USAHAWAN kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi detik mencemaskan apabila isterinya iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid mengalami pendarahan hingga terpaksa dikejarkan ke hospital.
Menurut Aliff, 35, semasa kejadian dia sedang melakukan siaran langsung di laman sosial dan terkejut mendengar isterinya yang sedang hamil empat bulan menjerit kesakitan.
“Tengah sibuk buat live tiba-tiba isteri saya jerit kesakitan dan mengalami pendarahan yang banyak.
“Masa ini saya lari macam tak cukup tanah. Saya hanya fikir bayi dan isteri saya.
“Semuanya jadi kelam kabut, sepanjang perjalanan isteri saya mengalami pendarahan,” katanya.
Aliff berkongsi mengenai kejadian itu menerusi Instagram miliknya pada malam Khamis.
Dalam pada itu, Aliff memberitahu doktor sudah menjalankan pemeriksaan dan mendapati bayi dalam kandungan berada dalam keadaan baik.
“Alhamdulillah doktor scan kata baby okay. Denyutan jantung pun okay.
“Cuma isteri saya kena baring sahaja dan berehat untuk tiga hingga lima bulan sebab bahaya untuk ibu dan anak… sehingga uri naik semula. Doakan semuanya dipermudahkan,” katanya.
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan semoga Shahida dan bayi dalam kandungan sihat sehinggalah hari kelahiran.
“Semoga Datin dan bayi tidak ada apa-apa. Harap dipermudahkan urusan Datuk sekeluarga.
“Suruh isteri rehat dulu Datuk. Penat sangat tu. Semoga Allah gantikan rezeki yang lebih baik,” tulis netizen.
Datuk Takyahlahh Dok Buat Datin Makin Stress Tau Datok ..Kesian Sama Dekat Ibu Mengandung ,Emosi Macammacam Lagi ..Huhuu
Semoga dipermudahkan segala urusan n diberikan kesihatan yg terbaik Aamiinn Allah Humma Aamiinn
Moga datin dlm keadaan yg baik2 aje..baby pon harapnye kuat
Kasi isteri sihat dulu Dato.. penat sgt tu..semoga Allah gantikan rezeki yg lebeh baik aaaminnn
Semoga dipermudahkan segala urusan dato. Semoga semua nya baik2 hendak nya. Baru je ptg td saya tengok video datin masak udang..
Shahida perlu berehat selama tiga ke lima bulan.
Sementara itu, Shahida menerusi Instagram miliknya pula meminta pandangan pengikutnya yang pernah mengalami pendarahan yang sama.
“Semalam sakit perut sangat, lepas tu bleeding banyak… takut sangat tapi bila check baby sihat Alhamdulillah.
“Sesiapa ada pengalaman boleh kongsi sebab pendarahan semasa uri masih baru awal kandungan empat bulan,” tulisnya.
Aliff dan Shahida mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007.
Pasangan ini dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan Raudah Arshiyah.
Video,
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.