Lelaki sengaja tinggalkan laptop di Starbucks selama sejam, nak tahu apa nasibnya selepas itu

SEORANG TikToker sanggup berdepan risiko apabila meninggalkan komputer ribanya di Starbucks selama sejam tanpa pengawasan.

Uptin Saiidi yang menggunakan akaun @uptin pergi makan tengah hari di tempat lain dan hanya kembali ke kedai kopi berkenaan selepas satu jam.

Dia sebenarnya mahu melihat sejauh mana negaranya benar-benar selamat dari segi jenayah kecurian sebelum berkongsi rakaman eksperimennya di media sosial.

Video yang dikongsi berakhir dengan Uptin mendapati laptopnya kekal berada di tempat di mana ia ditinggalkan.

Bagi menyokong keyakinannya dalam melakukan eksperimen itu, pencipta kandungan ini memetik statistik kerajaan Singapura pada 2021, mengatakan negara itu langsung tidak mencatatkan laporan jenayah jenis biasa dalam tempoh 250 hari.

“Kejujuran dan keadilan adalah sebahagian besar budaya di sini.

“Keperluan asas sudah dipenuhi jadi orang ramai tidak merasakan mereka perlu melakukan jenayah,” katanya mengenai sebab laptopnya tidak disentuh sesiapa.

Dalam masa sama, katanya, pengawasan memainkan peranan besar dalam mengekalkan status hampir sifar jenayah.

Kamera adalah penghalang utama kepada jenayah, begitu juga hukuman.

Laman web Agensi Kerajaan Singapura menyatakan bahawa sesiapa yang melakukan kecurian boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali.

Video Uptin mendapat banyak reaksi warganet.

“Saya menetap di Singapura dan tertinggal telefon di perhentian bas dan keesokan hari ia berada dalam beg plastik yang dilekatkan di dinding dengan nota bertulis ‘telefon hilang’,” komen seorang pengguna.

“Ini adalah percubaan sosial yang sangat mahal,” kata seorang lagi pengguna.

“Di London, ia akan dicuri walau anda duduk di hadapannya,” tambah seorang lagi netizen.

Singapura adalah negara ke-9 paling selamat di dunia, menurut Indeks Keamanan Global 2022.

Komen biasa yang diberikan kebanyakan orang asing yang tinggal di negara ini adalah Singapura sangat selamat.

Negara ini berada di kedudukan yang tinggi dari segi keselamatan sosial dan kurang konflik.

Video,

https://youtu.be/c1IO6VhVJU0

Sumber Mstar.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

 

Be the first to comment

Leave a Reply