Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalam semua pembaca. Terima kasih admin jika cerita ni disiarkan. Saya dan suami berkenalan Ogos 2017. Januari 2018 kami bertunang dan berkahwin Jun 2018. Ertinya, perkenalan saya dan suami singkat dan kami tak bercinta sebelum berkahwin. Jadi, kisah silam suami saya tak tahu.
Kini setelah lebih dua tahun berkahwin, kami ada seorang puteri comel yang diberi nama Puteri.
Sepanjang berkahwin, alhamdulillah suami sangat penyayang dan baik. Saya dijaga bak tuan puteri. Selepas setahun kami berkahwin, saya selamat melahirkan Puteri.
Selesai pantang, kami berusaha mencari pengasuh yang sesuai untuk Puteri sebab saya akan mula bekerja tidak lama lagi.
Jadi, sepupu suami (anak makngah suami) -saya namakan dia Nurul, tawarkan diri untuk jadi pengasuh Puteri. Nurul ni baru habis diploma, sementara tak dapat kerja, nak tolong jaga Puteri.
Pada mulanya, suami dan mama (ibu mertua) tak setuju. Saya pula setuju sangat sebabnya Nurul ni pada pandangan saya baik.
Nurul ni luaran memang baik. Cakap sopan santun, bertudung labuh, dan berniqab. Nurul juga peramah. Makngah (mak Nurul) duduk setaman dengan kami, jadi selalu jugalah berjumpa. Saya pelik dah kenapa suami dan mama tak setuju, rupanya ada kisah. Huhu.
Dipendekkan cerita, kami ambil keputusan untuk bagi Nurul jaga Puteri.
Sebulan yang pertama semuanya okay. Nurul jaga Puteri dengan baik sekali. Masuk bulan yang kedua, saya mula rasa sesuatu yang pelik.
Pertama, Nurul selalu suruh saya ambil Puteri lambat. Saya seorang guru, jadi paling lambat pkul 3 saya dah balik. Kalau mesyuarat pun, pkul 4 tu dah balik. Tapi Nurul minta saya ambil pkul 5. Katanya nak bagi saya rehat dulu.
Kedua, bila saya ambil awal, Nurul bertanya, Mana Abang Ali(suami)? kenapa bukan Abang Ali yang ambil?
Eh, eh Nurul ni dah kenapa. Saya bertambah pelik. Sejak tu, saya mula perhatikan gerak geri Nurul.
Baru saya perasan. Perangai pelik Nurul ni kalau saya hantar Puteri ke rumah dia, pertama, keluar bilik tak bertudung malahan berpakaian ketat sedangkan dia tahu saya datang hantar Puteri dengan suami.
Bila nampak suami, baru masuk bilik pakai tudung. Dengan kata lain, sengaja nak bagi suami saya nampak aurat dia.
Kedua, suka duduk dekat-dekat dengan suami walaupun suami saya duduk jauh dari dia. Masa nak ambil Puteri, kadang-kadang kami singgah minum sebab makngah jemput.
Suami saya duduk hujung, tapi Nurul tanpa segan silu pergi duduk sebelah suami sambil pegang Puteri. Amboi, macam awak pula isterinya ye. Huhu.
Ketiga, selalu call suami di hujung minggu dengan alasan nak tanya khabar Puteri.
Hello, kalau nak tanya pasal Puteri, kenapa mesti call suami? Kenapa tak call saya? Suami kalau Nurul yang call, mesti suruh saya yang angkat dan cakap dengan Nurul. Sebab suami pun tak nak cakap dengan Nurul.
Keempat, suka post gambar Puteri di sosial media seolah-olah Puteri itu anak dia.
Hampir setiap hari dia post gambar Puteri di sosial media dengan caption ‘si comel ibu’ ‘anak solehah’ ‘comel macam ayahnya’ dan lain-lain lagi.
Mesti korang semua cakap suami macam ada hubungan dengan Nurul kan. Jawapannya tidak. Awal tadi saya ada tulis yang saya perkenalan saya dan suami singkat dan saya tak tahu kisah silam suami.
Selepas beberapa bulan, saya dan suami makin tak selesa dengan Nurul. Kami cuba cari pengasuh lain. Saya suarakan rasa tak selesa dengan perbuatan Nurul pada mama.
Tiba-tiba mama terlepas cakap ‘Tu lah, dari dulu mama tak bagi Nurul jaga Puteri. Mesti dia rasa Puteri ni anak dia dengan Ali’.
Mama sendiri terdiam lepas cakap tu. Tahu dia dah terlepas cakap. Sesuatu yang mereka semua simpan dari saya. Iaitu kisah silam suami yang saya sendiri tak tahu.
Rupa-rupanya mama dan makngah pernah bercadang untuk kahwinkan suami dengan Nurul. Masa tu Nurul baru habis SPM, suami pula dah bekerja (sebelum kenal saya). Suami menolak dengan cara baik.
Tapi rupa-rupanya Nurul memang dah lama simpan perasaan pada suami. Dan perasaan tu masih ada sampai sekarang. Patutlah mama dan suami tak nak Nurul jaga Puteri dari awal.
Sebab mereka tahu perkara macam ni mesti berlaku. Nurul masih tak dapat lupakan suami. Saya mula takut nak hantar Puteri pada Nurul. Mujurlah waktu itu cuti sekolah. Cepat2 saya dan suami cari pengasuh lain.
Hari pertama duduk dengan pengasuh lain, Nurul meng4muk call saya marah-marah. ‘Kenapa tak hantar anak aku hari ni?’
Saya cakap petang nanti bincang. Petang tu kami ke rumah makngah. Nurul tampar saya katanya saya rampas anak dia. Saya rampas Ali dia.
Mujurlah ada pakngah dan suami tahan Nurul dan saya, kalau tak, entah apa yang jadi. Sebab saya pun marah Nurul jugak. Hahahaha.
Alhamdulillah Puteri sekarang dah elok duduk dengan pengasuh baru. Benda ni berlaku sebelum pkp. Walau setaman, sehingga sekarang kami sekeluarga tak berjumpa dengan keluarga makngah lagi.
Buat makngah, saya minta maaf saya harap keluarga kita boleh baik macam sebelum ni. Buat Nurul, lupakanlah Ali. DIA SUAMI SAYA.
Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet
Rizal Hashim, Nasib baik ko cepat2 pisahkan anak ko dgn nurul, takut lama2 dia ckp psl jaga anak laki ko terus dia minta laki ko belikan kereta untuk dia, call laki ko nak wish selamat hari raya dan nak bermadu dgn ko.
Mujur la mak mertua ko dah terhidu perangai g0ld d1gger nurul psl tu tak jadi kahwinkan laki ko dgn nurul dulu.
Fifi Hana, aku bace confession ni pun sambil tebayang muke nurul 7HM2..cume yg tak blh blah si nurul ni nak marah sebab tak hantar puteri kat die pesal ape? siap ckp tt rmpas puteri lg…yang mengandung siape, yg beranak siape…tetibe nak tuduh rampas anak…kalo aq, makan penampa sedas.
Syifaa Rasid, Jangan la kcam confessor sbb tak dgr kata bla bla bla. Kat sini kalau husband and mentua jujur takkan jadi lagu ni. And pada aku, niat confessor baik sbb dia fikir immediate family boleh jaga anak dia lagi selamat.
Nasib dia baik Allah bagi petunjuk. Kalau tak entah Nurul tu bawa lari anak dia jadi k3s pulak. So take positve people.
Qaseh Alia, Dah mama dia x bg ko nak jg. Ada la tu sbb nya. Kan dh buat salah nk undur balik susah la. Budak nurul tu dh meroyan sawan tu ingt snang ke nk lupa dh giila bayang aihhh. Si nurul pn 1 mcm xde jantan lain dh ke ko nak. Dasar budak baru nk up.
Amelia Zainudin, Weh ko x terajang dia lepas dia lempang ko ke. Pantang betul aku perangai manusia gdik ps1ko cam ni. Nak laki sangat xpe amik la. Tp kalau anak aku org mengaku anak dia, mmpus ku pijak sebelah kaki je tau. Eiii geram.
Norizan Mamat, Salam, makcik ada la sipi sipi pengalaman gini. Tapi, tak ada la melarat sampai jaga anak bagai. Just mereka ada kenangan dan rapat dengan keluarga masing masing. Cuma, suami+keluarga suami tak mau layan sangat dia.
Makcik ada la call/msg sekali jer..”Saya isteri ….”. Makcik inform yang makcik ini isteri suami makcik ( dalam makna lain nak dia tahu, makcik dah tahu apa yang dia buat..
Satu ayat jer cakap, terus letak. Lepas tu, kita monitor jer… jangan melebih lebih. Dia pun tahu kita kurang selesa serta remove dia dari friend (setelah baca status pelek pelek, pasal wish hari jadi, pasal dulu panggil abang bla bla bla)…Semoga kita baik baik saja.
Rohaizah Wahab, Tu la dik kalau suami dan mertua cakap lain kali kena dengar sbb tu keluarga mereka. Jgn nak memandai. Mereka lebih tau tentang keluarga mereka. Tapi nasib baik cepat bertindak. Kalau nasib tak baik di bomohnya adik dan suami.
Cik Nadia, Amboi, boleh pulak tampar org… Tt sempat tak tampar si Nurul tu balik? Kalau tak sempat, pi rumah dia, bagi penaampar sekali.. xyah ckp apa2. Lps tu terus balik.
Sumber IIUM
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.