Nama Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan kembali menjadi bualan ramai selepas bekas isteri, Hana Azraa mendakwa masih diganggu biarpun sudah bukan sebagai suami isteri.
Tampil memberi penjelasan menerusi siaran langsung di TikTok bersama isteri, Ain ‘Afini Latif, Abu menegaskan dia bertemu dengan sepupunya yang tinggal di hotel sama dengan Hana ketika berada di Tanah Suci.
Kat hotel tu ada sepupu saya, sepupu saya pun pergi dengan RS Mega Travel. Saya bawak sepupu saya dan beberapa orang rakannya pergi makan.
Kata Abu, dia mengakui ada menghubungi ibu Hana tetapi atas urusan anak lelakinya, Mateen
Sebagai bapa, dia ingin mengetahui perkembangan Mateen memandangkan sedang berada di Madinah atas tuntutan kerja.
Saya hubungi mak Hana sebab Mateen. Tangkapan skrin yang ditunjukkan Hana itu adalah mesej minggu lalu.
Tak ada niat nak aibkan sesiapa
Dalam pada itu, Abu turut memohon maaf sekiranya perkongsian foto bersama isteri sebelum ini di Instagram (IG) menimbulkan rasa kurang senang.
Saya tidak mengaibkan sesiapa. Sekiranya hantaran itu dianggap mengaibkan sesiapa, saya mohon maaf.
Saya minta maaf dan insya-Allah perbuatan itu tidak akan berulang lagi. Kalau saya puji Ain, saya puji saja.
Sebelum ini, Hana naik angin kerana mendakwa Abu masih mengganggu dan mengejar dirinya serta keluarga. Dakwa Hana, Abu masih belum ‘move on’ biarpun sudah bercerai talak tiga.
Terdahulu, Abu dan Hana berkahwin dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Mateen pada 1 Februari 2020.
Pada April 2019, Abu jadi perhatian warganet kerana berkahwin lain ketika Ain sarat hamil.
Hana dikatakan punca sehingga konflik tercetus di antara Abu dan Ain selesai pada 16 Mei tahun lalu apabila bercerai talak kedua dan kemudiannya rujuk semula.
Hasil perkahwinan hidup Abu dan Ain, mereka dikurniakan dua cahaya mata. Menurut Abu, Ain kini sedang hamil anak ketiga.
Sumber: TikTok @beritahairanmy via OhBulan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.