“Taksub Sangat Manusia” – Natasha Hudson Gelar Maula Muhammad Amin Sebagai ‘Gay’?

Nama Maula Muhammad Amin Al Idrisi Al Hasani yang mendakwa dirinya sebagai keturunan ke-38 Nabi Muhammad SAW, telah mencetuskan reaksi oleh pelbagai pihak termasuklah pelakon, Natasha Hudson.

“Taksub Sangat Manusia”

Natasha menerusi Insta Stories meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir manusia yang mempunyai sifat terlalu taksub, malah turut menyifatkan individu yang didakwa sebagai cicit Rasulullah SAW itu kelihatan seorang seorang yang gay.

“Taksub sangat manusia. Gosh he looks gay enough. Mudah tertipu betul la.”-Tulis Natasha

Dalam pada itu, dipetik dari laporan Malaysia Gazette, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad menegaskan, rakyat tidak perlu mengambil tahu latar belakang lelaki itu, kerana ia akan mengundang kekeliruan dan kekeruhan.

Video ‘mawla’ duduk atas pelamin jadi bualan, “tak pernah dengar dia ceramah, video semua duduk je”

Sambutan Maulidur Rasul minggu lalu sedikit kecoh dengan kehadiran seorang individu dari Maghribi yang dikenali sebagai Mawla Muhammad Amin Al-Idrisi yang mendakwa dirinya sebagai keturunan ke-38 Nabi Muhammad.

Malah nasab keturunan individu berkenaan turut mendapat tentangan daripada beberapa pihak memandangkan terdapat kekeliruan. Mufti juga berpendapat kesahihan dakwaan itu perlu disiasat terlebih dahulu kerana keraguan dan penipuan boleh berlaku di mana-mana, termasuk dakwaan individu tertentu berketurunan Nabi Muhammad.

Ada yang masih menegaskan bahawa nasab keturunan Mawla Muhammad Amin adalah benar iaitu dari keturunan Nabi Muhammad.

Namun baru-baru ini tular video kehadiran individu itu dalam beberapa majlis Maulidur Rasul yang dilihat hanya duduk sahaja di atas pelamin tanpa berbuat apa-apa.

Video itu mengundang rasa hairan kerana pengguna media sosial mendakwa tidak pernah lagi melihat mana-mana video membabitkan mawla itu memberi ceramah di sini.

 

Selain itu, warganet juga berdebat tentang sebuah video memaparkan seseorang membantu individu berkenaan mengupas kulit udang di dalam pinggan ketika mahu menikmati juadah.

Mereka menganggap walaupun jika individu tersebut merupakan keturunan Nabi Muhammad, tidak perlu tunjukkan layanan sedemikian yang sudah dianggap seperti taksub.

Bahkan video orang ramai bersalam dengan individu tersebut sehingga mencium-cium telapak tangan mengundang rasa hairan dalam kalangan netizen.

Ramai Yang Sanjung Tapi Ramai Juga Yang Meragui, Siapa Sebenarnya Mawla Amin Ini?.

Kehadiran seorang individu yang didakwa merupakan keturunan ke-38 Nabi Muhammad SAW ketika ini mencetuskan perbualan hangat di media sosial.

Meskipun banyak programnya terpaksa dibatalkan kerana gagal mendapat kelulusan dari beberapa jabatan agama, Mawla Muhammad Amin Al-Idrisi ini dilihat sangat dikagumi dan disanjungi sehingga nak makan udang pun ada yang sanggup tolong kopekkan.

Seorang editor dan penulis buku dari University of Jordan, Fakhri @fakhrifadzli cuba merungkai siapakah sebenarnya personaliti misteri ini melalui bebenang ciapannya berikut dengan menyenaraikan beberapa persoalan yang meragukan mengenai dirinya.

Ikuti penulisan serta tangkap layar yang diambil dari akaun Twitternya berikut untuk dinilai sendiri oleh umat Islam di Malaysia siapakah sebenarnya gerangan Mawla Amin dari Maghribi ini.

Masih tercari-cari video Maula ini sampaikan ceramah.

Sebab dia datang dari Morocco, negara yang ada tradisi ilmu yang hebat dari sudut hafalan dan kefahaman.

Antara yang datang ke Malaysia baru-baru ini ialah Sheikh Said al-Kamali.

Ke Maula ni memang datang tayang diri je?

Kalau ada video dia mensyarahkan kitab atau sekurang-kurangnya berikan ceramah dalam bahasa Arab dan diterjemahkan ke Bahasa Melayu mohon kongsikan.

Kalau tak ada, maksudnya tak ada bezalah dia dengan orang Arab di Bukit Bintang tu.

Beza pakaian je.

Mawla AminMawla AminMawla Amin

Baik. Jika disahkan sebagai keturunan Nabi SAW, apa yang menjadikan beliau istimewa berbanding jutaan keturunan Baginda SAW yang lain?

Sepatutnya dari sudut ilmu yang diwariskan oleh Nabi Muhammad SAW.

Tapi jika tak ada, hanya keturunan je. Kat Malaysia ada keturunan Nabi SAW.

Mawla Amin

Saya tak membenci atau merendah-rendahkan Ahlu Bait Nabi SAW.

Ramai ulama sekarang yang berketurunan Nabi SAW, tapi mereka tak jadikan itu sebagai point untuk diri mereka diikuti.

Mereka diikuti kerana ilmu dan ketakwaan bukan semata-mata keturunan.

Ini yang kena faham.

Kita persoalkan isu ini bukan sebab benci Islam, jadi liberal atau anti ulama.

Sebab cakna dengan agamalah kita tanya.

Sumber Murai.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply