Nabil Beritahu Tak Benarkan Isteri Kawan Baik Dengan Ex-BF, Sekali Netizen Perasan Sesuatu Sampai Nabil Kena Tegur

Pengacara dan pelawak, Nabil Ahmad memberitahu bahawa dia tidak membenarkan isterinya, Nazirah Ayub untuk berkawan baik dengan bekas kekasihnya.

Kata pengacara program nyanyian Gegar Vaganza ini, perbuatan itu juga sebenarnya tidak baik bagi hubungan suami isteri di masa akan datang.

Jelasnya lagi, setiap manusia mempunyai masa lampau dan selalu membuat kesilapan.

Aku kalau boleh yang dah lepas tu lepas lah. Aku pun rasa isteri tak perlu tahu masa lampau aku begitu juga aku. Sebab kita manusia kita akan buat silap.

Contohnya, aku bawa isteri lepak dengan bekas kekasih tiba-tiba dia bercerita benda lama pernah buat dengan dia yang isteri sendiri tak tahu. Bukan ke ia akan merosakkan hubungan tu?

Nabil juga mempersoalkan keperluan untuk melakukan hal seperti itu dan ia seolah-olah boleh ‘menjahanamkan’ diri sendiri.

Video,

https://youtu.be/AC4H76YA-QA

Rata-rata netizen menegur Nabil Ahmad kerana Al-Quran dibiarkan terbuka tanpa membacanya.

Komen-komen netizen prihatin,

Tutuplah Alquran Tu Dahulu Kalau Tak Dibaca..Jgn Buka Mcm Tu Dgn Cerita Lagha Dunia

Sewajibnya tutup dulu Al quran tu dulu, nak sembang sembang kan

Tuan nabil.alquran tu jika nak ditangguhkan bacaanya.lebih afdhal ditanda dan ditutup dahulu.ini antara adabnya

Bang nabil hehe..minta maaf ye..quran tu bang kena tutup dulu sebelum borak..semoga dipermudahkan urusan

Adab membaca al-Quran:

• Bersiwak atau membersihkan mulut

• Memilih tempat bersih dan utama khususnya masjid

• Mengadap kiblat sekiranya membaca di luar solat

• Membaca taawuz (meminta perlindungan daripada syaitan) dan basmallah

• Khusyuk dan merenung makna ketika membaca

• Mengulang-ulang ayat supaya dapat direnung secara mendalam

• Menangis dengan menghadirkan perasaan sedih dalam hati terutama ayat peringatan, ancaman dan janji serta dosa yang dilakukan

• Tartil, iaitu membaca dengan jelas dan tidak terburu-buru

• Memohon rahmat atau meminta jauh daripada kejahatan dan seksaan ketika membaca ayat berkaitan

• Tidak ketawa, bising dan bercakap sesuatu yang sia-sia

• Membaca dengan salah satu daripada tujuh qiraat (cara bacaan yang disepakati)

• Membaca dengan mashaf lebih utama daripada membacanya berdasarkan hafazan

• Dianjurkan membaca secara berjemaah dan diharuskan secara bersilih ganti

• Menggunakan suara yang kuat

• Sunat mengindahkan suara atau melagukan bacaan al-Quran

Perkara tersebut diluahkan Nabil ketika slot 3 Pagi Era bersama penyampai yang lain iaitu Pak Azad dan Radin.

Sumber BN

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply