“Kena Buang Juga.. ” Baru Umum Isteri Hamil, Datuk Fizz Fairuz Sampaikan Berita Kurang Baik

PELAKON Datuk Fizz Fairuz memaklumkan isterinya iaitu Datin Almy Nadia terpaksa menjalani pembedahan selepas disahkan memiliki ketumbuhan cyst dan juga mengandung di luar rahim. Menurut Fizz, ketumbuhan itu dikesan selepas Almy dimasukkan ke hospital bagi menjalani pemeriksaan doktor pada petang Jumaat.

“Almy masuk bilik pembedahan pada pukul 6.30 petang tadi (Sabtu). Doktor kata ada cyst berdekatan rahimnya. “Cyst itu perlu dibuang cepat kerana takut pecah, jadi doktor cadang buat pembedahan segera,” katanya ketika dihubungi mStar. Sementara itu, Fizz memberitahu keputusan untuk membuat pembedahan itu dimaklumkan pada pagi Sabtu selepas laporan ujian darah diketahui.

Katanya, pembedahan itu perlu dilakukan segera kerana bimbang boleh memberi kesan kepada kesihatan dan kandungan kelak. “Dua hari lepas ambil darah untuk pemeriksaan, hari ini dalam pukul 8 pagi dia punya keputusan keluar. “Sekarang ini dia kena buat pembedahan secepat mungkin sebab nanti dia akan menganggu kandungan jika hamil kemudian hari. Dia mengandung sebenarnya tetapi mengandung luar rahim.

“Bila doktor periksa dekat rahim kosong. Ada setitik ketulan dalam rahim tapi doktor kata bukan. Ujian air kecing kata positif (hamil). Bila buat pemeriksaan lain baru nampak ketulan dekat luar rahim. Cyst itu perlu dibuang cepat kerana takut pecah,DATUK FIZZ FAIRUZ. “Ada cyst yang menganggu, kena buang cyst itu cepat dan kandungan luar rahim itu pun kena buang juga sebab takut pecah,” ujarnya.

Dalam pada itu, Fiz juga memaklumkan keadaan kesihatan isterinya kurang baik serta mengalami lemah tubuh badan sejak kebelakangan ini. “Dia tunjuk simptom demam, cirit birit, sakit perut dan lemah. Itu yang kami pergi buat pemeriksaan doktor tu,” tambahnya. Untuk rekod, Almy telah mendirikan rumah tangga dengan Fizz pada 26 April 2014 dan pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata perempuan.

Sumber :- mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply