Mangsa, Rosnazirah Mohd Naim, 36, dilarikan tiga lelaki tidak dikenali pada 4.10 petang dengan menaiki Toyota Vios. Menurut warisnya yang enggan dikenali, tiga lelaki itu datang ke rumah mangsa sebelum seorang daripada mereka mengetuk pintu dan memberi salam lalu dibuka oleh mangsa. “Lelaki itu bertanya adakah mangsa bernama Azi dan dia mengiyakannya sebelum terus mengheretnya keluar untuk dimasukkan dalam kereta.
“Tiga lelaki itu turut menunjukkan pistol masing-masing kepada bapa dan anak perempuan mangsa yang berada dalam rumah selain mengugut akan mengapa-apakan mereka jika membuat sebarang tindakan. “Bapa mangsa yang melihat Azi diheret masuk ke dalam kereta cuba untuk menyelamatkannya, namun seorang daripada lelaki itu mengacukan sebilah pisau rambo menyebabkan warga emas itu berundur dan hanya melihat mangsa dilarikan,”
pihaknya menerima maklumat bahawa Azi dibawa ke arah Pengkalan Kubor iaitu kawasan sempadan negara menyebabkan suami mangsa bergegas ke lokasi, namun mangsa gagal ditemukan. Katanya, terdapat saksi yang juga penduduk setempat mendakwa melihat seorang wanita dibawa sekumpulan lelaki menaiki bot menuju ke negara jiran, manakala Toyota Vios yang dinaiki turut ditemukan di sebuah pangkalan haram di situ.
“Suami mangsa juga turut menjejakinya hingga ke negara jiran dan masih belum pulang sehingga ke hari ini. “Apa yang kami tahu Azi tidak mempunyai musuh dan sehingga kini kami tidak menerima panggilan yang meminta wang tebusan… tapi tidak pastilah jika ada yang tidak berpuas hati dengannya sepanjang dia menjalankan perniagaan kosmetik.
“Ibu bapanya masih terkejut dan bersedih dengan kejadian ini dan pada masa sama kami turut membuat solat hajat selain berdoa agar Azi segera ditemukan dengan selamat,” katanya.Terdahulu, tular rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) dari kediaman mangsa yang berdurasi dua minit 51 saat memaparkan kejadian itu. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian.
Ringkasan berita,
Seorang wanita yang juga ejen jualan kosmetik dipercayai diculik dari kediamannya di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, di sini petang semalam.
Mangsa, Rosnazirah Mohd Naim, 36, dilapor dilarikan tiga lelaki tidak dikenali pada jam 4.10 petang dengan menaiki kereta jenis Toyota Vios.
Warisnya yang enggan dikenali, ketika dihubungi, mendakwa tiga lelaki itu datang ke rumah sebelum seorang daripada mereka mengetuk pintu dan memberi salam.
“Pintu dibuka oleh mangsa dan lelaki itu bertanya adakah mangsa bernama Azi. Mangsa mengiyakannya lalu dia terus diheret keluar dan dimasukkan ke dalam kereta.
“Tiga lelaki itu didakwa turut menunjukkan pistol masing-masing kepada bapa dan anak perempuan mangsa yang berada dalam rumah, selain mengugut jika mereka buat apa-apa tindakan.
“Bapanya yang melihat Azi diheret masuk ke dalam kereta cuba menyelamatkannya, namun seorang daripada lelaki itu didakwa turut mengacu sebilah pisau ‘Rambo’ menyebabkan bapa mangsa berundur dan hanya mampu melihat anaknya dilarikan,” katanya.
Dia berkata, pihaknya menerima maklumat bahawa Rosnazirah dibawa ke arah Pengkalan Kubor, iaitu kawasan sempadan negara, menyebabkan suami mangsa bergegas ke sana, namun isterinya gagal ditemui.
“Ada penduduk setempat mendakwa nampak seorang wanita dibawa sekumpulan lelaki menaiki bot menuju negara jiran, Toyota Vios dinaiki mereka turut ditemukan di sebuah pangkalan haram di situ.
“Suami mangsa menjejaki isterinya ke negara jiran dan belum pulang sehingga hari ini. Apa yang kami tahu, Azi tiada musuh dan kami juga tidak menerima sebarang panggilan meminta wang tebusan setakat ini.
“Tidak pasti jika ada yang tidak berpuas hati dengannya sepanjang dia menjalankan perniagaan kosmetik. Ibu dan bapa mangsa masih terkejut, bersedih dengan kejadian ini,” katanya memaklumkan mereka turut solat sunat hajat berdoa Rosnazirah ditemukan selamat.
Terdahulu tular rakaman video dari kamera litar tertutup (CCTV) dari kediaman mangsa yang berdurasi 2 minit 51 saat memaparkan kejadian penculikan itu.
Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah ketika mengesahkan polis menerima laporan berkaitan kejadian itu, berkata siasatan lanjut sedang dibuat dan menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.
Sumber Info Rakyat Kelantan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.