Membawakan watak isteri pertama menerusi naskhah teater Maduku Terpaling Kalut, Puteri Sarah Liyana menegaskan karakter Bibi yang dilakonan tidak ada kena mengena dengan isu membabitkan rumah tangganya.
Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 37, berpandangan apa yang dilihat di dalam naskhah terbabit tidak akan terjadi dalam hidupnya.
“Watak Bibi tiada kaitan langsung dengan situasi rumah tangga saya sekarang. Apa yang berlaku dalam Maduku Terpaling Kalut, belum lagi dan tak akan terjadi kepada saya,” katanya kepada MH.
Sarah ditemui sebaik tamat pementasan hari pertama Maduku Terpaling Kalut yang berlangsung di PJ PAC, Petaling Jaya, malam Khamis.
Teater bergenre ‘farce comedy’ itu menampilkan lakonan Sarah sebagai Bibi yang tidak mengetahui dia rupanya bermadu dengan Anna Jobling yang membawakan watak isteri muda, Mimi.
Berkongsi lanjut mengenai penglibatan pertama dalam teater, Sarah bersyukur apabila ramai memberikan respon positif terhadap persembahannya, malam tadi.
“Alhamdulillah, saya teruja dan gembira sebaik lepas persembahan tadi ramai beri komen positif dan kata mereka terhibur dengan lakonan saya.
“Malah yang buat saya happy ialah apabila keluarga saya termasuk ibu dan bapa mentua datang memberikan sokongan terhadap persembahan teater pertama saya sepanjang bergelar anak seni,” katanya.
Ibu dan bapa mentua Sarah, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail hadir bersama dua cucu mereka, Syaikhul dan Sumayyah.
Maduku Terpaling Kalut yang diarahkan oleh Azhar Zainal akan dipentaskan sehingga 2 Oktober ini.
Selain Sarah dan Anna, teater terbitan Mask Team ini turut dibintangi Azrel Ismail, Curly Jow, Syafeq Naser dan Aya Amiruddin.
Memang tak asing lagi kita dengan nama ini. Pelakon Puteri Sarah menafikan watak Bibi yang dijayakan menerusi teater Maduku Terpaling Kalut mempunyai kaitan dengan situasi rumah tangganya. Sarah berkata, watak Bibi yang dimadukan oleh suaminya, Selamat hanyalah sekadar watak dalam naskhah teater semata-mata dan ia tidak akan menjadi realiti dalam kehidupan yang nyata. “Watak Bibi yang saya jayakan tiada kaitan dengan situasi rumah tangga saya sekarang ini. Ia merupakan watak untuk jalan cerita bagi teater Maduku Terpaling Kalut.
Luahnya lagi “Dan ia (situasi dimadukan) tidak belum lagi dan tidak akan terjadi pada diri saya,” katanya kepada Gempak. Sarah berkata demikian usai pementasan pertama teater berkenaan yang diadakan di PJPac, Petaling Jaya, semalam. Menerusi pementasan berkenaan, Puteri Sarah dilihat berhaya meluahkan emosi ketika berlakon di atas pentas, sungguhpun ia merupakan pengalaman pertama bergelar pelakon teater. “Selama ini orang selalu cakap yang saya ni cantik tapi berlakon okey okey je. Jadi memang saya nak berikan yang terbaik.
Saya mahu buktikan yang saya ni boleh berlakon. “Kalau bercakap tentang emosi pula, saya memang berikan all out semasa pementasan berlangsung. Bagaimanapun, saya hanya lakonkan watak Bibi. Kalau watak Puteri Sarah yang sebenar, dia lain. “Kalau Puteri Sarah, dia buat apa yang dilakukan sekarang, dia guna platform yang betul dan saluran mahkamah,” katanya lagi. “Saya nak bagi yang terbaik. Selama ini orang cakap saya cantik tapi lakonan ‘okay okay saja’. Bagi saya tak. Saya nak buktikan kepada semua yang saya boleh berlakon. Insya-Allah saya sudah buktikan.
Terangnya lagi “Kalau dari segi emosi pula, saya memang ‘all out’ dan lepas geram. Tapi itu adalah watak Bibi. Kalau Puteri Sarah sebenar lain. Puteri Sarah dia buat apa yang dia buat sekarang yang mana bertindak dengan bijak dan menggunakan platform betul dengan saluran mahkamah,” katanya. Terdahulu, situasi rumah tangga yang dibina bersama suami yang juga pengarah Syamsul Yusof didakwa bermasalah ekoran kehadiran orang ketiga. Selain Puteri Sarah, teater terbitan Shawn Amer itu turut menampilkan barisan pelakon lain seperti Azrel Ismail, Anna Jobling, Syafiq Naser, Aya Amiruddin dan Curly Joe. Teater Maduku Terpaling Kalut dipentaskan hingga 2 Oktober ini.
SUMBER:Instagram Puteri Sarah
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.