Sah Ditumbuk Bekas Suami! Nurul Shuhada Cedera Di Muka, Laporan Polis Telah Dibuat, Ini Bakal Jadi Kepada Hafidz Roshdi

Nurul Shuhada cedera di muka dipercayai ditumbuk Hafidz Roshdi… Polis sahkan terima laporan.

SUSULAN perkongsian Nurul Shuhada Mat Shukri yang menerima rawatan di sebuah hospital pada pagi Khamis, ahli keluarga mengesahkan wanita itu dipercayai menjadi mangsa keganasan suaminya iaitu pelakon Hafidz Roshdi.

Ahli keluarga yang enggan namanya didedahkan memberitahu Hafidz menumbuk Shuhada beberapa kali sehingga dia mengalami kecederaan pada bahagian mata kiri dalam kejadian pada awal pagi tadi berdekatan kawasan rehat dan rawat (R&R) di sekitar Sungai Buloh, Selangor.

Hafidz Roshdi nampak rilek saja

“Iya, itu adalah Shuhada dan dia telah ditumbuk oleh Hafidz.

“Kejadian berlaku awal pagi tadi. Mulanya berlaku pertengkaran dan kemudian Hafidz menumbuk Shuhada tiga kali pada bahagian muka,” katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis.

SHUE2 - 1Hafidz menceraikan Shuhada menerusi panggilan telefon minggu lalu.

Dalam pada itu, sumber memberitahu ketika kejadian, dua ahli keluarga Shuhada turut menyaksikan kejadian tersebut sebelum membawanya mendapatkan rawatan di hospital.

Akibat kejadian itu, Shuhada mengalami luka pada bahagian wajahnya dan terpaksa menerima jahitan kerana kecederaan tersebut.

“Selepas kejadian kami buat laporan polis dan bawa Shuhada ke hospital. Dia terpaksa menerima jahitan akibat luka pada muka.

Tak nak besarkan isu' – Hafidz Roshdi

“Kami juga melakukan pemeriksaan CT scan bagi memastikan tiada sebarang kecederaan dalam. Shuhada sudah dibenarkan pulang dan tidak ditahan wad,” jelasnya.

Berkongsi keadaan terkini Shuhada, sumber berkenaan memaklumkan wanita itu masih dalam keadaan terkejut dan perlu masa untuk rehat.

SHUE1 - 1Shuhada masih trauma dengan kejadian menimpanya.

“Shuhada masih terkesan dengan apa yang berlaku. Sekarang dia perlu masa rehat. Syukur keadaanya kini stabil,” ujar sumber tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafa’aton Abu Bakar ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Siasatan lanjut berhubung kejadian ini sedang giat dijalankan dan kita dalam proses untuk merakam percakapan mangsa.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply