SHUIB SURUH TANYA KETUA SALURAN ASTRO RIA KENAPA DIA TIADA DALAM SEPAHTU REUNION LIVE. INI RESPOND KETUA SALURAN ASTRO RIA, WARNA & PRIMA

“Kena tanya Ketua Saluran Astro Ria, Warna & Prima, kenapa saya tiada pada program Sepahtu Reunion.”

Demikian ringkas kata pelawak dan penyampai radio Shuib susulan kenyataan pelawak, Rahim yang mana pihaknya terbuka sekiranya Shuib ingin menjayakan program itu atau sebarang kerjasama pada masa akan datang.

Shuib, 38, atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad berkata, dia enggan mengulas lanjut berkenaan isu itu.

“Rasanya untuk isu ini baik Ketua Saluran Astro Ria, Warna & Prima, Norzeha Mohd Salleh atau JR yang jawab. Boleh tanya dia kenapa saya keluar Sepahtu Reunion.

“Sebab yang dulu pernah bagi jawapan pihak pengurusan tertinggi, yang lain semua dalam tu kawan-kawan. Kami semua baik.

Saya tak nak cakap lebih mengenai ini sebab takut nanti melukakan hati ramai pihak,” katanya kepada Harian Metro.

Ini Respond ASTRO Tentang SHUIB

Shuib Muncul Dalam Episod Terakhir Sepahtu Reunion, Mengundang Rasa Sebak Netizen

Ketua Saluran Astro Ria, Warna & Prima, Norzeha Mohd Salleh berkata, pihaknya sudah pernah memujuk dan menawarkan untuk Shuib kembali bersama dalam program itu.

“Sudah tentu pernah cuba pujuk dia. Namun kerana komitmen dan fokus utama Shuib kini adalah pada perniagaan, maka kami menghormati keputusan itu. Walau bagaimanapun, kami sentiasa terbuka dan berbesar hati untuk Shuib kembali bekerjasama dalam Sepahtu Reunion andai diizinkan Allah.

“Ketiadaan Shuib memang satu kehilangan besar. Shuib tetap memberi sokongan kepada kami dan Sepahtu. Dia pernah muncul sebagai cameo dalam salah satu episod Sepahtu Reunion Live musim lalu. Komitmen sebagai cameo hanya memerlukan Shuib datang pada hari siaran langsung sahaja dan tiada sesi latihan diperlukan,” katanya.

Menurut Norzeha, Shuib juga ada terbabit dalam beberapa program terbitan Astro yang lain.

“Shuib turut muncul sebagai juri bersama Jep, Pak Ya dan Rahim dalam Mencari Sepahtu Yang Hilang pada awal tahun ini. Malah, pembabitan Shuib dalam program-program Astro akan datang lebih kepada penjurian dan pengacaraan kerana tidak memerlukan komitmen jangka masa panjang,” katanya.

Terdahulu akhbar ini melaporkan, pelawak dan penyampai radio Rahim menjelaskan tidak timbul isu bermasam muka biarpun Shuib kini tidak lagi bersama program Sepahtu Reunion.

[VIDEO] “Mereka Lebih Tahu” – Shuib Dedah Punca Dia Tinggalkan Sepahtu Reunion | Boom! Malaysia.

Kira-kira setahun merehatkan diri dari pentas seni hiburan tempatan selepas pemergian isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin ke rahmatullah, akhirnya kini Shuib aktif semula.

Ternyata keputusannya kembali berkhidmat selaku penyampai radio Suria FM disambut baik para peminat, malah rata-rata mereka berharap Shuib turut kembali ke pangkuan Sepahtu Reunion memeriahkan rancangan lawak tersebut.

Menyedari hasrat peminatnya itu, Shuib atau Shahmira Muhammad, 38, menegaskan dia tidak mungkin menyertai program berkenaan yang pernah dijayakannya bersama Jep, Rahim dan Pak Ya.

“Pihak pengurusan produksi tahu sebabnya kenapa saya tidak berada dalam Sepahtu Reunion. Merekalah yang bertanggungjawab.

“Buat masa ini, saya rasa tidak akan kembali menyertai mereka. Lagipun saya tak nak panjangkan cerita atau memberitahu apa yang telah terjadi,” ulasnya.

Bahkan, Shuib juga menolak untuk bergabung di bawah kumpulan pelawak tersebut bagi menjayakan sebarang acara pentas

Sumber AS.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply