” Yang kat Kelantan tak nak bersuara ke?”
Itu status dimuat naik penyanyi Baby Shima yang mendkwa dia musykil mengapa PU Syed seolah-olah berdiam diri terhadap penganjuran konsert di Kerteh, Kelantan yang berlangsung selama tiga hari baru-baru ini.
Menerusi InstaStory di IG miliknya seolah-olah memerli tindakan PU Syed yang kali ini dilihat tidak membantah dan seolah-olah membenarkan konsert itu berlangsung.
Umum mengetahui PU Syed sering muncul antara pendakwah bebas yang bertegas menyuarakan bantahan terhadap konsert-konsert yang diadakan di Malaysia.
” Bagitau kat penguasa, PBT, jabatan agama Kelantan, seperti mana yang awak tulis tentang konsert kita tu. Tak aci konsert kita je berkali-kali awak menyal4k.
” Konsert kat Kelantan senyap pula, sebab kat Kelantan ke semua senyap? Bukan ke awak kata konsert har4m..Amboi isu terpilih je ke berani,” tulisnya.
PU balas balik kenyataan Baby Shima
Tidak berdiam diri, PU Syed menerusi kemas kini di akaun IG miliknya membalas kenyataan Baby Shima.
Menurut PU Syed dia tidak pernah sekali memilih atau mengecualilkan mana-mana artis untuk dibantah dari terus mengajurkan konsert.
” Menegur dan membantah disamakan seperti meny4lak bagi artis ini.
” Jika beliau sebut ambe (saya) tak tegur ia amat silap sekali..dan buat pengetahuan beliau, ambe ni bukanlah hari-hari nak mencari mana tempat yang akan diadakan konsert kecuali semua itu diberitahu oleh orang lain.
” Dalam isu di Ketereh, ambe telah catatkan catatan (di Facebook) semalam semoga artis ini membacanya dgn baik supaya dia juga boleh mematuhinya.
” Jangan pula kata ambe berdiam diri dan memilih artis untuk ditegur,” tegasnya.
Konsert Patuh Syariah, Betul ke?
Dalam perkongsian terdahulu, PU Syed sebenarnya telah menegur tentang konsert yang diadakan di Kelantan itu.
” Sekarang ini, semua yang nampak buruk sudah mula dibaiki dengan memperkenalkan kaedah yg lebih mematuhi standart syariah. Namun sejauh mana “patuh syariah” itu diikuti dan dilaksanakan masih menjadi persoalan dan pertikaian.
” Penganjur perlu melihat beberapa faktor utama bagi mengelak berlakunya perkara2 yg merobek istilah “patuh syariah” itu, antaranya:
” 1. Siapakan penyanyi yg akan dijemput, adakah beliau atau mereka menutup aurat atau tidak.
” 2. bagaimana lirik lagunya dan pembawakannya
” 3. Kedudukan penonton yg akan hadir.
” 4. Keadaan tempat adakah sempit sehingga berlaku ikhtilat (percampuran) atau berpotensi bercampur antara lelaki dan perempuan.
” Paling parah bila penyanyi terkinja2 di atas pentas serta para penonton yg hadir tak dpt mengawal diri lantas terkinja2 mcm mabvk ketvm tak kira lelaki atau perempuan.
” Ada pula yg faham, jika penyanyi itu seorang lelaki..semua jantina boleh menonton..dengan anggapan takde masalah! Betulkah seperti itu?
” Toleransi dlm urusan yg boleh membawa mudharat pada agama adalah suatu yg tidak dibenarkan sebenarnya, kerana ianya membuka ruang f1tnah kepada agama itu sendiri.
” Sebenarnya bila sesuatu program konsert berlangsung, akan ada perkara yg tak mampu dikawal dgn baik..usaha utk mengasingkan lelaki dan perempuan dilihat usaha yang baik.
” Namun adakah berjaya pihak penganjur dan artis yg dijemput utk mengawal tingkah laku penonton yg hadir!? Lagu² yg rancak serta lebih banyak memuja manusia perlu dielakkan.
” Perlulah pihak berkuasa agama dan PBT menetapkan garis panduan patuh syariah utk diikuti oleh mana² penganjur, jika konsert² tersebut masih ingin dianjurkan.
” Jangan pula disebabkan ingin memudahkan perkara mungkar, maka diguna pula kaedah darurat, kerana keperluan mengadakan konsert tidaklah mencapai darurat lagi..” tulisnya.
Difahamkan konsert yang dimasudkan adalah Konsert Wings yang berlangsung pada 18 September baru-baru ini.
Sumber:gempak dan IG PU Syed
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.