Ikut Trend Tiktok, Uyaina Arshad Ditegur Rupanya Ini Konten Yang Dia Buat

GURAUAN antara rakan-rakan adalah perkara biasa malah ia sebagai salah satu cara mengeratkan hubungan yang terjalin.

Bagaimanapun gurauan tak bertempat boleh menyebabkan seseorang terasa hati atau lebih malang dalam dunia media sosial hari ini, dikecam netizen.

Pulih apendiks, Uyaina Arshad alami radang rahim - Kosmo Digital

Itu yang terjadi kepada pengacara Uyaina Arshad yang menjadi bualan hangat warganet yang menyifatkan dia bergurau tidak kena tempat apabila membuat sebuah video di Tiktok bersama rakannya, pelakon Bella Dally.

Menerusi video tersebut, Uyaina atau Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 30, secara berseloroh tidak mahu masuk neraka seorang diri dan mahu mengheret Bella sama bersamanya.

Uyaina dikecam ikut trend TikTok.

“Tuhan jika suatu hari aku masuk neraka, maka masukkanlah juga temanku. Temanku lebih banyak salah daripada aku, masa aku masuk sendiri Tuhan?,” katanya.

Uyaina berkongsi perkara tersebut menerusi TikTok yang menggunakan audio Moodnya yang sedang trending di laman sosial tersebut.

Meskipun hanya mengikut trend Tiktok, perkara itu nampaknya tidak disenangi oleh pengikutnya yang menganggap soal syurga dan neraka bukan perkara main-main yang boleh dibuat jenaka.

Sehubungan itu, netizen menegur dan mengkritik tindakannya kerana menggunakan topik berkenaan sebagai content di media sosial demi meraih perhatian.

Bagi mereka, setiap kata yang diluahkan itu akan menjadi doa memandangkan setiap manusia mahu ke syurga dan bukannya neraka.

Uyaina Arshad bergurau mahu kawan masuk neraka sama-sama. Tak semua benda boleh jadi gurauan… #uyainaarshad #beritahairan #janganhairan

“Syurga neraka pun jadi gurauan, tak nak macam itu Uyaina… kita doa sama-sama masuk syurga.

“Dekat dalam televisyen nampak bijak tapi bila bab macam ini, macam tak boleh fikir ya. Neraka pun dia buat main… kita ini patut doa masuk syurga.

“Jangan kerana trending kita melampaui batas, jangan meminta. Dia ingat dekat neraka boleh bercakap dengan member ke?,” antara komen netizen.

Video,

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply