Selepas Tular Gagal Membayar Hutang, Ini Tindakan Watie Sadali – “Jika Ia Berlaku, Salah Satu Hukuman Yang Boleh Dikenakan Adalah Penjara Terhadap Watie,”

PENYANYI dan pelakon Watie Sadali diperintah membayar sebanyak RM2,000 setiap bulan sebagai ansuran melangsaikan tuntutan saman berjumlah RM796,000 kepada salah seorang bekas ahli kumpulan Elite iaitu Hana Adnan.

Watie Masih Belum Bayar Hutang Walau Satu Sen Pun Hana Elite

Keputusan tersebut dicapai dalam prosiding yang berlangsung di hadapan Hakim Nor Rajiah Mat Zin di M4hkam4h Sesyen Selayang, Selangor pada pagi Khamis.

Berkongsi perkara tersebut, peguam kepada Hana iaitu Mohd Fikri Abd Rahman memaklumkan keputusan penyelesaian itu dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

hana adnan 2

Hana sebelum ini meluahkan rasa kecewa apabila Watie gagal bayar hutang.

“Kes pagi ini (Khamis) adalah bagi merekodkan penyelesaian kedua-dua belah pihak dan mereka bersetuju dengan terma yang disebut m4hkam4h.

“Watie dikehendaki membayar sejumlah RM2,000 setiap bulan bermula 5 Januari tahun hadapan sehingga selesai jumlah tuntutan yang dibuat Hana,” katanya kepada mStar.

Kata Fikri lagi, Watie atau nama sebenarnya Norwati Sadali, 46, sebelum ini pernah membuat rayuan untuk mengurangkan kos bayaran bulanan daripada RM2,500 kepada RM2,000 seperti yang diperintahkan pada tahun 2017 dan m4hkam4h membenarkan.

Watie diperintah bayar, Hana bebas muflis

Bagaimanapun keputusan m4hkam4h kali ini secara tidak langsung mensyaratkan isteri kepada Joey Daud itu untuk komited melangsaikan tuntutan dan boleh dikenakan tindakan jika gagal berbuat demikian.

“Sebelum ini Watie cuba mengelak membayar hutang tersebut. Kali ini sudah setuju beri komitmen dan tidak boleh lari. Kalau gagal bayar dan ulang perbuatan lama, kami boleh ambil tindakan penghinaan perintah m4hkam4h.

Kalau gagal bayar dan ulang perbuatan lama, kami boleh ambil tindakan penghinaan perintah m4hkam4h

Watie (Elite) Mungkin Hamil, Kitaran Haid Tidak Menentu - Hiburan | mStar

“Jika ia berlaku, salah satu hukuman yang boleh dikenakan adalah penjara terhadap Watie,” jelasnya.

Untuk rekod, pada 10 Mac 2015, Hana atau Norhanasafiza Mat Adnan, 44, menang saman terhadap Watie berhubung kegagalan pelakon itu menyelesaikan bayaran pinjaman bank yang menggunakan namanya untuk membeli kenderaan jenis Toyota Wish.

watie 1

Isu hutang antara Hana dan Watie berlarutan sejak 2017.

Hana mendakwa dirinya membuat pinjaman bank kenderaan itu sekitar September 2005 bagi pihak Watie sebanyak RM150,000 kerana pelakon terbabit tidak layak membuat pinjaman.

Namun, Watie gagal mematuhi syarat ditetapkan seperti membayar ansuran bulanan, cukai jalan, insurans dan perkara berkaitan sejak September 2010 sehingga menyebabkan Hana diisytiharkan muflis.

Watie Sadali Tak Mampu Bayar RM707,000 - Hiburan | mStar

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply