“Ifa Raziah Je Sanggup Pakai” – Michael Ang Kata Rantai Emas Koleksi DSV Macam Lesen Lembu?

Baru-baru ini, tular di media sosial tentang koleksi rantai emas bersaiz besar dari kebiasaan, Only You Gold yang dikeluarkan oleh usahawan terkenal Datuk Seri Vida (DSV).

Antara yang menarik perhatian adalah sepotong video ringkas yang memaparkan perbualan antara pengarah terkenal Michael Ang bersama DSV.

Berseloroh

Dalam video tersebut, Michael atau mesra disapa sebagai Mike berseloroh mengatakan rantai besar itu kelihatan seperti lesen lembu dan hanya Ifa Raziah yang sanggup memakainya.

“Macam lesen lembu je, serius lah? Ifa Raziah je sanggup pakai,” kata Mike.

“Apa apa? Emas lah,” jawab DSV.

Ifa Sahut Perbualan

Dalam video sama, turut kelihatan Ifa Raziah duduk berdekatan DSV sambil menikmati minum petang di sebuah hotel terkemuka.

Ifa tidak menafikan dia boleh memakai rantai emas bersaiz besar itu, dia juga mengatakan usahawan dan juga anak pelakon terkenal Normah Damanhuri, Liana Rosli atau Kak KM juga sesuai memakai rantai berkenaan.

“Kak KM (dia menambah), tiga orang saja yang boleh pakai ini,” katanya tersenyum.

Setakat artikel ini ditulis, jumlah tontonan video tersebut sudah mencecah lebih 1 juta.

Mungkin ramai menyedari, selain DSV, Kak KM dan Ifa juga gemar menggayakan rantai emas bersaiz besar.

Apapun, terpulang pada pilihan dan citarasa masing-masing bukan?

Terdahulu,

Lebih ‘senior’ dua tahun dari DSV, ramai puji kecantikan Maria Farida

Nama pelakon jelita, Datin Seri Maria Farida Ateinza rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi kerana ramai.

Selain bakat lakonan, kecantikan yang dimiliki oleh aktres itu sentiasa menjadi ‘contoh’ buat ramai wanita di luar sana untuk kekal cantik meski sudah berusia.

Terbaharunya, penampilan aktres berusia 53 tahun ini sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila dia kelihatan cantik persis anak dara.

Menerusi video dimuat naik pengguna TikTok dikenali @onlyyou_gold, dilihat Maria bersama usahawan kosmetik kontroversi, Dato’ Seri Vida sedang menari sambil ‘memperagakan’ rantai emas dipakainya.

 

 

Awet muda, Maria Farida ni cantik betul!

Ramai memuji kecantikan pelakon darah kacukan Melayu dan Filipina ini kerana kekal awet muda walaupun kini sudah berstatus ‘nenek’.

Nampak Maria lebih muda dari Dato

Tidak kurang juga ada yang mengatakan Maria nampak lebih muda jika hendak dibandingkan dengan Vida, 51.

Macam Anna Jobling

Selain itu. ada juga mengatakan wajah Maria Farida seiras dengan pelakon wanita meningkat naik, Anna Jobling.

DSV pun dah lawa, kurus

Sementara itu, terdapat netizen memuji Dato Seri Vida atau mesra disapa Vida kerana kelihatan kurus jika hendak dibandingkan sebelum ini.

Terdahulu, Maria Farida mengatakan dia tidak pernah melakukan rawatan pada wajah, sebaliknya ia hanya kecantikan semulajadi. Malah, dia juga mendedahkan dirinya seorang yang takut pada jarum suntikan.

Sumber Murai

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

 

Be the first to comment

Leave a Reply