Selepas Mengaku Bercinta, Akhirnya Shila Amzah Beritahu Bila Akan Berkahwin Dgn Ubai!

Hubungan antara penyanyi, Shila Amzah bersama pempengaruh media sosial, Ubai bukan lagi rahsia apabila mereka berdua mendedahkan mempunyai hubungan istimewa selepas diasak oleh peminat.

Terbaharu, pemilik nama NurShahila Amir Amzah memberitahu dia belum bersedia untuk bercerita tentang perkahwinan meskipun sedang menyulam cinta sejak tahun lepas.

Memetik laporan Kosmo! Online, Shila ketika sesi siaran langsung mengatakan dia mahu memberi tumpuan terhadap beberapa perkara terutama anak tunggalnya, Seth Uwais yang kini berusia 3 tahun.

Tambah penyanyi berusia 33 tahun, belum tiba masanya lagi kerana ia memerlukan simpanan sendiri sebelum berlangsungnya perkahwinan.

“Saya masih muda. Berhenti tanya saya bila akan berkahwin lagi. Saya mahu bekerja, cari duit. Saya kena ada simpanan sendiri sebelum berkahwin.

“Sekurang-kurangnya tunggu sehingga Seth pandai bercakap,”ujar Shila.

Bila nak nikah? Tunggu Ubai buka braces …

Dengan nada berseloroh, Shila memberitahu dia akan melangsungkan perkahwinan, sekurang-kurangnya perlu menunggu pendakap gigi (braces) yang dipakai oleh Ubai dibuka dalam masa tiga tahun lagi.

“Lagipun braces Ubai pun lagi tiga tahun baru boleh buka. Jadi jangan bahas tentang pernikahan,”ujar pelatun lagu Patah Seribu.

Katanya lagi, apa yang penting sekarang ini adalah mahu membahagiakan diri sendiri terlebihi dahulu sebelum menjaga hati orang lain.

Sementara itu, Shila turut memohon peminat mendoakan perkara yang baik-baik buat dirinya terutama karier seni supaya semuanya berjalan dengan lancar.

Terdahulu, Ubai mengakui hubungannya dengan Shila menjadi semakin rapat selepas penyanyi itu mengalami fasa sukar dalam hidupnya iaitu selepas bercerai. Difahamkan, mereka berdua juga suda lama mengenali antara satu sama lain sejak tahun 2011 dan menjadi akrab sekitar 2014.

Shila Amzah Miliki Ciri-Ciri Wanita Idaman Ubai.

Umum mengetahui, influencer terkenal, Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli mengakui sedang menjalin hubungan istimewa dengan penyanyi, Shila Amzah sejak tahun lalu.

Memetik Astro Gempak, Ubai berkata Shila mempunyai ciri-ciri wanita idamannya serta menyifatkan penyanyi itu seorang yang rendah diri.

“Ya saya sedang berkawan rapat dengan Shila. Kami serasi dan memahami antara satu sama lain. Kami mula rapat selepas sering bertemu untuk bermain badminton.

“Shila ada ciri-ciri wanita idaman saya, bagi saya dia seorang yang rendah diri, adventurous dan mempunyai hobi yang sama dengan saya.

Mengaku tengah bahagia dengan Ubai, Shila Amzah dituduh perampas pula - “Saya tak akan mulakan atas kesengsaraan orang lain” - Sensasi | mStar

“Sampaikan cira rasa makanan kami pun sama iaitu dua-dua pun tak makan taugeh. Saya selesa dengan Shila,” katanya.

Dalam pada itu, Ubai berkata dia tidak kisah dengan status ibu tunggal kerana apa yang penting mereka saling memahami antara satu sama lain.

“Saya tak kisah berkawan dengan mana-mana wanita, asalkan dia memahami saya dan saya pun memahami keadaan dia.

“Buat masa sekarang saya masih belum ada perancangan ke arah perkahwinan kerana saya mahu berikan kerjaya sebagai seorang produser. Saya hanya mampu minta semua orang mendoakan yang baik-baik buat saya dan Shila,” katanya.

Beza usia 8 tahun, Shila Amzah akui ada hubungan istimewa dengan influencer muda

Sekadar info, Shila Hamzah pernah mendirikan rumah tangga bersama Haris Idraki Elias namun telah berpisah pada Februari 2022 selepas empat tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Seth Uwais yang kini sudah berusia dua tahun.

Sumber Rotikaya/OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply