Sejak menjalani kehidupan solo, pelakon Sharnaaz Ahmad sering ‘dikenenkan’ peminat dengan beberapa orang wanita yang bergelar selebriti tanah air. Terbaru, menerusi laporan Cari Forum, seorang wanita menggunakan akaun @diyya.eqa di aplikasi TikTok memuat naik sekeping fotonya bersama pelakon tersebut. Berdasarkan pemerhatian di akaun TikTok itu, wanita berkenaan sering tampil berpakaian seragam dipercayai merupakan pramugari bagi sebuah syarikat penerbangan.
Gambar berbentuk video itu meletakkan kapsyen ‘Jangan tag dia’ sehingga meraih hampir 418,000 tontonan serta ratusan komen netizen. Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mula membuat pelbagai spekulasi selain ‘menyeru’ akaun TikTok milik Sharnaaz untuk memberikan respon berhubung foto tersebut. Bagaimanapun, terdapat juga segelintir individu seolah-olah patah hati sekiranya benar dakwaan kedua-dua itu adalah pasangan kekasih. Okay langkah seterusnya.
Namun begitu, tiada kesahihan dan kenyataan daripada Sharnaaz berhubung perkara tersebut yang berkemungkinan @diyya.eqa sekadar menghasilkan konten semata-mata. Untuk rekod, Sharnaaz pernah berkahwin dengan kakak kepada selebriti popular Neelofa iaitu Noor Nabila pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki Jebat Jayden yang kini berusia empat tahun.
Susulan sebelum ini, Azira berkata, dia dan Sharnaaz sekadar kawan. “Saya berkawan dengan Sharnaaz seperti orang lain juga. Saya akui, kami makin rapat selepas menjalani penggambaran drama Isteri Misteri. Bagaimanapun, saya memang baik dengan semua pelakon lain. Layanan saya sama sahaja. “Ramai yang salah tafsir. Seperti kita ketahui, keletah Sharnaaz tidak boleh diduga. Sharnaaz suka bergurau dan mengacau orang.
Itu sememangnya karakter Sharnaaz. “Saya rasa mungkin orang luar nampak kami serasi, jadi mulalah orang bercakap soal kami. Bagaimanapun, Sharnaaz bukannya punca keretakan hubungan saya dan Yasser,” katanya.
Sumber :- oh my media dan BH Online
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.