Malam Lepas Dh Nikah Tu Isteri Tiba-Tiba Cakap Nk Buat Benda Ni Mlm Pertama. Berani Dia Minta Buat Bnda Tu Sampai Ibu Ayah Dia Dengar Pun Sakit Kepala

Assalamualaikum. Sebenarnya luahan aku ni biasa je dalam kalangan masyarakat dalam dunia ni. Tapi aku nak cerita jugak supaya bg orang sedar the reality of life. Aku Ain (bukan nama sebenar) umur baru 27 tahun dan dah 2 tahun kahwin. And aku jugak degree students dekat UM , grad tahun 2012.

Dan pernah kerja di Petronas MTBE Gebeng, Kuantan selama 2 tahun masa bujang as a secretary. So lepas aku kahwin aku decide nak berhenti kerja and ikut suami aku balik Gombak sebab dia and family org Gombak. Bos aku tak bagi sbb dia cakap skrg peluang kerja payah. Besides, beliau suruh bakal suami aku waktu tu jadi weekend husband macam dia.

Tapi aku bertekad berhenti jugak. Sebab bagi aku apa guna kahwin kalau duduk jauh. Kedudukan isteri paling baik adalah di samping suami. Aku pikir kerja tu biarlah. Lepas kahwin nnt aku pun boleh cari. Kalau kerja jauh jauh pun sampai bila. Satu hari nnt still kena berhenti jugak sbb takkan suami aku kena kerja Kuantan pulak.

So kami kahwin dan aku officially jadi surirumah. Mulanya mak bapak mertua aku ada sound suami aku. “Taknak ke suruh Ain tu kerja?” “Tak susah ke kamu kerja sorang?” “Cukup ke duit belanja kamu hari hari?” “Ada degree sayang la x guna” and so onnn. Yes! Old people mindset. Jawapan suami aku mudah je. “Biarlah dia taknak kerja. Rezeki Allah tu tetap ada. Bukannya tak elok dia tak kerja.” (Huuuu i love you huband).

Semua suami aku cerita lepas tu sbb dia taknak aku dengar. Masa tu rasa bersalah tuhan saja yg tahu. Rasa mcm time tu jugak aku nk pegi update resume mintak keje mana2. Haha. Tp suami aku bijak. Pandai pujuk hati aku yg sedih. Mak aku sendiri pun bising aku tak kerja. Aku tahu niat dia baik. Dia taknak anak dia ni menyusahkan orang. Asyik makan hak orang je. Tapi aku ckp kat mak aku, aku mmg takde hati nak kerja. Aku suka duduk rumah dan jd isteri yg baik. So what can they say.

Tapi masalah org sekeliling lah. Sepupu sepapat, kawan, aunty india sebelah rumah, tukang cuci toilet, masyarakat pribumi, ahli jkkk kampung, baik belah aku dan suami sama je semua. Sibuk sangat dok condemn aku jd housewife degree. Siap berubah riak muka lg. Serius aku tersentap dan terasa hati. Aku tak terfikir jd mcm ni masa nk berenti kerja dulu. Apa hina sangat ke aku tak kerja? Teruk sangat ke wanita sekarang duduk rumah aje?

Come on lah. Allah tak marah pun kau jadi housewife. Tu kerja mulia. Lepas tu n sampai la sekarang ni mak ayah mentua and mak aku takde dah nak mempersoalkan aku yg x kerja. Sebabnya sekarang aku jd tailor. Duduk rumah ada tempahan org jahit baju so aku jahit. Yes dari aku belajar kt UM lg aku dh pandai menjahit. Tapi aku la pulak, tengok kawan2 dlm FB semua berkerjaya ada jugak rasa iri hati.

Tapi seriously, bila dapat tengok wajah suami aku balik kerja n aku pulak dapat sambut dia, dia pun hari2 x pernah lupa peluk aku, pastu tengok makanan dah siap atas meja habis hilang perasaan iri hati tu. Ye betul tu semua kerja iblis setan la nk bg kita sedih, dengki bagai. Suami aku pulak paling aku tabik dalam dunia ni. Dia lagi la. Pegawai kerajaan. kawan keliling pinggang dok tanya wife kerja apa. And dia konfidennya jawab aku housewife.

Aku ada tanya dia tak menyesal ke kahwin dgn housewife. Dia cakap tak. Bagi dia buat apa kerja dgn gaji ciput, pastu kerja tah apa2. Ulang alik kerja jauh pulak. Pegi siang balik malam pastu kerja rumah terbengkalai. Dunia sekarang bukan macam dulu.

Hectic lain macam. Dia taknak macam tu. Aku salute dia. Dia hormat keputusan aku n at the same time dia tahu apa yg dia nak. And paling penting aku dengan suami sampai sekarang makan pakai cukup. Dia siap boleh belanja aku beli jubah jubah mahal. Yelaaa Gaji org keje gomen gred 41 berapa la sangat dgn cengkaman kos sara diri sekarang.

Aku tahu dalam hati dia pun mesti susah hati aku tak kerja. Susah hati aku dok sorang kt rumah. Cuma dia je yg x cakap. Anak pun takde lg nak buat teman. Suami cakap hari ke hari aku jd makin x suka keluar rumah. Aku pun sedar. Kawan2 masa uni pun aku tak contact.

Aku jd anti-sosial. Yes tu adalah kesan jd housewife ye. Pada korang yg sukakan kehidupan yg hectic, sibuk, mencabar penuh onak duri; housewife job is not for you. Kawan aku suami je. Ke hulu ke hilir dia je aku ada. Aku ada mintak kerja. Tp belum ada rezeki. Tp aku x kesah pun kalau x dapat sebab bagi aku serve suami lagi penting dari segalanya. Tu syurga aku lepas Allah. So moral of the story, nak cakap dekat semua, memang tak semua benda yg kita rancang kita akan dapat. Kun fayakun. Aku lepaskan career aku tapi aku dapat suami yg MasyaAllah sangat baik dan supportive.

Kami cuma bergantung pada rezeki Allah. Sebab tula aku rasa kewangan kami yela ada masa2 dia kering jugak. Tp most of the time rezeki kami tak pernah sempit. aku dulu ada impian nak kerja lagi best sbb yela kerja petronas gaji sedap. Berangan nak up lg kerja lain. Tup tup lain jadinya bila kahwin. Tapi takdir Allah tetapkan, sapa la kita nak tolak. Semuanya bersebab.

So org luar tolong la jangan tanya kenapa kawan korang ada degree tp jd housewife. Benda tu menyedihkan. And sensetif. Kalau dengar ckp housewife please sokong cakap benda baik2. Suami cakap kawan dia berlambak wife dorang yg kerja best2 belajar tinggi2 pun akhirnya pilih jadi housewife jugak. Apa apa pun, majulah housewife untuk masa depan rumah tangga yang bahagia.

Kisah kedua lebih mendebarkan,

Isteri ngandung, tiba2 mengidam nak bau ex bf dia. Skrg aku tak yakin anak tu anak aku

Hai ingat lagi kisah aku dengan isteri. Aku percaya kalau seseorang tu dah buat confession pasal pasangannya disini, maknanya dia dah tak tahan dengan perangai pasangan dia.

Sama juga dengan aku.

Aku submit confession pertama disini seminggu sebelum admin post fb. Dalam masa seminggu itu, satu bala atau malapetaka dah terjadi dalam rumah tangga aku.

Perkahwinan yang aku bina dengan perasaan sayang dan cinta sekarang ni tengah goyah.

Rentetan dari mengidamnya Sara untuk bau perfume ex dia telah buat aku makin nak tahu sejauh mana hubungan Sara dengan ex dia tu.

Aku namakan si bajingan ni sebagai Alip. Ke nak letak Cikgu Alip? Eh tak payah. Aku taknak cemarkan perkataan “cikgu” yang murni itu walaupun si Alip ni seorang guru di sebuah sekolah di ibu kota.

Alip ni ex Sara. Bini aku. Aku tak tahu kisah dua orang ni pada masa lalu. Dan aku taknak ambil tahu. Tapi selepas peristiwa mengidam tu, aku tak sedap duduk. Seolah ada sesuatu yang aku tak tahu.

Sejak dari kami kenal dan kahwin 3 tahun lalu, tak pernah sekali pun aku sangsi dengan Sara. Tetapi sejak dia pregnant kalini, banyak tingkah laku dia yang aku agak curiga. Aku cuba bersangka baik, mungkin pembawaan budak mungkin.

Selepas dari kami berjumpa dengan Alip untuk memenuhi kehendak mengidam Sara, aku termenung dan mula flashback balik. Ya dia dah berubah. Dia layan aku nak tak nak je. Phone dia dah mula ada password.

Dan dia mula menolak untuk ikut aku outstation sekiranya aku perlu ke luar negara. Sebelum ni aku biarkan je sebab mungkin dia penat mengandung atau perlukn privacy. Jadi dia taknak ikut aku.

Tiba lah suatu hari aku slow talk dengan dia. Duduk semeja, malapkan lampu dan adakan session heart to heart. Dan adakan session phone checking. Phone checking tu memang tiba-tiba macam spot check zaman sekolah dulu.

Tak bagitahu nak check tapi time tu juga minta nak check. Aku bukannya gemar sangat nak check phone orang tapi kalau tiada apa yang nak disorok, kenapa takut nak bagi pasangan kita check phone kita kan.

Kami pun check lah phone memasing. Whatsapp dan Instagram nampak ok je. Tiada kelibat chat dari si Alip.

Aku buka Telegram. Banyak gila group Telegram bini aku ni. Hampir 50 group ada. Kebanyakkan group pasal Shopping dari China. Aku dah give up nak check satu-satu group sampailah satu group ni.

Nama group borong vietnam apa entah. Aku tekan group tu. Ada dua nombor fon sahaja dalam group tu dan salah satunya nombor fon bini aku. Bini aku admin group tu. Sorang lagi korang tekalah nombor siapa.

Isi group tu satu hapak pun takde pasal borong vietnam. Semua isi yang menjurus kepada kecur4ngan. Ada selfie dsb. Sayang, rindu, baby, muah muah dengan sticker love apa semua dah jadi benda biasa dalam group tu.

Oh, bijak jugak eh bini aku ni nak kaburkan chat dia dengan Alip, terus create group berdua eh. Hampir tertipu aku.

Oh ya, rupanya pasal perfume itu. Diorang bodo-bodo kan aku rupanya. Aku baca text diorang kat Telegram. Sumpah menyirap habis.

Tak sangka hubby you betul2 bagi you jumpa i ye katanya Alip dalam text tu. Bangs*t betul. Patutlah aku tak bau apa masa jumpa si celaka tu.

Aku apa lagi, time tu dah tak jadi slow talk dah. Dah jadi hard talk dah. Tak pernah aku tinggikan suara dia sepanjang kitorang kahwin. Tapi malam tu memang betul2 aku naik angin.

Sampaikan jiran whatsapp aku tanya aku okay ke tak. Aku minta penjelasan dia. Dia nangis sambil pegang perut. Nak suruh aku belas lah tu.

Ah takde, kalini aku takde belas2.

Selama ni aku layan kau bagaikan puteri, tapi kau buat apa belakang aku? Aku tanya dia macam tu. Aku betul2 kecewa. Dia teruskan menangis.

Sambil dia menangis, aku keluar jap kat balkoni ambil angin. Aku nyalakan r0kok sebatang sambil balas Whatsapp jiran tadi. Aku okay bang, biasalah hidup laki bini tak selalu indah. Aku reply gitu kat jiran tu.

Aku masuk balik kedalam rumah. Kalini dia dah kat bilik. Aku tetap paksa dia bagi penjelasan sejauh mana dia dengan Alip.

Akhirnya dia bagitahu, memang dia cur4ng dengan aku. Allahu time tu hanya Allah je tahu perasaan aku macam mana. Nak nangis tapi tak dapat nak nangis. Retak seribu hati ini.

“SINCE WHEN???” Aku tengking dia. “New Year” balas dia. Aku dah bukak kekuda dah ni nak tibai anak Maarof (bukan nama ayah Sara yang sebenar) tapi tulah dah tak terdaya nak buat semua tu sebab hati ni dah kecewa sangat.

Lemah jadinya. Karang jadi apa-apa karang, aku juga kena tanggung. Dahlah member tengah pregnant.

Betul lah masa new year aku ada trip ke Heathrow dan dia tak ikut sekali. Dalam tengah aku mendidih, dia boleh pulak twist situation. Dia cakap aku tak sayang dia, selalu tak cakap i love you, tak kucup dahi dia selalu.

Dia macam nak attention tapi aku bagi outstation. Dia cakap Alip lain. Alip bagi semua benda yang aku tak bagi. Haah yelah sekali dengan dosa Alip bagi kau ye Sara. Aku balas gitu.

Dia balas balik pada aku. Dia kata awak kerja pun takkan awak tak pernah tengok pramugari. Entah-entah awak pun ada affair dengan pramugari.

Mengucap dan istighfar panjang aku dengar dia cakap gitu. Masa tu aku memang nak sangat lempang dia. Dia ingat aku ni macam dia agaknya. Pantang pasangan jauh sikit, terus cari ex.

Dia still lagi dok bandingkan aku dengan si Alip tu. Dia cakap lagi, ramai yang tergilakan dia. Ramai nak isterikan dia tapi kenapalah dia pilih aku. Dia tak sedar agaknya aku ni pilot. Bersepah aku tengok muka yang lagi lawa dari dia kat airport tu.

Aku pun tak faham apa yang perempuan ni nak. Nafkah zahir batin aku bagi cukup. Nafkah zahir aku bagi dia dua kali ganda dari aku bagi mak aku. Nafkah batin, time aku balik outstation atau aku takde flight, aku ajak dia camping atau staycation. Rumah, kereta, makan semua cukup aku bagi.

Dia pregnant je, aku dah list dah benda yang aku nak buat untuk dia. Dah standby bajet nak bawa dia kat tempat berpantang yang macam Fizo Omar bawak bini dia tu. Kalau aku takde flight, semua kerja rumah aku buat. Dia mengidam nak apa, semua aku tunaikan.

Sampaikan dia fake mengidam pun aku tunaikan. Bukan sebab kita lurus atau bodoh atau dayus tapi sebab kita nak yang terbaik untuk pasangan kita. Aku pun tahu halal haram.

Dia nak mengidam makan babi, jilat tar apa semua macam komen kat confession aku yang pertama tu memang aku takkan bagi lah. Apa lagi yang kau nak aku pun tak tahu wahai perempuan.

Malam tu berlalu dengan gitu je. Aku keluar rumah balik rumah mak aku. Dia stay je kat rumah tu. Aku tak boleh stay kat rumah tu malam tu. Panas sangat kat rumah tu walaupun malam tu hujan.

Aku ceritakan semua ni kat mak dan kakak aku. Aku rasa tak boleh nak teruskan perkahwinan ni. Aku bagitahu dia aku akan lepaaskan dia selepas dia bersalin nanti. Anak dalam kandungan tu aku masih keliru.

Aku kena jumpa pakar dalam bidang ini dulu untuk decide macam mana nak tentukan anak tu aku punya atau Alip punya. Kalau aku punya, Alhamdulillah aku akan sedaya upaya jadi bapa yang terbaik. Tapi kalau sebaliknya, aku redha jelah.

Sumber KRT

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply