Salam Takziah, Penyanyi Terkenal Aman Shah Meninggal Dunia, Tak Sangka Ini Puncanya..

Penyanyi dan pelakon Aman Shah Abu Kassim disahkan meninggal dunia pada usia 68 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) sebentar tadi akibat masalah jantung.

Berita duka itu dikongsikan oleh rakan-rakan penggiat seni di media sosial masing-masing sebentar tadi. 

Memetik Astro Awani, anak sulung Allahyarham iaitu Hadzly memaklumkan bapanya dimasukkan ke IJN sejak seminggu lalu.

Menurutnya, jenazah bapanya masi berada di IJN dan akan dibawa ke Masjid Al-Mukhlisin, Alam Damai, Cheras sebaik sahaja selesai dimandi dan dikafankan.

“Insya-Allah jika tiada aral jenazah ayah saya akan dikebumikan sebelum solat Maghrib,” katanya.

Aman Shah popular menerusi lagu raya Kepulangan Yang Dinanti dan lagu Adikku Pandai Menari. Allahyarham juga pernah membintangi beberapa buah filem antaranya Darah Satria.

Sedikit info arwah

Aman Shah merupakan seorang penyanyi dan pelakon di Malaysia yang mula dikenali dalam bidang seni suara tanah air sejak tahun 1979, Aman Shah dikenali ramai sebagai penyanyi yang popular dengan lagu-lagu berkonsepkan muzik pop.
Aman Shah kemudiannya mengikat kontrak dengan syarikat rakaman EMI mulai tahun 1980 hingga 1987.

Bagaimanapun selepas 29 tahun setia dengan irama pop, penyanyi kelahiran Johor Bahru, Johor itu kini berubah selera kepada grindcore dan trash-metal ala-ala kumpulan-kumpulan seperti Megadeth dan Slayer. Beliau dijangkakan akan mengadakan konsert online sebagai satu usaha untuk mengadakan “comeback” dan kembali kepada genre asal muzik beliau, selepas hampir 24 ½ tahun berkecimpung dalam muzik trash. Band terbarunya , Deathism menampilkan Aman Shah selaku Bassist + Growl, Ritz sebagai gitaris & Bekas drummer Sil Khannaz iaitu Lee Space bertindak sebagai pemain dram. Kesemua 11 lagu telah siap recording dan mungkin akan bernaung di bawah label Nuclear Blast

Sumber :- rotikaya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply