Khabar angin mengatakan bahawa Syafiq Kyle dan teman wanitanya iaitu Mimi Lana bakal mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan pastinya disambut gembira oleh para peminat kedua-dua pelakon hebat itu. Mereka yang sudah menjalinkan hubungan cinta sejak 5 tahun lalu dilihat sangat serasi walaupun pernah putus cinta sekitar tahun 2020.
Kenyataan disalah anggap, Walau bagaimanapun, menerusi perkongsian dari Astro Gempak, Syafiq telah menafikan berita tersebut dan memaklumkan tidak pernah meletakkan sebarang tarikh untuk perkahwinannya kelak seperti yang didakwa. “Baru-baru ini saya ada ditemubual menerusi panggilan telefon bagi mempromosikan filem Siku 12. Pada akhir temu bual itu, saya ditanyakan soalan provokasi – bilakah saya akan tamatkan zaman bujang.”
“Secara jujur dan menghormati penulis, saya beritahu mungkin bukan tahun ini dan tiada perancangan dilakukan selain jadual saya yang padat sehingga hujung tahun. “Saya menjawab soalan di atas setelah ditanya ura-ura yang saya telah melakukan persiapan untuk majlis pernikahan pada peng Sepanjang temu bual berlangsung, Saya tidak pernah menyatakan sebarang tarikh atau melakukan sebarang pengumuman,” jelasnya.
Jaga sensitiviti keluarga kedua-dua belah pihakTambahnya, jika dia ingin melangsungkan perkahwinan, sudah tentu dia sendiri akan memaklumkan tarikh majlis tersebut berlangsung. “Saya mempunyai keluarga yang perlu saya jaga hati mereka… begitu juga dengan Mimi Lana. Insya-Allah, saya akan beritahu bila semuanya sudah pasti, doakan yang baik baik untuk kami,” tutup Syafiq.
Berita tentang perkahwinan pasangan pelakon itu mulai menjadi bualan setelah laporan akhbar mengatakan bahawa mereka bakal melangsungkan perkahwinan pada tahun hadapan. Dalam pada itu, pihak mereka turut menulis bahawa Syafiq dan Mimi memilih untuk melangsungkan pernikahan tanpa ada sebarang majlis pertunangan terlebih dahulu.
“Pernah berdepan perte.lingkahan dan perp.isahan, namun…” Sy4fiqkyle Dan M1m1Lana Umum Berita Gembira. Ini Kata Kata Pasangan Ini
Saling mencintai sejak tujuh tahun lalu, banyak peng.orbanan terpaksa dilalui aktor, Syafiq Kyle 30, dalam usaha menakluk hati gadis pujaannya, Mimi Lana, 27.
Catatan cinta yang panjang, malah pernah berdepan perte.lingkahan dan perp.isahan, namun tautan hati pasangan sama cantik, sama padan itu semakin kuat selepas melalui b.adai yang mela.nda.
Sekadar info, Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak atau lebih dikenali sebagai Syafiq Kyle merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau merupakan naib juara Hero Remaja 2011,2012 dan mula dikenali menerusi watak Johan dalam drama bersiri TanahK.ubur yang bersiaran di Astro Oasis.
Mungkin Tiada Majlis Pertunangan
Seperti pasangan bercinta lain, Syafiq dan Mimi pastinya menyemat impian mendirikan mahligai bahagia selepas hubungan diibarat rollercoaster yang ada pasang dan surut.
Namun, Syafiq men.afikan desas-desus bakal berkahwin dengan Mimi, penghujung tahun ini.
Syafiq atau nama sebenar, Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak itu berkata, dia sendiri belum membuat sebarang persiapan untuk majlis perkahwinan seperti d.akwaan sesetengah pihak.
“Macam mana nak nikah hujung tahun jika tiada persiapan? Saya belum b.ooking tok kadi untuk majlis akad nikah,” katanya sambil ketawa.
Bagaimanapun, kata Syafiq, dia merancang melangkah ke fasa perkahwinan dengan Mimi, tahun depan.
“Jika ikutkan, saya sudah bersedia berumahtangga pada usia mencecah 30, tahun ini. Mungkin tiada majlis pertunangan kerana saya mahu terus bernikah dan buat perkara wajib seperti dituntut agama,” katanya.
Mengulas tarikh majlis pernikahan, kata Syafiq, dia dan keluarga belum mem.utuskan tarikh yang bersesuaian.
“Kami belum tetap tarikh disebabkan perlu menyelesaikan komitmen kerjaya seni terlebih dahulu. Insya-Allah, saya tidak akan berahsia apabila sudah dapat tarikh tetap nanti,” katanya yang sibuk mempromosikan filem terbaru, Siku 12 Langkah D.erhaka.
Mengulas filem Siku 12 terbitan Power TeamEntertainment Sdn Bhd, Syafiq berkata, dia mahu mencabar diri berlakon dalam filem bergenre aksi.
Menerusi filem arahan Azhari Zain itu, Syafiq bergandingan dengan aktor terkenal, Zahiril Adzim selaku teraju utama.
Ia dimantapkan dengan barisan pelakon seperti Moon, Lobak, Tuan Asmawi Tuan Umar, Pon Muay Thai, Anas Mentor, Shahmiey Odd, Pak Salleh, Chiang, Azman Ahmad dan Bai Chot.
Pelakon yang mengukir nama menerusi drama, Mencintaimu MrPhotographer dan Nur itu berkata, dia sudah membuat persiapan awal dengan berlatih di gimnasium sebelum memasuki lokasi penggambaran filem Siku 12.
“Sepanjang P.erintah Kawalan Pergerakan PKP, saya menghabiskan masa bersenam dan berlatih di gimnasium. Justeru, saya tiada masalah dari aspek stamina dan kecergasan untuk melakonkan babak pertarungan sebagai pe.ninju dalam filem ini,” katanya.
Berkongsi cabaran, kata Syafiq, dia bersyukur memiliki asas dalam seni mempertahankan diri MuayThai yang diminati.
“Selain ada asas dalam seni MuayThai, saya berlatih dengan guru seni silat dari Pulau Pinang sebelum memulakan penggambaran. Sudah namanya filem aksi, saya mengalami l.ebam di kaki dan tangan serta b.enjol di kepala kerana terha.ntuk ketika menjayakan babak perta.rungan,” katanya.
Mengenai gandingan dengan Zahiril, kata Syafiq, ia kali pertama bekerjasama dengan pelakon senior itu.
“Zahiril ada asas dalam seni silat dan saya juga tiada m.asalah mendapatkan keserasian dengannya. Dia bukan sahaja pelakon berpengalaman, tetapi memiliki sisi kelakar ketika di lokasi,” katanya.
Antara cabaran lain, kata Syafiq, dia perlu menguasai dialek Kedah menjiwai watak Atid dalam filem itu.
Temubual Melodi Sebelum Ini
“Nasib baik penerbit, Mohamad Pozi Mansor dan barisan kru filem Siku 12 banyak membantu memperbetulkan dialek Kedah. Pada masa sama, saya selesa bekerjasama dengan Azhari selaku pengarah kerana memberi kebebasan kepada pelakon untuk menjiwai karakter.
“Azhari tidak g.arang, tetapi suaranya sangat kuat ketika memberi arahan demi memastikan pelakon dapat menjiwai watak mengikut tuntutan skrip,” katanya.
Filem Siku 12 akan mula ditayangkan di 66 pawagam seluruh Malaysia bermula 27 Oktober ini. Ia juga ditayangkan serentak di Singapura dan Brunei Darussalam.
Kredit : BH/IG
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.