Kenyataan yang dibuat oleh pelakon senior, Kazar Saisi berkenaan isu gangguan rumah tangga yang melibatkan anaknya dan Puteri Sarah Liyana bukanlah satu masalah besar telah mengundang pelbagai maklum balas daripada netizen.
“Bukan masalah besar sangat meruntuhkan rumah tangga orang…”
Puteri Sarah turut berkongsi di Instagramnya berkenaan kenyataan tersebut dan meminta orang ramai untuk memberi pandangan terhadap apa yang telah diperkatakan pelakon lelaki itu.
Kazar ambil ringan isu rumah tangga?
Menerusi perkongsian yang dibuat isteri kepada pengarah tersohor, Syamsul Yusof itu lagi di Insta Story miliknya, ada individu telah meninggalkan mesej kepadanya dengan menceritakan perihal sikap pelakon senior itu dalam keluarganya.
Menurut individu itu lagi, Kazar sepatutnya lebih memahami situasi yang berlaku ketika ini kerana mempunyai dua anak yang sudah bercerai.
Bela anak yang jelas2 tak bertanggugjawab?
Difahamkan, menerusi hantaran yang dibuat oleh individu berkenaan, bapa kepada Ira Kaza itu langsung tidak membela nasib menantu tetapi lebih membela anak yang tidak bertanggungjawab.
Bukan itu saja, pelakon senior berkenaan juga menyalahkan bekas menantu semasa mempertahankan hak penjagaan anak.
“Patut malu perangai anak yang tak bertanggungjawab”
Ujar individu itu lagi, sepatutnya dia malu dengan perangai anak sendiri yang tidak bertanggunjawab bukannya menyebelahi mereka yang terang-terang melakukan kesilapan.
“Patutnya malu lah dengan perangai anak sendiri yang tidak bertanggungjawab tu,” tulis individu berkenaan.
Terdahulu, Kazar akhirnya membuka mulut mengenai isu keretakan rumah tangga Puteri Sarah dan suami, Syamsul Yusof akibat gangguan daripada anak perempuannya, Ira Kaza.
Menurut pelakon Tujuh Hari Mencintaiku 3 itu, ia bukanlah satu masalah yang besar dan meminta semua pihak untuk berdamai.
Sumber: Instaram Puteri Sarah Liyana.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.