Caprice Tuntut PU Syed Mohon Maaf Dalam Tempoh 24 Jam, Tak Teragak-Agak Akan Dedah Rahsianya Pada Umum

PENYANYI rap, Caprice memberi tempoh 24 jam kepada Pencetus Ummah (PU) Syed untuk membuat permohonan maaf secara terbuka susulan pendakwah bebas itu mengaitkan nama isterinya dalam satu hantaran di Instagram miliknya.

Caprice atau Ariz Ramli, 34, berkata, sekiranya PU Syed gagal berbuat demikian dia tidak teragak-agak untuk mendedahkan rahsia pendakwah berkenaan kepada umum.

“Salam PU Syed, Cap bagi hang (awak) 24 jam untuk buat permohonan maaf secara terbuka sebab tiba-tiba nak kait isteri saya dengan kes jenayah seorang PU.

“Apa kaitan? Kenapa nak tiba-tiba petik? Jangan sampai Cap bongkar rahsia PU pula dekat sini.

Caprice turut menunjukkan bukti sudah menghantar mesej kepada PU Syed.

“Tiada kaitan, jangan mula atau kita pun boleh mula,” katanya.

Terdahulu, PU Syed menyangkal dakwaan bersikap pilih bulu ekoran mendiamkan diri daripada mengulas isu melibatkan PU Azman yang berdepan dengan lima pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai lalu.

Menerusi hantaran sama, PU Syed turut menegur selebriti Caprice yang dilihat aktif melakukan siasatan sendiri apabila dikatakan terdapat mangsa yang mengadu menjadi mangsa kepadanya.

Malah pendakwah bebas itu meminta Caprice menguruskan soal aurat isterinya terlebih dahulu sebelum bercakap mengenai perkara lain.

Dalam pada itu, Caprice memberitahu dia turut menghantar mesej peribadi dan menelefon pendakwah berkenaan bagi menuntut penjelasan berhubung perkara itu.

Caprice menuntut PU Syed memohon maaf.

Caprcie berkata, dia tidak akan berdiam diri selagi PU Syed tidak membuat permohonan maaf kepada isterinya.

“Selagi hang tak minta maaf dekat isteri saya, hang akan betul-betul bertemu dengan Tiger of AlQuds.

“Jangan sampai Cap terus bongkar rahsia-rahsia yang CAp simpan satu tahun. Confirm lagi kecoh satu Malaysia,” katanya.

PU Syed bersuara dituduh ‘membisu’ isu PU Azman, tegur Caprice urus aurat isteri dulu

PENCETUS Ummah (PU) Syed menyangkal dakwaan mengatakan dia bersikap pilih bulu ekoran mendiamkan diri daripada mengulas isu melibatkan PU Azman disebabkan pendakwah selebriti itu kenalan rapatnya.

PU Syed atau Syed Mohd Bakri Syed Ishak, 40, sebaliknya menjelaskan dia memilih untuk berdiam diri kerana isu itu sudah menjadi kes polis dan sedang dibicarakan di mahkamah.

“Pelik juga bila kes yang telah disiasat dan sedang dibicarakan di mahkamah namun masih wujud puak-puak yang lama tak puas hati dengan ambe ni… untuk desak ambe ulas itu PU Azman. Ini salah seorang daripada mereka,” katanya.

“Ambe (saya) bukan senyap sebab PU Azman ini kenalan kami, tetapi ia telah menjadi kes polis… sama seperti mana kes Ebit Lew, biar mahkamah tentukan.

78348365893659836583465464

PU Syed tampil menjelaskan berhubung dakwaan dia mendiamkan diri isu melibatkan PU Azman.

“Jika mereka bersalah, hukumlah dengan neraca keadilan yang ada namun jika mereka tidak bersalah maka mereka akan bebas atas tuduhan yang dikenakan.

“Netizen jangan nak jadi hakim sangat,” katanya.

Syed berkata demikian menerusi hantaran di Instagram miliknya sebagai menjawab pertanyaan salah seorang pengikutnya berhubung kes melibatkan PU Azman atau lebih mesra dengan sapaan Cik Man.

Pada Rabu lalu, PU Azman didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban, Negeri Sembilan atas lima pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai lalu.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Jika kalian bertanya kepada ambe tentang PU Azman, demi Allah kami hanya tahu kebaikan beliau dan selebihnya itu kami tidaklah tahu menahu.

PU Azman bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan dikenakan ikat jamin berjumlah RM40,000 atas semua pertuduhan.

Dalam pada itu, menerusi hantaran sama, PU Syed turut menegur selebriti Caprice yang dilihat aktif melakukan siasatan sendiri apabila dikatakan terdapat mangsa yang mengadu menjadi mangsa kepadanya.

Malah pendakwah bebas itu meminta Caprice menguruskan soal aurat isterinya terlebih dahulu sebelum bercakap mengenai perkara lain.

PU Syed lantang bersuara mengenai isu-isu semasa.

“Bahkan sekarang Caprice juga semakin rancak up ‘siasatan sendiri’ dengan mengatakan ada ‘mangsa’ yang mengadu sendiri kepadanya.

“Untuk selingan, buat Caprice, urus aurat isteri dahulu, baru layak jadi Tiger of Al Quds!,” katanya.

Tambah PU Syed, sebaik-baiknya perkara itu diserahkan kepada pihak berkuasa memandangkan kes melibatkan PU Azman masih lagi berjalan di mahkamah.

“Jika kalian bertanya kepada ambe tentang PU Azman, demi Allah kami hanya tahu kebaikan beliau dan selebihnya itu kami tidaklah tahu menahu.

1773840

PU Azman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban pada Rabu lalu.

“Bukankah di Malaysia ini ada pihak berkuasa yang boleh diaju dan diadukan jenayah yang berlaku? Atau kalian sudah hilang rasa kepercayaan kepada sistem perundangan negara?” soalnya.

Terdahulu, Caprice mendedahkan ada menerima aduan daripada beberapa orang remaja yang tampil mendedahkan pernah menerima gangguan seksual.

Caprice turut mengutuk sebarang tindakan dan perbuatan pedofilia atau keinginan seks terhadap kanak-kanak.

Sehubungan itu, selebriti itu membuka ruang kepada mana-mana mangsa gangguan seksual untuk berkongsi kisah mereka dengan menghantar video sebagai bukti.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply