Seorang wanita dipercayai diculik dari kediamannya di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, Tumpat kira-kira jam 4 petang semalam. Menurut laporan BH Online, mangsa Rosnazirah Mohd Naim yang juga ejen jualan kosmetik disyaki dilarikan tiga lelaki tidak dikenali dengan menaiki kereta jenis Toyota Vios. Waris berkata, salah seorang lelaki mengetuk pintu rumah dan memberi salam sebelum dibuka oleh mangsa yang berusia 36 tahun itu.
gambar hiasan
“Lelaki itu bertanya adakah mangsa bernama Azi. Mangsa mengiyakannya lalu dia terus diheret keluar dan dimasukkan ke dalam kereta,” katanya. Dakwa waris lagi, semua lelaki itu turut mengugut bapa dan anak perempuan mangsa sekiranya berani membuat sebarang tindakan. “Bapa cuba menyelamatkan Azi, namun seorang daripada lelaki itu didakwa turut mengacu sebilah pisau ‘Rambo’…
“…menyebabkan bapa mangsa berundur dan hanya mampu melihat anaknya dilarikan,” ujarnya. Berdasarkan maklumat diterima, Rosnazirah dibawa ke arah Pengkalan Kubor sehingga suami mangsa turut bergegas ke lokasi namun gagal ditemui.
Ada penduduk setempat mendakwa nampak seorang wanita dibawa sekumpulan lelaki menaiki bot menuju negara jiran, Toyota Vios dinaiki mereka turut ditemukan di sebuah pangkalan haram di situ.
“Suami mangsa menjejaki isterinya ke negara jiran dan belum pulang sehingga hari ini. Apa yang kami tahu… “…Azi tiada musuh dan kami juga tidak menerima sebarang panggilan meminta wang tebusan setakat ini,” kata waris memaklumkan mereka turut melakukan solat sunat hajat. Malah, dia juga tidak pasti jika terdapat pihak tidak berpuas hati dengan Rosnazirah berhubung perniagaan selain ibu bapa mangsa masih bersedih dengan kejadian tersebut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah berkata, pihaknya menerima laporan dan sedang menyiasat selain menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi .Menerusi pemerhatian di media sosial, rakaman video dari kamera litar tertutup (CCTV) kejadian itu tular sejak pagi tadi sehingga meraih pelbagai reaksi warganet.
Tvlar CCTV usahawan wanita dilarikan tiga lelaki
Wanita yang juga ejen jualan kosmetik dipercayai dilarikan sekumpulan lelaki dari kediamannya di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, di sini, petang semalam. Mngsa, Rosnazirah Mohd Naim, 36, dilarikan tiga lelaki tidak dikenali pada 4.10 petang dengan menaiki Toyota Vios. Menurut warisnya yang enggan dikenali, tiga lelaki itu datang ke rumah mangsa sebelum seorang daripada mereka mengetuk pintu dan memberi salam lalu dibuka oleh mangsa.
“Lelaki itu bertanya adakah mangsa bernama Azi dan dia mengiyakannya sebelum terus mengheretnya keluar untuk dimasukkan dalam kereta. “Tiga lelaki itu turut menunjukkan pistol masing-masing kepada bapa dan anak perempuan mangsa yang berada dalam rumah selain mengugut akan mengapa-apakan mereka jika membuat sebarang tindakan. “Bapa mangsa yang melihat Azi diheret masuk ke dalam kereta cuba untuk menyelamatkannya.”
“Namun seorang daripada lelaki itu mengacukan sebilah pisau rambo menyebabkan warga emas itu berundur dan hanya melihat mangsa dilarikan,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini. Menurutnya, pihaknya menerima maklumat bahawa Azi dibawa ke arah Pengkalan Kubor iaitu kawasan sempadan negara menyebabkan suami mangsa bergegas ke lokasi, namun mangsa gagal ditemukan. Katanya, terdapat saksi yang juga penduduk setempat.
https://youtu.be/M33gnd5jBS0
Mndakwa melihat seorang wanita dibawa sekumpulan lelaki menaiki bot menuju ke negara jiran, manakala Toyota Vios yang dinaiki turut ditemukan di sebuah pangkalan haram di situ. “Suami mangsa juga turut menjejakinya hingga ke negara jiran dan masih belum pulang sehingga ke hari ini. “Apa yang kami tahu Azi tidak mempunyai musuh dan sehingga kini kami tidak menerima panggilan yang meminta wang tebusan…”
“tapi tidak pastilah jika ada yang tidak berpuas hati dengannya sepanjang dia menjalankan perniagaan kosmetik”. “Ibu bapanya masih terkejut dan bersedih dengan kejadian ini dan pada masa sama kami turut membuat solat hajat selain berdoa agar Azi segera ditemukan dengan selamat,” katanya. Terdahulu, tular rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) dari kediaman mangsa yang berdurasi dua minit 51 saat memaparkan kejadian itu.
Sumber :- Harian metro
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.