Abang Viva bernikah tanpa pengetahuan keluarga, ucapan “tahniah” kakaknya undang spekulasi. Hari ini tular mengenai pernikahan Azwan Omar atau mesra disapa Abang Viva yang menjadi popular di media massa kerana membantu mangsa banjir teruk di Selangor awal tahun ini.
Ini kerana ramai menyanjung keperibadian dirinya yang hanya berbekalkan sebuah kereta Viva, duit sedikit iaitu RM50 dan selebihnya mewakafkan tenaganya membawa sebiji bot demi membantu mangsa banjir. Kisahnya viral dan diangkat sebagai hero dalam masyarakat.
Selepas insiden banjir besar ini, namanya menjadi sorotan media bahkan rezekinya juga murah termasuk dihadiahkan sebuah kereta pacuan empat roda.
Selepas dirinya dikenali, kisah pertunangannya bersama pilihan hati turut mendapat soroton media termasuk perkahwinannya yang berlangsung pada Jumaat lepas bersama isteri, Evanoza Zakaria.
Pasangan itu selamat melangsungkan akad nikah di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di Ayer Keroh di sini, dengan kehadiran ahli keluarga terdekat masing-masing minggu lepas.
Dalam penstiman malam tadi, Azwan berkata, pada mulanya, mereka merancang berkahwin pada Disember depan, namun faktor ramalan cuaca yang menjangkakan berlaku bencana Monsun Timur Laut di beberapa negeri, mendorong majlis itu dipercepatkan.
“Jadi untuk bulan depan dan seterusnya, lebih mudah untuk kami suami isteri berbincang dan bersiap sedia menggerakkan sukarelawan di bawah Gerakan Kebajikan Abang V-V,” katanya.
Di sebalik kegembiraan itu, satu posting dari kakaknya, Fauziyah Omar tidak sampai sejam (semasa artikel ini ditulis) mencetuskan tanda tanya kerana dirinya menujukan terus kepada adik lelakinya, Azwan dengan ucapan “kepada pengantin lelaki. Selamat pengantin baru dan terima kasih kerana abaikan mak ayah dan keluarga. Hanya jauhari mengenal manikam, tulisnya.
Seolah-olah membayangkan wujud konflik bermula dari majlis tunang sampailah kahwin di sebelah keluarga lelaki.
Ini perkongsiannya :-
Posting ini hanya untuk pemakluman, bukan meraih simpati atau mencari publisiti.
Kepada sesiapa yang bertanya, ye betul insan ini telah bertunang dan berkahwin dengan pilihan hatinya tanpa pengetahuan kami. Tanpa pengetahuan mak ayahnya yang masih ada di dunia ini.
Kepada yang kata alahhh maafkan la dia, saya minta maaf kepada kamu kerana tak dapat tunaikan permintaan itu. Berdoalah semoga benda yang sama tak berlaku kepada kamu.
Kata pengantin lelaki, dia perlu menjaga nama baik dia, mungkin nama kami dan rupa kami buruk dan busuk. Mak ayah saya dan anak-anak buah saya tak layak duduk sama tinggi dengan mereka. Hanya beban yang akan menyusahkan dan penghalang kepada kebahagiaan mereka.
Saya mohon kepada semua,
BERHENTI LAH BERCAKAP ATAU BERTANYA APA-APA MENGENAI DIA KEPADA MAK DAN AYAH SAYA.
Cukuplah dengan apa yang dah mak ayah saya tanggung kesan daripada perbuatan mereka.
Cukuplah airmata yang telah jatuh ke pipi mak ayah saya yang dah tua. Berhenti kaitkan kami dengan mereka.
JGN TAMBAH DERITA YG ADA.
Beri peluang kepada mak ayah saya untuk bahagia di usia senja mereka.
Kepada pengantin lelaki. Selamat pengantin baru dan terima kasih kerana abaikan mak ayah dan keluarga. Hanya jauhari mengenal manikam.
Sumber Keluarga
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.