juga Penerbit Eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa, 51, pada 16 September ini, turut mendapat tajaan perkahwinan bernilai RM7 juta daripada pelbagai pihak merangkumi lokasi, katering, busana dan aksesori.
Majlis pernikahan itu juga bakal diadakan di Magica Quill City, Kuala Lumpur, jam 9 pagi dan pada sebelah malam pula akan diadakan majlis resepsi dengan tema ‘fairy tale’ dengan tetamu jemputan seramai 320 orang.
Ditanya juga mengenai destinasi bulan madu, penyanyi lagu Robek Hatiku ini memaklumkan dia dan bakal suami merancang percutian ke Santorini, Greece, selama dua minggu selepas majlis perkahwinan itu selesai.
Terdahulu, Mas Idayu dan Muhammad Sufian saling mengenali sejak program Mentor 3 pada 2008 lalu dan baru menjalin hubungan serius pada tahun ini.
Sebelum ini, Mas Idayu sudah ‘diikat’ Sufian dalam majlis menghantar tanda, di rumah keluarganya di Kota Tinggi, Johor, pada Mei lalu.
Mas Idayu yang mesra dengan panggilan ‘mommy’ pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aman Graseka pada 1997 dan bercerai pada 2006. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Dayini Asyiqa yang kini berusia 25 tahun.
Sumber: Metro
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.