Rupanya Ini Punca Sebenar Kenapa Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan Kena Pukul Dgn Kayu Dgn Isterinya!

Sejak semalam, tular satu rakaman video mempamerkan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan didakwa bergaduh dengan isteri keduanya.

Rakaman itu tersebar di media sosial namun tuan empunya badan berpesan kepada orang ramai untuk tidak masuk campur urusan peribadinya.

Dalam pada itu, peguam yang mewakili beliau telah pun ke balai polis untuk membuat laporan tentang video perbalahan yang berlaku dan tular di internet.

Ahmad Faruq Sidik daripada tetuan Hisham & Partners telah membuat laporan bagi pihak anakguamnya dan mendedahkan apa sebenarnya yang berlaku.

Kejadian itu disahkan berlaku di rumah isterinya di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur ketika beliau ke sana untuk berikan wang perbelanjaan dan membeli buku anaknya di sekolah.

Beliau telah datang berjumpa isteri beliau bernama Elly Efizahwati Binti Abdul Jalil, bertujuan ingin berjumpa isteri dan anak beliau serta menyerahkan wang sebanyak RM5,000.00 untuk perbelanjaan dan juga membeli buku anaknya di sekolah.”

Bekas KPN, Musa Hassan kongsi ciri-ciri isteri derhaka

Menurut laporan yang dibuat, ketika Musa sampai di rumah, isterinya itu meluahkan rasa tidak puas hati kerana telah menerima surat daripada peguam syariah.

Wanita itu kemudian keluarkan telefon dan merakam video tanpa tujuan yang pasti meskipun telah dilarang menyebabkan Musa merampas telefon tersebut.

Disebabkan itu, isterinya mengambil sebatang kayu dan memukul Musa sehingga jatuh terduduk dan kemudian mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Universiti Malaya.

‘Ini masalah (privasi) keluarga, jangan ada masuk campur’ – Musa Hassan

'Ini masalah (privasi) keluarga, jangan ada masuk campur' - Musa Hassan

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memberi peringatan agar orang ramai tidak membuat spekulasi dan mencampuri urusan membabitkan keluarganya.

Ujarnya, individu yang berbuat demikian akan berdepan dengan tindakan undang-undang.

“Ini adalah masalah privasi keluarga. Jangan ada yang masuk campur. Jika ada yang membuat spekulasi akan berhadapan dengan tindakan undang-undang,” katanya dalam ciapan di Twitter, pada Selasa.

Tular di media sosial sejak awal Selasa, tiga klip video pendek yang memaparkan pertelingkahan membabitkan seorang lelaki dan wanita serta seorang kanak-kanak lelaki.

Namun, tiada pengesahan perbalahan itu membabitkan diri atau keluarga beliau.

Seorang pengguna Twitter turut menyuarakan kekhuatiran terhadap nasib kanak-kanak dalam video terbabit yang mungkin berdepan trauma.

Video,

Sumber BN

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply