Selepas Dakwaan Tumbuk Isteri, Hafidz Roshdi Post Video Bersama Anak-Anak Mcm Tiada Apa2 Berlaku

Selepas keluar laporan berita berhubung dakwaan menumbuk isterinya, pelakon Hafidz Roshdi dilihat tenang memuat naik satu hantaran video di laman Instagram mempromosikan sebuah produk vitamin kanak-kanak.

Video tersebut memaparkan pelakon berusia 29 tahun itu bertemu dengan anak-anak sebelum memberikan dua cahaya matanya merasai kelazatan vitamin tersebut.

Video di bawah sekali,

Menerusi kapsyen, Hafidz menyatakan orang ramai tidak akan memahami kasih sayang diberikan seorang bapa terhadap anak-anak tercinta selain meletakkan tanggungjawab sebagai nombor satu.

“Kata la apa pun. Orang bukan tahu mcm mana Abah sayang anak-anak. Tanggungjawap dekat anak-anak tetap nombor syatu,” tulisnya sebenar tadi.

Pelakon drama Melastik Ke Hatimu itu turut meletakkan hashtag atau tanda pagar antaranya #AbahMithali #DudaAnak2 #persatuandudaseanterodunia #kitabeliberas sehingga mencuri perhatian pengikut.

Walau bagaimanapun, dia bertindak menutup ruangan komen daripada menerima sebarang reaksi selepas beberapa hari dipenuhi cemuhan dan kecaman warganet.

Terdahulu, ahli keluarga mengesahkan isteri Hafidz iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri didakwa ditumbuk pelakon tersebut selepas berlaku pertengkaran berdekatan kawasan rehat dan rawat (R&R) di sekitar Sungai Buloh, Selangor awal pagi tadi.

Disebabkan kejadian terbabit, Nurul Shuhada mengalami luka pada bahagian wajahnya sehingga terpaksa menerima jahitan akibat kecederaan tersebut.

Malah, kecederaan itu juga dimaklumkan Nurul Shuhada menerusi beberapa posting di InstaStory dengan memohon maaf kerana belum dapat memberi kerjasama terhadap rakan-rakan, pihak media dan klien.

Antara komen netizen,

Teringat Dulu Masa Awal Kahwin, Org Kutuk Isteri Dia Kurang Cantik Dia Hensem, Marah Dia Defend Isteri Dia, Terus Ku Respek. Akhirnya Terlerai Kerana Org Ketiga Yg 9 Tahun Tak Layan Akhirnya Runtuh Rumahtangga Tu, Ni Pukul Pula..

Aku Selalu Puji Dia Berlakon Kalau Bawak Watak Psycho . Menjadi Sangat Wataknya Rupanya Memang Psycho

Esok Anak2 Dh Besar Dia Tgk Apa Yg Kau Dh Buat Pada Ibu Dia, Dia Balas Dendam Baru Kau Tau Mcm Mana Nanti

Betullah Agaknya Apa Yg Atira Ckp Psl Mental Health Dia.Hidup Kalau Tertekan ,Mcm³ Boleh Jadi. Dlm Rumahtangga Tak Akan Silap Dtg Dari Sebelah Pihak Je.Both Side Mesti Ada Buat Silap Atau Kurang Kat Mana². Yg Kite Nampak Suami Bermasalah,Ntah² Masalah Tu Puncanya Dari Kite Sendiri.

Hafidz Roshdi Tak Mahu Tahu Jantina Anak Sebelum Isteri Bersalin | Gempak

Naik Tangan Sebab Wanita Tak Mampu Melawan..Harap Dituntut Ganti Rugi Dari Segi Undang2 Sampai Dia Tinggal Spender Yang Macam Roti Jala..Ambik Cara Baik Jika Tak Suka Tidak Perlu Perbesarkan Masalah Hingga Mengancam Nyawa..Yang Ditumbuk Tu Ibu Anak2 Kau Bukan Ibu Ayam Atau Ibu Biawak Pasir…

Kesiann Isteri.. Sudahlah Pernah Merasai Kesakitan Ketika Melahirkan Anak² Untuk Suami, Terpaksa Pula Lagi Merasai Kesakitan Dicederakan Suami. Inilah Kesakitan Yang Tak Dapat Diterima Oleh Seorang Isteri Dalam Perkahwinan.

Kalau Dah Naik Tangan, Hak Penjagaan Pun Silap2 X Dpt… Kumpul Bukti, Buat Laporan Polis Sbg Persediaan Di Kemudian Hari… Kes Kali Ni Mmg Nmpk Kesalahan Di Pihak Suami, Jenis Menyakitkan Emosi Dan Fizikal Isteri…Luka Berdarah Dlm Hati Org X Nmpk, Tp Luka Yg Zahir Org Nmpk.

Suruh Polis Buat Urine Test. ..B Rasa Macam Dia Ni Kena Barang. Baru Tadi Tengok Post Pb Muka Isteri Dia Berbalut. Rupa Nya Di Penyebabnya .Mental Betul Lah Dia..Tu Tengok Je Muka Pun Tahu Dia Ni Ada Masalah Mental.

Video,

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Muhammad Hafidz (@hafidz.roshdi)

Sumber OMM 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply