Seiring dengan perubahan imejnya yang kini berhijab, penyanyi Ezlynn menetapkan pendirian mengelak daripada merakamkan lagu-lagu cinta pada masa akan datang.
Ezlynn atau nama lengkapnya Azline Ariffin, 40, ketika ditemui Kosmo! Online baru-baru ini berkata, dia memang teringin untuk merakamkan single baharu sebagai hadiah buat peminatnya, namun enggan lagi menyanyikan lagu berbaur percintaan.
“Ada yang menawarkan saya untuk rakam lagu baharu, tapi kalau lagu ‘biasa’ saya tak nak. Lagu cinta-cinta pun saya tak nak. Cukuplah, saya cuba untuk elakkan,” katanya.
Ketika disoal tentang konsep persembahannya selepas berhijrah, Ezlynn yang sememangnya cukup dikenali sebagai seorang penyanyi yang lincah ketika menyanyi memberitahu dirinya masih lagi memenuhi undangan, namun terdapat batas-batas yang perlu dijaga.
“Saya memang teringin untuk rakam single baharu. Cuma saya mahu nyanyi lagu berunsur ketuhanan dan kerohanian.
“Lagu yang memberi nasihat untuk ke arah menyebarkan agama Allah SWT. Tak nak lagi lagu-lagu cinta,” katanya kepada Kosmo! Online.
Ujar penyanyi yang popular menerusi lagu Hi Hi Bye Bye itu, ada pihak menawarkan dirinya merakamkan sebuah single baharu, namun terpaksa menolaknya kerana karya berkenaan bersifat duniawi.
Ujar penyanyi yang terkenal dengan imej rambung keriting suatu ketika dahulu itu lagi, dia mengambil keputusan berhijab bukan sekadar untuk menutup aurat, tapi demi mengubah penampilan dan kelakuan secara keseluruhan.
“Kalau boleh saya mahu ikut syariat Islam yang sebenar. Tapi secara perlahan-lahan, bukan terlalu drastik. Insya-Allah, doakan saya terus istiqamah,” katanya.
Katanya, jika dahulu dia memberikan tenaga dan staminanya sebanyak 100 peratus, namun kini hanya 20 peratus pergerakan yang dipamerkan ketika menyanyi di atas pentas. “Semua orang tahu bentuk persembahan saya bagaimana. Kalau dahulu pergerakan (menari) saya beri 100 peratus. Tapi sekarang tinggal 20 peratus sahaja.
“Alhamdulillah suami masih izinkan saya buat persembahan pentas. Cuma dia ingatkan saya tentang batas-batas yang perlu dijaga seperti pakaian dan pembawakan diri. Menyanyi boleh, tapi menari perlu dikurangkan,” katanya.
Untuk rekod, Ezlynn mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan penderma hati pertama negara, Wan Mohd. Hafizam Wan Ismail pada 11 September 2021. Ezlynn merupakan isteri kedua (bermadu) buat Hafizam.
Penyanyi itu sebelum ini pernah berkahwin dengan pengurusnya, Adam Fahmy pada 20 November 2011, namun bercerai pada 23 Oktober 2017.
Hasil perkahwinan tersebut, Ezlynn bagaimanapun tidak dikurniakan cahaya mata.
Sumber : KOSMO
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.